Yang selalu jengok

Sunday, March 22, 2015

Ocean Dream Samudra di Ancol, Indonesia

Gerbang Utama Ocean Dream Samudra
Bila bercuti, kita kena penuhkan jadual anak2 kerana itu adalah pilihan paling penting kerana cuti ini berkaitan mereka - cuti sekolah.  Cuti sekolah kali ini aku membawa anak2 ke Jakarta dan pilihan utama adalah ke Ancol. Taman Impian Ancol adalah satu tempat taman tema yang besar di Jakarta Utara.  Kira2 3 km sahaja dari Hotel yang aku inap, Best Western Hotel & Residence, Mangga 2.  

Teksi yang kami naik adalah Blue Bird iaitu teksi yang pasti menggunakan mesin untuk tambang. Teksi2 lain tidak boleh dipastikan kerana orang Hotel sudah memberitahu begitu - pastikan hanya Blue Bird sahaja.  Sebelum memasuki taman tema Ancol ini, ada satu tol yang perlu dibayar.  Setiap penumpang akan dikenakan bayaran sebanyak 25,000 Rp atau RM7.25 seorang sebelum masuk. Teksi dari hotel kami hanya sekitar 18,500 Rp atau RM5.40 sahaja.

Di dalam Ancol ini terdapat 4 taman tema yang berbeza.  Yang paling besar adalah Dunia Fantasi (orang Indonesia memanggil hanya DUFAN) - aku sudah ke taman tema tersebut pada tahun 2011. Taman tema ini adalah satu kawasan taman permainan yang terbesar di Ancol. Ada Atlantis Water Adventure, Seaworld dan Ocean Eco park.  Untuk berjalan2 juga ada di sana Ancol Beach City dan Pasar Seni Ancol.

Beratur untuk masuk ke Ocean Dream Samudra

Pagi2 lagi kami sudah berada di taman tema - Ocean Dream Samudra.  Kaunter tiket masih belum buka.  Jam 10 nanti kaunter tiket akan dibuka.  Aku bertemu dengan kawan2 dari Malaysia sebelum masuk dan bersembang di tempat beratur Ocean Dream tersebut.  Harga tiket adalah 95,000 Rp seorang atau RM27.55 seorang.  Taman ini lebih menonjolkan pertunjukkan binatang.

Ada 6 pertunjukan binatang iaitu ikan lumba2, singa laut, binatang berbagai (pentas satwa), pirates stuntman show, Cinema 4D dan Underwater Theater.  Yang datang ke Taman tema ini perlu mempunyai stamina untuk bergerak dari satu pertunjukan ke satu pertunjukan yang lain.  Kawasan Taman Tema ini tidak terlalu luas untuk di terokai semua.  Disediakan juga tempat2 permainan seperti kereta langgar, obor-obor (family ride) dan rumah pintar seperti perpustakaan untuk membaca tentang binatang.

Bergambar dengan burung
Kami bermula dengan Pentas Satwa dimana binatang2 berbagai membuat pertunjukkan seperti memerang, burung kakak tua dan beruang.  Selepas itu kami pergi ke taman burung.  Selepas itu kami ke Cinema 4D dan kami berehat untuk makan tengahari.  Ada berbagai kedai di dalam Ocean Samudra ini dan kami hanya makan ayam goreng.  Dan seterusnya ke Pentas Singa Laut dan berhenti untuk anak2 bermain kereta langgar.
Sempat main obor2 

Masa menonton untuk Pentas Lumba2 hanya terdapat 3 kali sahaja sehari dan kami cuba luang pada waktu akhir sahaja iaitu pada pukul 5 petang.  Tapi disebabkan kelewatan sangat kami terpaksa beredar dari Ocean Samudra.  Anak2 sudah penat dan perlu berehat.  2 pertunjukan yang gagal adalah Pentas Lumba2 dan Pirates Underwater Stuntman.
yang gagal tonton

Selepas menonton Pentas Lumba2

Pukul 4.30 kami sudah keluar dari Ocean Samudra dan terus ke hotel untuk berehat.


No comments:

Post a Comment