Jika mahu mengetahui hebat filem2 Indonesia, cerita Nagabonar pasti tidak boleh ditinggalkan. Cerita tentang seorang pencopet yang keluar masuk penjara tetapi akhirnya menjadi seorang Patriot mengangkat senjata melawan penjajah. Nagabonar adalah satu ciptaan nama yang menjadi hero kepada Indonesia jika filem menjadi ukur tali patriot. Cerita yang dipenuhi dengan tentang persahabatan, kekasih, kasih ibu dan semangat melawan penjajah. Deddy Mizwar menjadi pelakon terbaik tahun 1987 untuk filem ini. Nurul Ariffin ketika ini muda belia digandingkan dengan Deddy Mizwar. Nagabonar digelar Jenderal Nagabonar dan emak Nagabonar tidak terima. Nagabonar tidak takut dengan apa2 kecuali dengan emaknya. Orang2 penjajah Belanda dipermainkan oleh Nagabonar seperti budak2. Apa yang paling diingati dalam filem ini adalah "Apa kata Dunia"
No comments:
Post a Comment