Yang selalu jengok

Thursday, January 29, 2015

The Hundred-Foot of Journey

Pelakon utama cerita ini adalah Helen Mirren, salah seorang pelakon perempuan yang aku suka. Tak lawa tapi lakonan yang 'outstanding' dalam filem apa2 pun.  Cuba tengok siri Red and Red2 - dia berlakon aksi pulak.  Pelakon lelaki paling penting untuk filem ini adalah pelakon Om Puri sebagai Papa.  Pelakon berkarektor yang aku suka dari India.

Cerita ini mengashikkan aku walaupun sekitar cerita tentang sudut restoran, masakan dan juga diselit dengan cinta tak kesampaian.  A Hundred Foot of Journey membawa elemen2 kasih sayang dan cerita yang dari hati untuk masak atau berkarya dengan makanan.  Keluarga India yang melarikan diri ke London setelah pertukaran politik di India berlaku.  Tidak diketahui bila tapi nampak macam sekitar 1970 an.  Mereka bertukar ke tempat lain dengan memandu tanpa arah sehingga terlibat dengan kemalangan kecil.  Mereka percaya kemalangan itu akan menukar hidup mereka di tempat itu - France.

Helen Mirren sebagai chef utama sebuah restoran yang sudah mencapai 1 star michelin.  Cerita michelin ini pertama dulu aku dengar dari seorang chef (sepupu aku) dan ini adalah impian setiap restoran dan chef.  Tak kira berapa tinggi topi chef itu tetapi bintang nilaian Michelin ini lebih tinggi. 

Bila menonton sesuatu yang aku tidak tahu, aku akan mula membaca.  Dan satu benda yang aku tidak tahu adalah Michelin Star ini.  Mengikut cerita Gordon Ramsay yang pernah ditarik balik Michelin Starnya di Restaurant di Amerika marah dan menjadi tak tentu hala.  Dia memberitahu bahawa tarikan Michelin Star itu seperti kehilangan kekasih hati.  

Michelin Star ini diberi oleh satu 'guide' iaitu Michelin Red Guide.  Restoran2 akan didatangi oleh penilai atau pemeriksa  untuk menilai.  Nilaian yang diberi adalah dari 0 - 3 bintang sahaja.  1 bintang adalah seperti mendapat duit RM1 juta yang pertama.  Susah kerana mengikut rekod bacaan aku, yang ada 1 bintang pun tidak ada di Malaysia ini.  Sila rujuk google wikipedia untuk mencari bintang2 Michelin ini di seluruh dunia.   

Cara2 bintang itu dinilai - untuk bacaan sahaja

The stars are awarded as follows:
  • One star:  A good place to stop on your journey, indicating a very good restaurant in its category, offering cuisine prepared to a consistently high standard.
  • Two stars: A restaurant worth a detour, indicating excellent cuisine and skillfully and carefully crafted dishes of outstanding quality
  • Three stars: A restaurant worth a special journey, indicating exceptional cuisine where diners eat extremely well, often superbly. Distinctive dishes are precisely executed, using superlative ingredients.

Ketika keluarga India itu sampai, restoran Helen Mirren berada dalam keadaan 1 bintang dan disebabkan itu beberapa orang besar selalu dilihat makan disitu.  Keluarga Om Puri juga membuka restoran yang hanya 100 langkah jauhnya dari restoran dan membuat makanan India pula. Peperangan untuk mendapat pelanggan berlaku sehingga berlanjutan untuk membeli barangan di pasar.  Ini adalah yang paling menarik dan tukang masak utama keluarga India itu pula ingin menukar masakan dan mahu bersama restoran Helen Mirren untuk belajar.

Tonton filem ini dan rasa kebaikan dalam setiap kejahatan yang dibuat.  Filem ini bagi aku ' a feeling good story'.

Aku terkejut juga bila Juhi Chawla salah seorang pelakon hindi perempuan dimatikan wataknya hanya 5 minit cerita bersiaran.


Sunday, January 25, 2015

Duit, Kerja Kuat dan Gembira

Orang selalu berkata bahawa bahawa kerja kuat boleh buat duit banyak dan akan selalu gembira.  Ini adalah hipothesis yang selalu orang kata dan tak semestinya betul.  Ada 3 elemen penting dalam penyataan di atas.  Kerja kuat, duit banyak dan gembira.  Duit banyak hati tak gembira banyak.  Duit sikit apatah lagi.  Kerja kuat tapi tak buat duit banyak pun ada.  Gembira tapi tak kaya2.  Gembira tak tentu hala yang banyak.  

Beberapa kajian di buat dan terbaru satu kajian yang berasas pada 1,250 orang dari tahun mula masuk ke sekolah tinggi sehingga pencen iaitu kajian di buat dari tahun 1970 sehingga tahun 2013. Kebanyakan orang yang lahir pada tahun itu nampak sudah sepatutnya stabil dan bergembira iaitu dalam keadaan berumur 56 - 60 tahun.


Peratusan yang bekerja sehingga kajian dibuat adalah sebanyak 35%.  Mereka dari yang berpangkat kerani sehingga CEO. Para CEO ditemuramah masih tidak mahu meninggalkan kerja mereka.  65% tidak bekerja tetapi 70% daripada itu masih mencari peluang membuat duit seperti membuat jualan lansung dan melakukan pelaburan dan sentiasa mengikuti perubahan ekonomi untuk melabur.  Kajian ini hanya di buat kepada lelaki sahaja.

Bila ditemuramah, tahap kegembiraan mereka masih bertaut dengan berapa banyak duit mereka buat. Ada yang memberitahu bahawa masih tidak gembira kerana duit tidak cukup.  Ada yang rasa duit mereka akan habis bila2 masa dan ada yang cerita tentang duit mereka sudah tidak berkembang semenjak mereka pencen.

Professor Thomas Gilovich dari Cornel University membuat penyelidikan hubungan duit dan juga membuat beberapa kesimpulan tentang penyelidikannya.  Duit yang banyak dan dihabiskan dengan membeli material sebenarnya tidak mempunyai pegangan lama di dalam fikiran iaitu menyimpan kegembiraan yang lama.  Kegembiraan yang lama adalah membeli pengalaman yang tidak dibayar dengan wang.

Pergi ke Bandung dan membeli seperti tiada hari esok hanya meletakkan kegembiraan sementara berbanding bercerita tentang pengalaman menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung.   Baju2 yang dibeli hanya sekadar memberi satu nikmat yang sebentar dan baju itu akan lusuh dan tidak lagi diceritakan.

Pergi ke Mekah, pengalaman mengharung masa2 mengerjakan Haji lebih nikmat cerita dari pergi ke Bangkok membeli belah.  Membeli kereta besar dan mahal tidak memberi kegembiraan yang maksima bila sudah sampai waktu kereta memberi masalah dan waktu2 bersama kereta hanya sebentar sahaja.

Professor Gilovich juga mengatakan wang yang banyak memang tidak memberi kegembiraan tetapi bagaimana digunakan lebih dikira.  Dia setuju bahawa kembali kepada memberi kegembiraan kepada orang lain lebih seronok dari bergembira sendirian.  Warren Buffet ditanya tentang kekayaannya yang telah mendermakan 99% hartanya kepada organisasi yang perlu lebih menyeronokkan dari berseronokan sendiri.  Dan Warren Buffet masih membuat duit yang banyak sehingga kini.


Saidina Ali Abi Talib RA ditanya tentang harta.  Dia memberitahu bahawa duit kita adalah apa yang kita gunakan dan bukan yang kita simpan.  Dan ini benar kalau kita terlalu menyimpan, mungkin ia menjadi rezeki anak2 akan datang dan bukan kepada kita.  

Banyak memberi orang kegembiraan maka gembira itu akan datang pada kita secara semulajadi.  Beli hadiah untuk anak2.  Anak2 kita gembira dan bersukaria dan yakin yang kedua gembira adalah kita kerana melihat anak2 gembira.  Cuba kalau tak pernah buat.

Professor Thomas Gilovich menulis untuk buku "Why Smart People make Big Money Mistakes and How to Correct Them"


Wednesday, January 14, 2015

The Railway Man

Semalam aku menonton cerita 'The Railway Man'.  Kisah benar berlaku dari tulisan buku Eric Lomax. Cerita yang bercakap dari mula hingga habis. Cerita tentang tentera British yang bertugas di Singapura dan dipaksa menjadi buruh keretapi maut ketika Jepun menawan Asia Tenggara.  Lelaki yang mengalami trauma dan hampir setiap hari naik keretapi yang amat cekap dengan waktu keretapi, kerosakan keretapi atau apa2 yang berkaitan dengan keretapi.  Colin Firth pelakon British yang melakonkan watak utama, Eric Lomax memang seorang yang pelakon yang bagus.  Aku dapat bayangkan bagaimana dia mahu mendalami watak tentang masa penaklukan Jepun dahulu. Amat terasa dekat dengan aku walaupun cerita banyak imbas kembali menceritakan keadaan mereka ketika penaklukan Jepun sekitar tahun 40an.  Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang dilakunkan oleh Nicole Kidman juga seorang pelakon yang berkalibar.  Mereka juga disatukan dalam sebuah filem lain iaitu "Before I go To Sleep".  Trauma yang dialami oleh Colin Firth ini menyebabkan isterinya terbabit sama. Cerita ini tentang bagaimana seorang tentera yang mengetahui bahawa pendera orang Jepun itu masih hidup dan tinggal di Kanchaburi dengan amannya.  Dia datang untuk membalas dendam tetapi di akhir cerita mereka menjadi kawan yang rapat.

Cerita ini aku kisahkan kerana aku pernah pergi ke Kanchanaburi pada tahun 2010 bersama seorang kawan.  Ia berada di utara Thailand lebih kurang 4 jam dari Bangkok dengan memandu.  Kami melihat sejarah pembinaan keretapi maut ini dan masih ada lagi jambatan keretapi yang sudah diperbaharui.  Ada muzium yang menceritakan keadaan pada masa itu dan aku berada disana hampir 1 hari penuh melihat keseluruhan keadaan Kanchanaburi sekitar tahun 1940an dulu.  Aku sempat bersolat jamak di sebuah restaurant Islam di Kanchanaburi dekat dengan tempat perkuburan tentera2 di situ.  Tempat yang bersih dan masih aku ingat dengan nasi goreng yang sedap di situ.



Saturday, January 3, 2015

Surat Tawaran Haji

Hujjah  1435 di Madinah selepas musim Haji
Kita di Malaysia di beri kuota untuk mengerjakan haji.Setiap tahun pusingan yang sama berlaku pada Tabung Haji(TH) and kepada bakal haji iaitu selepas habis sahaja Haji pada tahun itu, bakal haji tahun hadapan pula akan menerima surat tawaran dari TH. Akhir tahun dahulu 2014, surat tawaran fasa pertama telah dikeluarkan dan penerimaan mesti dibuat sebelum atau pada 03/01/2015. Adakah yang terima sudah menjawab atau tidak? Disebabkan musibah banjir di negeri2 yang terlibat banjir, tarikh penerimaan haji di tunda sehingga 12/01/2015. Diberitahu bahawa semua yang mendaftar sehingga June 2007 dihantar surat tawaran ini.  Fasa kedua tawaran akan berlaku selepas 12/01/2015 apabila penolakan atau tanpa balasan dari bakal2 haji dianalisa.


Kali ini aku akan memberitahu apa benda2 yang penting dalam surat dan bagaimana menerima surat tawaran.  Ini untuk bakal haji secara muassasah.

Pertama: Tarikh Penerimaan

Kenapa ini penting? Kerana jika tidak membalas dikira sebagai menolak. Disebabkan menolak maka pada masa akan datang subsidi yang diberikan tidak akan diberi. Sekarang bakal2 Haji akan menerima subsidi sehingga RM6,175 bermaksud kos pergi untuk seorang bakal haji adalah sekitar RM16,155 dan selepas ditolak dengan subsidi maka bakal haji hanya membayar RM9,980 untuk pergi haji.  

Kedua : Alamat Surat menyurat 

Ini penting kerana selepas menerima ini beberapa surat akan menyusul seperti pemberitahuan kursus asas, kursus intensif, pemeriksaan kesihatan, menghantar Pasport Malaysia untuk VISA Haji dan kursus perdana. Dan maha penting adalah tarikh berangkat yang selalu diutus masa musim raya Aidil Fitri. Kalau dulu buat buku di kampung dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur, lebih baik menukar alamat pada yang sekarang kerana surat menyurat akan berlaku kerap dan kita kena pastikan dapat untuk mengetahui pergerakan haji ini. Gelang pengenalan juga dipos menggunakan alamat yang Tabung Haji ada. Aku terpaksa memberitahu bahawa kalau boleh alamat dimana orang sentiasa ada di rumah.  Gelang Pengenalan ini perlu diterima oleh orang bukan peti surat!!

Ketiga : Pejabat TH 

Kita juga perlu tengok dari mana pejabat tabung haji yang mengutuskan surat ini.  Memang semua surat tawaran datang dari Pejabat Utama TH tetapi ia berdasarkan dari tempat mana kita mendaftar dulu.  Aku dulu mendaftar di Shah Alam maka Pejabat TH aku adalah di TH Klang. Bermula dari kita menerima, Aku duduk di Subang dan pejabat paling dekat adalah TH Kelana Jaya. Walaupun begitu maka kursus asas aku di Klang, Pemeriksaan kesihatan aku di Pandamaran Klang dan kursus intensif aku di Klang.  Hendak mengambil barang2 seperti beg2 sponsor juga dibuat di TH Klang. Buat keputusan sekarang dan terus tukar pejabat yang mengurus untuk menyenangkan pergerakan bakal2 haji.

Keempat : Nak Ke mana? Mekah atau Madinah?

Keputusan untuk memilih juga penting kerana ia menentukan kita pergi awal atau terus ke Mekah. Pergi awal bermaksud kita balik juga awal.  Berjaga2 dengan masalah taharrah wanita yang wajib tahu seperti haid. Keputusan memilih Madinah bermaksud awal datang dan awal balik.  Aku memilih ke Mekah dan Alhamdulillah terpilih sebagai yang pertama masuk ke Mekah dan berihram umrah. Keputusan memilih juga boleh membuatkan kita tahu bahawa pemilihan haji yang kita mahu buat iaitu Haji Ifrad atau Haji Tamattuk.

Kelima : Waris yang Pergi Sama

Ini penting kerana kita memberitahu bahawa kita akan bersama waris ini dan memastikan bahawa kita akan bersama dalam satu kapal terbang, satu bas, dan setiap aktiviti akan bersama.  Mengikut apa aku tahu kita boleh tuliskan juga kawan2 yang mendapat tawaran yang sama pada tahun yang sama. Dengan menulis nama mereka disini, TH akan menguruskan nama kita dan sahabat kita bersama untuk mengerjakan haji. Kapal terbang sama, bas yang sama, hari yang sama dan mungkin bilik yang sama.  Cuma untuk berbuat sedemikian perbincangan mesti dibuat.  Kalau adik beradik mungkin ok tetapi kalau kawan kena fikir 2 atau 3 kali kerana kita akan bersama terlalu lama dan kita tidak menambah kawan baru di Mekah atau Madinah.


Keputusan untuk menerima atau menolak juga penting kerana pihak TH tidak berjanji bila pula tawaran akan datang diberikan.  Selepas menolak pastikan kita menulis rayuan pada tahun2 hadapan untuk memastikan ruang kita dibuka untuk mengerjakan Haji.  Yang pasti subsidi hanya ditawarkan pada tawaran kali pertama.