Ustaz jemputan pun memberikan ceramah pada malam itu tentang korban. Semua yang hadir menumpu perhatian dan kadang2 diganggu dengan helai ketawa anak2 mereka bermain di luar. Cerita korban pun dihurai satu persatu dan beberapa ilmu tentang korban mesti kita tahu kena terpahat dalam memori kita. Buat sesuatu hendaklah dengan ilmu kalau tidak kita dipandu oleh syaitan.
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban
yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih
korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan
tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas
timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat
kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di
atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah
r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’
as-Saghier, hadis no. 7949.)
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak
melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kamiHukum Ibadat Korban
Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;
- Muslim
- Baligh dan berakal
- Bebas/merdeka
- Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).
Hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :
1. Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim
Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam
sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid
bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya
: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang
akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab :
Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi :
Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab :
Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.
2. Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban
sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
3. Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat
iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan
atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya
Aidiladha.
4. Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni
ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa
cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
No comments:
Post a Comment