Yang selalu jengok

Wednesday, July 1, 2009

Allah Maha Mengetahui





Lama dah update blog. Beberapa hari ni macam2 benda berlaku dan sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang semua kejadian dan kita sebagai insan wajib beriman dengan Qada' dan Qadar.

Pada 24/06/09 - Kunci kereta aku pada pukul 4.30 pm jatuh dalam lubang yang mengalir terus ke longkang besar di depan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kereta masih belum berkunci dan aku menalifon isteriku untuk menunggu aku di kereta yang sekarang berada betul2 di depan office dia. Azlina, isteriku tak boleh menunggu kerana dia pening semenjak pagi lagi. Isteriku sekarang 9 bulan mengandung anak ke3.

5.00 : Habis appointment di MBSA. Aku terus telefon adikku di rumah untuk mengambil aku dan terus ke rumah ku mengambil kunci. Sambil otak berfikir untuk membawa isteriku bersama kerana aku ada sebuah kereta lagi di rumah. Anak2 di nursery juga penting untuk diambil sebelum pukul 6.30 pm seperti biasa.

6.30 : Terus ke klinik Alam Medic di Subang Perdana - Anak di dalam kandung kurang berdetik mengikut doktor. Dinasihat terus ke Hospital yang kami refer - Pusrawi. Hantar anak ke rumah mak dan terus ke Pusrawi. Masa sudah menunjukkan pukul 8 pm. Kereta di MBSA masih belum di ambil

10.00 pm - Doktor di Pusrawi mengesahkan anak tiada dengupan jantung dan kami terus bergerak ke Hospital Sg Buluh......

3.30 am : Anak disahkan meninggal dunia di dalam kandungan......

Kita pandai merancang tetapi Allah maha merancang segalanya. AL-Fatihah

1 comment:

  1. Anakku dinamakan Muhammad Ariff Nazree. Dilahirkan pada 26/06/09 pada 4.25 pm. Dikebumikan pada 26/06/09 9.30 pm di Kg Subang.

    ReplyDelete