Bukan cepat sekarang mahu makan. Setiap kali berada di restoran, si isteri kena check in dahulu. Kalau biasa kita tahu check in hanya di Hotel2 sahaja. Bila sudah check in, makanan diminta. Sebelum makanan sampai permainan memenuhi sekitar perbualan. "Dah level berapa" atau "Games tu dah download". Minum sampai "Nanti dulu nak Insta dulu". Senyum dan Instagram merekod. Makanan pun sampai. Disusun elok2 dan diminta update status "Kami makan dulu" dalam FB. Semua makanan tidak boleh diusik sehingga sudah diupload dalam FB. Disusun menggunakan picture grid. Sesudah makan 'Ok nak ambil gambar pinggan kosong". Hantar gambar pada group Whatsapp dan Viber. Sembang tidak berbunyi hanya sekali2 loceng telefon berbunyi dan berchat sehingga hendak balik. Bila bayar "Abang bayar la, makan banyak".
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Wednesday, June 19, 2013
Nagabonar
Jika mahu mengetahui hebat filem2 Indonesia, cerita Nagabonar pasti tidak boleh ditinggalkan. Cerita tentang seorang pencopet yang keluar masuk penjara tetapi akhirnya menjadi seorang Patriot mengangkat senjata melawan penjajah. Nagabonar adalah satu ciptaan nama yang menjadi hero kepada Indonesia jika filem menjadi ukur tali patriot. Cerita yang dipenuhi dengan tentang persahabatan, kekasih, kasih ibu dan semangat melawan penjajah. Deddy Mizwar menjadi pelakon terbaik tahun 1987 untuk filem ini. Nurul Ariffin ketika ini muda belia digandingkan dengan Deddy Mizwar. Nagabonar digelar Jenderal Nagabonar dan emak Nagabonar tidak terima. Nagabonar tidak takut dengan apa2 kecuali dengan emaknya. Orang2 penjajah Belanda dipermainkan oleh Nagabonar seperti budak2. Apa yang paling diingati dalam filem ini adalah "Apa kata Dunia"
Sunday, June 16, 2013
Ketika
Filem Ketika menceritakan tentang masa ekonomi meleset dimana beberapa konglomerat yang berjaya sebelum ini dijatuhkan hukuman kebangkrapan (dalam bahasa Indonesia - bankrut). Deddy Mizwar salah seorang ahli perniagaan yang termasuk menjadi bangkrap. Adegan lucu didalam cerita ini diceritakan dengan selit2 kepayahan membunuh diri seperti di dalam lif sambil melihat gambar keluarga. Deddy Mizwar yang berkahwin di dalam cerita ini dengan Lydia Kandau salah seorang pelakon cantik dahulu. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang remaja (dia juga adalah anak Deddy Mizwar di luar filem). Deddy Mizwar tidak sanggup membunuh diri tetapi terus menjadi miskin bersama2 keluarganya. Dia membawa teksi (bajaj - teksi kecil) dan isterinya membuka warung makan. Bila melihat keakraban Deddy Mizwar mencapuk anaknya dibelakang seolah2 hari Bapa pada cuti baru2 ini terpancar. Cerita yang mengembirakan walaup pahit untuk ditelan. Ketika hukum kebagkrapan dilakukan semua barang2 dirampas dijadikan milik negara termasuk pakaian. Dan menunjukan keterlaluannya, sebelum keluar pegawai2 itu melihat seekor kucing diluar dibincang berapa harga untuk dimilik negarakan.
Labels:
Filem
Tuesday, June 4, 2013
Alangkah Lucunya (negeri ini)
Filem yang diarahkan oleh Deddy Mizwar selalu aku ikut. Penuh dengan sindiran dan penonton berfikir dan selalu ingat bukan seperti filem2 lain yang ditonton dan dilupakan. Cerita bermula tentang Muluk yang berpendidikan Sarjana dalam Management gagal mencari kerja. Dia telah ditemukan dengan sekumpulan budak2 pencopet (pencuri kecil-kecilan) dan menawarkan pendidikan dengan 10% hasil copet dibayar kepada Muluk sebagai gaji. Niat baik ini dibuat oleh Muluk kerana tidak bekerja dan boleh mendapatkan hasil. Dia dibantu oleh 2 orang guru yang mengajar membaca dan tentang agama. Cerita ini tentang Pancasila Indonesia yang dipegang kukuh oleh mereka dan kehidupan anak2 terbiar yang sepatutnya di beri perhatian dilakar baik dalam filem ini. Bagus sangat untuk ditonton. Kasar tetapi lembut terasa bila dihadam oleh fikiran. Kena tonton ketika Muluk ditangkap walaupun anak2 terbiar pencopet ini sudah mahu mengubah nasib sendiri - budak2 mengibarkan bendera Indonesia adalah sindiran keras lembut.
Kentut
Cerita sinis menyindir politik. Bermula apabila pertembungan 2 parti yang besar cuba mengambil hati rakyat di sebuah bandar di Indonesia. Permulaan cerita seolah2 satu parti memberikan kegembiraan yang bersifat sementara seperti hiburan dangdut dan satu lagi seolah2 memberi harapan untuk akan datang. Apabila 2 pemimpin parti ini berdebat di TV seolah2 yang memberi harapan akan datang pasti menang. Selesai perdebatan, ketika keluar dari bangunan, pemimpin akan datang itu telah ditembak di dada sebelah kanannya. Terus koma dan kelucuan berlaku seterusnya dimana cerita Kentut menjadi maha penting untuk diselesaikan. Remeh tapi terlalu kuat sindirannya. Bagus untuk ditonton. Lakon Deddy Mizwar tidak boleh dipertikaikan lagi. Aksi menarik apabila kebanyakan urusan di Hospital terpaksa dijawab oleh Pengarah Hospital dan keributan di hospital di pertaruhkan kuat dalam filem ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)