Yang selalu jengok

Sunday, January 25, 2015

Duit, Kerja Kuat dan Gembira

Orang selalu berkata bahawa bahawa kerja kuat boleh buat duit banyak dan akan selalu gembira.  Ini adalah hipothesis yang selalu orang kata dan tak semestinya betul.  Ada 3 elemen penting dalam penyataan di atas.  Kerja kuat, duit banyak dan gembira.  Duit banyak hati tak gembira banyak.  Duit sikit apatah lagi.  Kerja kuat tapi tak buat duit banyak pun ada.  Gembira tapi tak kaya2.  Gembira tak tentu hala yang banyak.  

Beberapa kajian di buat dan terbaru satu kajian yang berasas pada 1,250 orang dari tahun mula masuk ke sekolah tinggi sehingga pencen iaitu kajian di buat dari tahun 1970 sehingga tahun 2013. Kebanyakan orang yang lahir pada tahun itu nampak sudah sepatutnya stabil dan bergembira iaitu dalam keadaan berumur 56 - 60 tahun.


Peratusan yang bekerja sehingga kajian dibuat adalah sebanyak 35%.  Mereka dari yang berpangkat kerani sehingga CEO. Para CEO ditemuramah masih tidak mahu meninggalkan kerja mereka.  65% tidak bekerja tetapi 70% daripada itu masih mencari peluang membuat duit seperti membuat jualan lansung dan melakukan pelaburan dan sentiasa mengikuti perubahan ekonomi untuk melabur.  Kajian ini hanya di buat kepada lelaki sahaja.

Bila ditemuramah, tahap kegembiraan mereka masih bertaut dengan berapa banyak duit mereka buat. Ada yang memberitahu bahawa masih tidak gembira kerana duit tidak cukup.  Ada yang rasa duit mereka akan habis bila2 masa dan ada yang cerita tentang duit mereka sudah tidak berkembang semenjak mereka pencen.

Professor Thomas Gilovich dari Cornel University membuat penyelidikan hubungan duit dan juga membuat beberapa kesimpulan tentang penyelidikannya.  Duit yang banyak dan dihabiskan dengan membeli material sebenarnya tidak mempunyai pegangan lama di dalam fikiran iaitu menyimpan kegembiraan yang lama.  Kegembiraan yang lama adalah membeli pengalaman yang tidak dibayar dengan wang.

Pergi ke Bandung dan membeli seperti tiada hari esok hanya meletakkan kegembiraan sementara berbanding bercerita tentang pengalaman menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung.   Baju2 yang dibeli hanya sekadar memberi satu nikmat yang sebentar dan baju itu akan lusuh dan tidak lagi diceritakan.

Pergi ke Mekah, pengalaman mengharung masa2 mengerjakan Haji lebih nikmat cerita dari pergi ke Bangkok membeli belah.  Membeli kereta besar dan mahal tidak memberi kegembiraan yang maksima bila sudah sampai waktu kereta memberi masalah dan waktu2 bersama kereta hanya sebentar sahaja.

Professor Gilovich juga mengatakan wang yang banyak memang tidak memberi kegembiraan tetapi bagaimana digunakan lebih dikira.  Dia setuju bahawa kembali kepada memberi kegembiraan kepada orang lain lebih seronok dari bergembira sendirian.  Warren Buffet ditanya tentang kekayaannya yang telah mendermakan 99% hartanya kepada organisasi yang perlu lebih menyeronokkan dari berseronokan sendiri.  Dan Warren Buffet masih membuat duit yang banyak sehingga kini.


Saidina Ali Abi Talib RA ditanya tentang harta.  Dia memberitahu bahawa duit kita adalah apa yang kita gunakan dan bukan yang kita simpan.  Dan ini benar kalau kita terlalu menyimpan, mungkin ia menjadi rezeki anak2 akan datang dan bukan kepada kita.  

Banyak memberi orang kegembiraan maka gembira itu akan datang pada kita secara semulajadi.  Beli hadiah untuk anak2.  Anak2 kita gembira dan bersukaria dan yakin yang kedua gembira adalah kita kerana melihat anak2 gembira.  Cuba kalau tak pernah buat.

Professor Thomas Gilovich menulis untuk buku "Why Smart People make Big Money Mistakes and How to Correct Them"


No comments:

Post a Comment