Berjumpa dengan beberapa kawan yang agak phobia tentang Facebook kerana menerima satu email tentang security atau keterbukaan maklumat. Kebanyakan mereka takut jika CIA, FBI atau apa saja yang boleh menakutkan masuk kedalam kehidupan mereka. Kebebasan yang selama ini mereka kecapi pasti tertinggal. Adakah ia benar? Benar pada sukunya dan tidak benar pada yang lainnya. Keterbukaan ini adalah percuma. Facebook yang dilancarkan pada 2005 dengan pengguna lebih dari 350 juta orang didunia telah melalui fasa2 yang sama seperti myspace, friendster, dan laman2 sosial yang lain. Keterbukaan yang percuma ini membantu untuk kita menyimpan gambar2 yang tidak perlu kita print atau besarkan. Kemudahan ini pasti memberikan satu lagenda pada kita pada masa akan datang. Kawan2 yang dijemput oleh pemegang Facebook adalah kawan dan jika kita tidak mahu maka kita boleh membiarkan sahaja. Kita tidak perlu takut jika kita tidak terlibat dengan anasir ganas, Islamicphobia (Al-Qaeda) dll. Percuma dan sepatutnya kita kena pastikan kita memasukan segala gambar yang kita ada dalam facebook untuk orang akan datang meraikan. Obama telah menang kerusi President Amerika bermula dengan Facebook yang terbuka untuk orang komen dan beri pandangan.
No comments:
Post a Comment