Menonton cerita2 bergerak perlahan dengan emosi memerlukan kesabaran sambil menikmati keindahan cerita. Cerita bergerak bersama emosi sesuatu yang bukan boleh dipaksa. Aku boleh bercerita dengan isteri sehingga dia minat untuk menonton sesuatu cerita tetapi menonton bersama2 mungkin boleh buat isteri aku boring. Sumber ke 2 bercerita ini adalah sesuatu yang menarik kerana orang yang bercerita meringkaskan cerita merumus dan memberi jawapan hanya sekitar 10 minit untuk seseorang berminat. Ini adalah peluru jual beli. The Hunt lakonan Mad Mikkelsen salah seorang pelakon Jerman yang naik namanya di Amerika. Dia juga berlakon dalam siri Hannibal sebagai Dr Hannibal Lecter. Kalau menonton cerita Hannibal ia adalah 180% keterbalikan kerana di dalam The Hunt, Mad Mikkelsen adalah guru tadika yang lemah lembut dan disukai kanak2.
The Hunt bukan cerita pemburuan biasa tetapi tentang suasana ketidakpercayaan orang keliling dan hilang percaya ini hanya berlaku sekelip mata walaupun sudah lama kenal atau berkawan. Dia dituduh melakukan perkara tidak elok kepada seorang kanank2 perempuan di tadika dan seluruh kampung percaya ini berlaku dan dia dipulaukan secara total sehinggakan untuk membeli barang juga dilarang. Cerita pemburuan hanya berlaku pada hujung cerita.
Bagi aku ini adalah salah satu filem terbaik tahun 2013 yang aku tonton. Emosi dari seorang yang tenang menjadi baran dan meledak secara perlahan ini dibawa dengan tepat oleh pengarah filem Thomas Vitterberg. Cerita yang bagi aku filem mesti tonton.
No comments:
Post a Comment