"Ayah, adik nak baby kecik" Aku menoleh anak perempuan aku yang seorang ini. Berumur 3 tahun, petah bercakap dan selalu jujur mengutuk aku. Pernah satu ketika aku beratur di kedai 24 jam walau nama kedainya 7 11 sahaja, "Ayah, kenapa ayah kecik kenot (ketot) dari orang depan tu". Dan aku selalunya tidak menjawab cuma membulatkan mata untuk nampak garang. Kali ini soalan dia terus aku jawab "Kan dah ada Aniq ni, kecik" Dia mengeleng kepala "Tapi Aniq selalu nangis" Aku mengusap rambut dia yang kadang2 terjumpa telur2 kutu yang sudah menetas. Shampu membunuh kutu terpaksa digunakan selalu untuk membuang cerita kutu di kepala. "Aniq kecik, mana tahu cakap. Dia nangis la nak mintak semua benda". Dia mengeleng kepala lagi "Adik nak berdoa la, Ya Allah bagila aku baby kecik yang cantik" Aku senyum dan mencuit dia "Beritahu dengan mama, nanti ayah usahakan".
No comments:
Post a Comment