Filem yang diarahkan oleh Deddy Mizwar selalu aku ikut. Penuh dengan sindiran dan penonton berfikir dan selalu ingat bukan seperti filem2 lain yang ditonton dan dilupakan. Cerita bermula tentang Muluk yang berpendidikan Sarjana dalam Management gagal mencari kerja. Dia telah ditemukan dengan sekumpulan budak2 pencopet (pencuri kecil-kecilan) dan menawarkan pendidikan dengan 10% hasil copet dibayar kepada Muluk sebagai gaji. Niat baik ini dibuat oleh Muluk kerana tidak bekerja dan boleh mendapatkan hasil. Dia dibantu oleh 2 orang guru yang mengajar membaca dan tentang agama. Cerita ini tentang Pancasila Indonesia yang dipegang kukuh oleh mereka dan kehidupan anak2 terbiar yang sepatutnya di beri perhatian dilakar baik dalam filem ini. Bagus sangat untuk ditonton. Kasar tetapi lembut terasa bila dihadam oleh fikiran. Kena tonton ketika Muluk ditangkap walaupun anak2 terbiar pencopet ini sudah mahu mengubah nasib sendiri - budak2 mengibarkan bendera Indonesia adalah sindiran keras lembut.
No comments:
Post a Comment