Yang selalu jengok

Friday, October 30, 2009

Tragedi Dipang II


Dina Devi, mayat yang pertama ditemui di Sg Kampar selepas tragedi jambatan runtuh. Bapanya T Nathan semenjak penemuan anaknya pada pagi Jumaat sehingga hari Khamis tidak makan dan minum kerana terlalu sedih. Dan semalam terpaksa dimasukan ke hospital kerana terlalu lemah. Dan akhirnya pagi ini Jumaat seminggu selepas mayat anaknya ditemui dia pulak meninggal dunia. Dan sampai sekarang masih tidak diketahui siapa Kontrator yang buat jambatan??

Muamalat ke 53


Baru tadi pada pukul 11.30 pagi, Bank Muamalat Malaysia Bhd membuka cawangan mereka yang ke 53. Dirasmikan oleh Dato' Seri Khamil Jamil, Managing Director untuk DRB Group. Cawangan tersebut diuruskan oleh Pengurusnya, En Ramli Abu Bakar. Cawangan ini terletak di Glenmarie Shah Alam dan satu2 bank yang ada di kawasan tersebut.

Dah Lama dah.....


Dia adalah calon PKR yang tak bawak duit pada hari pencalonan dan kutipan derma kilat dibuat untuk menamakan dia pada PRU ke12 dulu. Dia juga terus balik kerumah selepas penamaan dan terus hilang. Dia juga terpaksa dikejutkan pada hari mengundi kerana menang. Dan akhirnya memiliki sebuah Mercedes Benz selepas seminggu menjadi YB. Muncul kembali pada majlis hari raya di rumah ketua UMNO bahagian Klang, Dato' Mazzlynoor dan telah lari bila diserbu oleh wartawan? Orang semua dah Tahu.................

Why Netbook????

Kenapa Netbook lebih sesuai sekarang dari notebook, laptop, desktop. Lebih ringgan dan biasanya lebih kurang 1.1 kg dan boleh dimasukan dalam handbag. Kecurian notebook dan laptop kerana ia ditinggalkan dalam kereta dan kebiasaan orang memecah kereta tahu bahawa didalam kereta itu terdapat benda2 tu. Panjang kurang dari 300 mm dan lebar 180 mm membolehkan kita membawa seperti buku sahaja. Netbook tidak dibuat untuk pengguna yang tegar dalam penggunaan komputer seperti hendak mencetak, kerja2 office atau pendidikan. Ia adalah untuk pengguna yang tegar dalam surfing - yang pasti untuk FACEBOOK, Myspace, Flixter dll.


Thursday, October 29, 2009

Tragedi Dipang


Dulu pada 29/08/1996, tragedi Pos Dipang berlaku menyebabkan perkampungan orang asli lenyap sebentar. 39 mayat orang asli ditemui dan sehingga sekarang 5 orang masih tak hilang. Dan beberapa hari lepas, cerita Kuala Dipang keluar lagi. Kali ini bila pelajar sekolah menghadiri khemah 1Malaysia, semua bangsa disatukan dalam satu khemah. Kehadiran bebudak dari 11 dan 12 tahun. Dan akhirnya jambatan runtuh. 3 korban berlaku. Jangan salahkan bebudak tu kerana jambatan runtuh. Cari siapa yang buat? Aspek keselamatan sepatutnya diutamakan dulu.

Credit card Fiasco


Kerajaan mengatakan bahawa caj yang dikenakan adalah untuk mengajar orang Malaysia tentang pengurusan kewangan yang baik. Jika bank menyerap caj tersebut maka niat baik tidak dapat berjalan, kata kerajaan. Setiap orang hanya memerlukan 2 kad sahaja. Biar betul. Masalah yang dibawa sekian lama pasti tidak dapat diselesaikan sekelip mata. Seorang kadang2 membawa 5 kad bersama. RM50 satu maka RM250 dikenakan. Dan bank2 sudah mengeluh tentang penurunan permintaan kredit kad tanpa memberitahu bahawa yang memulangkan lebih banyak dari meminta. Kembalikan kepada konsep Islamic banking atau cash basis. Ini dapat mengurangkan masalah pengurusan kewangan. Berbelanja mengikut gaji bukan mengikut nafsu.

Boleh MaTi


Kerja lebih masa 60 jam sebulan boleh menyebabkan kematian. Biar betul. kebanyakan bebudak kat kilang kat Malaysia tu ambil masa setiap hari 2 atau 3 jam kerja lebih masa. Kalau dikira sebulan dalam 60 jam atau 90 jam sebulan. Di Tokyo, seorang pekerja restoran makanan segera mati kerana kerja lebih masa 60 jam sebulan. Mati kerana kerja di Jepun dipanggil "karoshi". Mungkin bebudak kita kerja main2 kot. Tak sampai tension macam orang Jepun.

Wednesday, October 28, 2009

Sapa lagi Pening


Beberapa orang yang saya temui dan 100% bersetuju untuk memulangkan kad kredit mereka pada bank yang berjanji memberikan keahlian percuma seumur hidup. RM50 setiap kad dengan pengguna sebanyak 11 juta orang di Malaysia memberikan pulangan sebanyak RM550 juta kepada kerajaan. Beberapa bank telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan menyerap duit RM50 itu. Bolehkan bank menyerap sebanyak RM550 juta setahun dengan kapasiti bank yang masih mahu membuat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Gelombang Swasta ke 2


Penswastaan kali ke 2 akan berlaku tidak lama lagi kepada agensi2 dibawah Kementerian Kewangan dan kepada agensi yang berdaya saing. Kalau dulu penswastaan berlaku apabila terlalu banyak sangat 'redtape' dan ketidakcekapan agensi dibawah kerajaan seperti sampah, air, api dll. Tetapi apabila dilihat kepada yang berdaya saing maka penswastaan ini sepatutnya tidak dibuat kerana mungkin akan melibatkan kos diletakkan kepada pengguna atau orang ramai. Beberapa agensi yang dibawah kementerian kewangan seperti IJN, Bank Rakyat, Bank Pembangunan, Felda, RTM, Felcra adalah dalam perhatian. Wave atau gelombang kadang2 boleh buat orang goyang.

Tuesday, October 27, 2009

Pun Kena


Di Penang, mahkamah mendapati bank ini gagal untuk memastikan cek tipu dan telah menyebabkan kerugian satu syarikat kerugian RM860,942. Bank telah diminta untuk membayar segala kerugian itu walaupun duit dikeluarkan untuk seorang perempuan telah diketahui. Susah kerja bank ni. Walaupun ia "Leading The Way"

Monday, October 26, 2009

Korek Korek Korek


3 perkataan yang seronok didengar, geli kalau diimiginasikan, jijik kalau disebut, kadang2 sakit kalau korek dan kadang2 sedap kalau korek. Dan minggu lepas cerita korek keluar balik. Boleh kah kita korek - mengikut 'Chinese custom' tak boleh tapi sebab nak tahu maka dibolehkan. Bolehkah ramai2 datang tengok orang korek. Entahla mungkin seronok. Lingam terus menerus korek, korek dan korek tanpa halangan dan hukuman.

Beberapa ketika Sebelum Bajet


Laporan Audit keluar tentang tadbir urus yang tidak cekap dan kos yang melampau. Dan setelah itu bajet yang dibentang masih terus dengan bajet defisit yang masih terus kekal seperti tahun2 sebelumnya. Kos penyelengaraan yang lebih tinggi takut datang dari tadbir urus yang tidak ikhlas dan rasuah. Steady grow........

Persidangan Di Bandung -Kelab Poligami


Satu cawangan club baru ditubuhkan dan dilancarkan di Bandung. Ia bukan satu club yang main2. Club untuk andartu, ibu tunggal, ibu tinggal, ibu tunggul dan pelacur yang sudah sedar. Ini bukan cakap kosong. Pengasasnya sudah berjaya membuktikan bahawa visi dan misi pengasasnya sudah berjaya. Pengerusi club yang dijemput adalah salah seorang pengamal tegar. Club ini akan dikomersialkan dan cawangan2 akan dibuka di Jakarta selepas pelancaran di Bandung. Polygamy club diasaskan dengan niat baik, kata pengerusi Club-orang Malaysia, Hatijah binti Am, isteri kepada Assari Muhammad (bekas ketua Al- Arqam).
Di Malaysia belum ada lagi club seumpamanya. Tak boleh daftar kot

Thursday, October 22, 2009

Sesat 2

Hj Kahar pernah membawa orang (mutawif) ke Mekah. Mengaku menjadi rasul melayu. Ajarannya adalah orang yang sembahyang itu hanya untuk membuang dosa maka orang yang tidak ada dosa tidak perlu sembahyang. Mendapat ilham menjadi rasul mengikut Surah Yassin ....."setiap kaum diturunkan rasul...."Lebih dari 6 bulan menyembunyikan diri dan ditahan pada bulan Ramadhan yang lalu di rumah anaknya ketika sedang bersarapan. Di jatuh hukuman penjara 10 tahun pada 21/10/2009.

Sesat 1


Ayah Pin yang sampai sekarang tak ditemui dikatakan diterima sepenuhnya oleh segala macam agama kerana konsep kerajaan langit. Hindu diterima dan disambut meriah di Batu Caves, Selangor. Dia dibasuh kakinya dengan susu dan diminum oleh pengikut untuk mendapat keberkatan (kononnya) dari air kaki Ayah Pin. Masih hilang??????

Saturday, October 17, 2009

Sepi


Diam.................................................................Protes

Friday, October 16, 2009

"Let Me be Clear"



The President of Amerika best phrases and it will pop up during all his speeches."..................................The United States govenment has no interest in running GM"."..................................Amerika wants a strong, peaceful and prosperous Russia"."..................................we are indeed at war with Al-Qaeda and its affialiates"."..................................those days are over"."..................................This is not charity."

Please fill up the blank with the correct sentences.

Biar BETUL


Ahli parti saya lebih Sakthi dari semua sakthi. Ahli kami 2.5 juta. Tapi M Kayveas pulak declare ahli PPP sebanyak 1.3 juta. Makhal Sakthi pulak 2.1 juta. Hindraf 2.2 juta. Murugiah kata yang sokong dia 157,000 orang. Nallakarupan pulak Parti Bersatu India kata dia ada 250,000 ahli. Parti hak Asasi manusia pula umum ada 1.5 juta. Banyak orang India ni. Tak cukup jari nak kira.

Thursday, October 15, 2009

CiUM



Tiada lagi cium keris tahun ni. Semua kena yakin dalam diri bahawa cium keris bukan lagi tradisi kami. Kami tengok, kami hayalkan, kami lupakan, kami biarkan, kami pasti tak buat lagi. Sekarang kami cium benda lain. Jangan ciUM keris lagi

Wednesday, October 14, 2009

Menongkah AruS


"There is no point in having who succeed in winning a part post through dubious means, but who cannot help the party win in election. For example, they have chosen a Youth leader, bt when there is a by-election, they say there is no need for him to come. This is very peculiar."
(Staying Vocal for UMNO's sake - Tun Dr Mahathir - The Star N12)
Sapa la mamat yang dok Madey kecoh sangat ni.

ISA Masih Kuek



Tak sah lagi orang-orang Bagan Pinang mahu Tan Sri Isa Samad menjadi wakil rakyat disitu. Kedudukan yang nampak kukuh memberikan harapan baru pada UMNO keseluruhan tentang penerimaan orang yang pernah dihukum kerana politik wang (tidak dipanggil rasuah disini) kerana menurut PM, Tan Sri Isa telah dihukum. Rakyat Bagan Pinang telah membuat keputusan dan keputusan itu hendaklah dihormati. Jangan Marah2

PerCuma

Berjumpa dengan beberapa kawan yang agak phobia tentang Facebook kerana menerima satu email tentang security atau keterbukaan maklumat. Kebanyakan mereka takut jika CIA, FBI atau apa saja yang boleh menakutkan masuk kedalam kehidupan mereka. Kebebasan yang selama ini mereka kecapi pasti tertinggal. Adakah ia benar? Benar pada sukunya dan tidak benar pada yang lainnya. Keterbukaan ini adalah percuma. Facebook yang dilancarkan pada 2005 dengan pengguna lebih dari 350 juta orang didunia telah melalui fasa2 yang sama seperti myspace, friendster, dan laman2 sosial yang lain. Keterbukaan yang percuma ini membantu untuk kita menyimpan gambar2 yang tidak perlu kita print atau besarkan. Kemudahan ini pasti memberikan satu lagenda pada kita pada masa akan datang. Kawan2 yang dijemput oleh pemegang Facebook adalah kawan dan jika kita tidak mahu maka kita boleh membiarkan sahaja. Kita tidak perlu takut jika kita tidak terlibat dengan anasir ganas, Islamicphobia (Al-Qaeda) dll. Percuma dan sepatutnya kita kena pastikan kita memasukan segala gambar yang kita ada dalam facebook untuk orang akan datang meraikan. Obama telah menang kerusi President Amerika bermula dengan Facebook yang terbuka untuk orang komen dan beri pandangan.

Tuesday, October 6, 2009

Melawat Kilang Baju















KaYa


Kenapa orang mahu menjadi kaya? Menjadi kaya rupanya dapat mendatangkan faedah yang kadang-kadang tidak dapat dinikmati oleh orang yang sederhana dan miskin. Saya berpeluang berkenalan dengan beberapa orang kaya yang terusan mendapat faedah menjadi kaya.

Seorang adik kepada CEO pengeluar kereta terkenal di Malaysia. Pengeluar kereta tersebut telah menjual kenderaan kepada dia dengan harga diskaun sebanyak 70% - RM20,000 sedangkan di pasaran menjual sebanyak RM80,000.

Membuat pinjaman peribadi dan mendapat kadar profit (interest rate) yang rendah dari orang lain. Bank2 terpaksa melayan kerenah orang kaya lebih baik dari orang biasa. Kalau mereka datang ke bank, pasti dilayan dengan memberi air minum dan sebagainya. Premier club ini kalau di bank muamalat adalah seperti memberi riba, iaitu melebihkan perkhidmatan dari orang2 lain.

Mendapat peluang tentang jualan murah terdahulu dari orang lain. Kalau Sogo hendak buat jualan, maka diberitahu dahulu pada yang ada kad dan yang boleh berbelanja lebih.

Dan macam2 lagi nikmat menjadi orang kaya. Ada yang kaya mendapat maklumat dulu tentang saham mana yang akan naik. Ada yang kaya juga mendapat peluang berniagaan lebih dahulu dari yang miskin. Ada yang kaya tidak perlu membayar penalti jika lewat bayar.

Ada yang kaya selalu diberi barang percuma - contoh bila pemimpin buat lawatan kesesuatu tempat, mereka dihadiahkan cenderamata yang pasti tidak ada orang lain yang akan dapat di majlis yang sama. Kalau kaya dapat isteri yang paling cantik. Nak marah pun tak boleh sebab kaya. Dan paling pasti, Islam tidak melarang menjadi kaya.

Entry baru

Diberikan barang percuma juga menyeronokkan.  Bila aku pakai talian DIGI pada awal2 1997 dulu, aku dihadiahkan phone yang macam pisang dan digunakan dalam filem "The Matrix".  Baru2 ini aku diberikan phone Huawei P9 secara percuma sebab melanggan Celcom.  Percuma menyeronokkan.

Monday, October 5, 2009

Padang Indonesia bukan Padang Mahsyar


Ketika bantuan diberikan kepada rakyat Indonesia di Padang. Beberapa perkara yang perlu dilihat sebagai koreksi kepada Indonesia. 1. Masih meminta barangan ubat-ubatan dicukai sedangkan ubat2 tersebut hanya untuk kegunaan orang2 yang mengalami gempa bumi. 2. Anak2 Malaysia yang di Padang Sumatera yang belajar ketika mahu keluar dari saya terpaksa membayar airport tax yang pada masa itu keadaan agak genting. Sepatutnya Kerajaan Indonesia berterimakasih dan tidak mengambil kesempatan.

Eidulfitri


Bila waktu paling bagus buat open house. Orang ramai datang dan memeriahkan suasana. Budget dibuat secukupnya. Awal atau hujung bulan? Awal bulan baru hari raya. Awal Syawal, tengah atau hujung Syawal?

Thursday, October 1, 2009

Dan Awan macam Setuju


Ni hanya pandangan dari rumahku. Semalam 30 September 2009, beberapa tempat di dunia berlaku gegaran dan melibatkan ribuan meninggal dunia. Kita terus tidak bersedia.

Dan Bumi pun Marah


Bumi bergegar lagi. Amaran Tsunami pun dipalu. Mayat2 terus dicatit. Tidak kenal lelaki dan perempuan, kanak2 atau yang tua. Bumi marah pada kita. Manusia mungkin lupa. Kisah kaum Tsamud, Kaum Lut dan Nuh. Bergegar tidak hati kita dengan amaran Allah. Bersujud minta ampun. Masa tidak lama lagi

BANK Saya



Hari ini pada 10 tahun yang dahulu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) di tubuhkan di Malaysia. Beberapa turbulasi berlaku sepanjang BMMB beroperasi tetapi BMMB terus kekal kuat sebagai bank Syariah ke 2 di Malaysia. Cabaran demi cabaran dihadapi bersama dan beberapa cawangan baru dilahirkan secara organik (lahir secara dipupuk, dibaja dan disiram) dengan kerahan rela. Sesuatu akan jadi ibadat kerana meletakan Islam di depan. BMMB akan terus kekal dengan semangat Ruhul Jadid.