Kami mahu padang permainan |
Satu ketika belanjawan dihebohkan sebagai yang paling boleh diterima. Kalau kita melihat 'wan' sebagai penambahan suku kata untuk menguatkan, ini bermaksud belanjawan adalah belanja semahunya. Ini diperkuatkan seperti kalau jutawan maksudnya orang yang kaya dan sangat kaya, jelitawan maksudnya orang yang cantik dan sangat cantik atau dermawan orang yang suka berderma dan sangat selalu menderma. Maka teori ini boleh diterima pakai dan nampak betul bila ditukar. Esok 28/09/2012, belanjawan ini tidak disebut dengan itu lagi tetapi bajet kerana menerima pakai perkataan Inggeris yang dimelayukan Budget.
Semua tuntutan seolah dilayan kali ini. PM membuka luas ruang sosial di internet untuk orang ramai menyuarakan tuntutan. Cuepec mohon bonus lagi dan kenaikan gaji. Kenaikan gaji sudah menjadi tuntutan mesti setiap tahun seperti bonus. Tetapi kali ini Cuepec akan memberi pulangan iaitu tambahan kerja 30 minit setiap hari. Ini mungkin tidak mengambil kira masa minum pukul 10.30 pagi atau minum 3.30 petang atau waktu solat Zohor dan Asar seperti mendengar kutbah panjangnya. Adakah mereka berhak meminta sekarang? Itu adalah hak mereka untuk menuntut. Dalam waktu sekarang apa tuntutan pun akan nampak boleh diterima pakai.
Orang2 yang bekerja swasta kali ini pohon gaji untuk naik juga. Kerana bagi mereka gaji yang tinggi boleh menutup masalah kewangan hari ini. Cukai persendirian minta diturunkan. Kos sara hidup tinggi memang masalah dan pohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) diberi setiap bulan.
Perhatian yang sangat tinggi kepada gaji ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu pada orang marhein adalah tuntutan :-
1. Harga kueh ditetapkan kepada 5 seringgit (RM0.20) - mahal sekarang RM0.40 satu
2. Harga nasi lemak sekitar RM0.50 sahaja - kat Baling dan Penang masih harga ni
3. Jagaan anak dirumah disediakan dan kos bawah RM50 - susu kita bagi, lampin kita bagi apa lagi
4. Roti canai tidak boleh lebih RM0.50 - dorang pakai tepung yang bukan kualiti tinggi pun
5. Teh Tarik sekitar RM0.50 sahaja - yang dihidangkan air dengan hampas teh je yang diulang pakai berkali2
6. Rumah mampu milik di biayi oleh kerajaan bukan bank yang memilih2 pelanggan - harga rumah mahal dan mampu milik bermula RM250,000 biar betul
7. Sabun basuh baju sekilo RM2 - hari2 basuh sekarang
8. Kedai makan tidak kenakan kos pada nasi putih kosong - ada kenakan RM1 kadang2 RM1.50
9. Pelepasan cukai untuk anak2 dinaikkan sekitar RM5000 setahun - RM1000 setahun untuk bela kucing je
10.Harga kereta sekitar 5 kali ganda gaji kita. Kalau gaji RM1000 maka harga kereta pun RM5000 sahaja. - dalam filem transfomer, bapa hero beli bumble bee sekitar USD1500 je.
Kalau nak tuntut rasanya macam2 nak - yang mahu todi murah pun ada. Yang mahu loteri kebajikan dimasukkan dalam TV pun ada lagi. Cabutan bertuah IC jutawan setiap minggu pun ada yang mahu tuntut. Selamat memahami bajet esok dan kalau tak tahu sila bertanya. Rumah mampu milik kenapa harga dari RM250,000 dinaikkan kepada RM400,000 tahun lepas.