Yang selalu jengok

Tuesday, October 6, 2009

KaYa


Kenapa orang mahu menjadi kaya? Menjadi kaya rupanya dapat mendatangkan faedah yang kadang-kadang tidak dapat dinikmati oleh orang yang sederhana dan miskin. Saya berpeluang berkenalan dengan beberapa orang kaya yang terusan mendapat faedah menjadi kaya.

Seorang adik kepada CEO pengeluar kereta terkenal di Malaysia. Pengeluar kereta tersebut telah menjual kenderaan kepada dia dengan harga diskaun sebanyak 70% - RM20,000 sedangkan di pasaran menjual sebanyak RM80,000.

Membuat pinjaman peribadi dan mendapat kadar profit (interest rate) yang rendah dari orang lain. Bank2 terpaksa melayan kerenah orang kaya lebih baik dari orang biasa. Kalau mereka datang ke bank, pasti dilayan dengan memberi air minum dan sebagainya. Premier club ini kalau di bank muamalat adalah seperti memberi riba, iaitu melebihkan perkhidmatan dari orang2 lain.

Mendapat peluang tentang jualan murah terdahulu dari orang lain. Kalau Sogo hendak buat jualan, maka diberitahu dahulu pada yang ada kad dan yang boleh berbelanja lebih.

Dan macam2 lagi nikmat menjadi orang kaya. Ada yang kaya mendapat maklumat dulu tentang saham mana yang akan naik. Ada yang kaya juga mendapat peluang berniagaan lebih dahulu dari yang miskin. Ada yang kaya tidak perlu membayar penalti jika lewat bayar.

Ada yang kaya selalu diberi barang percuma - contoh bila pemimpin buat lawatan kesesuatu tempat, mereka dihadiahkan cenderamata yang pasti tidak ada orang lain yang akan dapat di majlis yang sama. Kalau kaya dapat isteri yang paling cantik. Nak marah pun tak boleh sebab kaya. Dan paling pasti, Islam tidak melarang menjadi kaya.

Entry baru

Diberikan barang percuma juga menyeronokkan.  Bila aku pakai talian DIGI pada awal2 1997 dulu, aku dihadiahkan phone yang macam pisang dan digunakan dalam filem "The Matrix".  Baru2 ini aku diberikan phone Huawei P9 secara percuma sebab melanggan Celcom.  Percuma menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment