Yang selalu jengok

Monday, March 2, 2015

Storie Pazzesche (Tajuk asal adalah Cerita Gila)

Cerita tentang kemarahan, melempiasi marah, keluarkan kemarahan, kejam, pukul, tikam, pecah, meletup menjadi satu benda yang aku suka raikan.  Bukan secara fizikal tetapi dengan menonton. Pedro Almodovor bukan calang2 pembikin filem. Dia membuat filem separa bio tentang kemarahan dalam diri orang.  Ada 6 cerita dalam filem ini.  

Cerita pertama tentang sembang di dalam kapal terbang yang akhirnya semua mengenali sesama sendiri. Pemandu pada hari itu adalah orang yang mahu melempiasi kemarahan pada penumpang yang dikumpulkan.  Kapal terbang itu tidak mendarat dengan tepat dan menjunam sehingga cerita pun bermula.

Cerita kedua tentang kemarahan kepada seorang ahli politik yang korup.  Kemarahan yang tidak terkawal tetapi masih bergerak pada kerendahan.  Tukang masak yang mengadu domba dan memasukkan racun tikus dan cuba di halang. Kemarahan dengan pisau dan penuh berdarah.

Cerita ketiga tentang pemandu yang mengangkat jari ketiga kepada pemandu yang lain.  Timbul kemarahan ini boleh menyebabkan pergaduhan walaupun saling tidak mengenali sesama sendiri. Diceritakan dengan penuh dramatik.  Lelaki yang dicarutkan memberakkan dan mengencingkan kereta. Dan akhirnya bersama2 mati meletup dek kebodohan masing2.

Cerita keempat tentang kena saman oleh bandaraya boleh menyebabkan kemarahan yang melampau. Disebabkan satu benda ini, keluarga bercerai berai dan kerja ditamatkan.  Noktah akhir dari pemarah adalah meletupkan kereta yang 3 kali disaman.  Dipenjara dan tersenyum puas bila bekas isteri dan anak melawat sambil menyanyi lagu "Happy Birthday".  Pelakon lelaki untuk babak ini adalah Ricardo Darin seorang pelakon yang aku suka.

Cerita kelima tentang kemalangan tersembunyi.  Langar dan lari.  Berbincang bersama dengan peguam untuk melarikan diri sambil menyalahkan tukang kebun.  Pembuat kesalahan anak mereka masih muda dan perlu meneruskan kehidupan kononnya.  Cuba ditipu oleh peguam dan pendakwa untuk membuat duit.  Akhirnya bersetuju dengan satu harga dan harga itu adalah ditikam oleh orang ramai ketika keluar dari rumah.

Cerita keenam adalah kegembiraan pada malam perkahwinan.  Satu keramaian dibuat dan dibuat sehebat mungkin.  Masalah bermula apabila si isteri tahu bakal si suami pernah bermain kayu tiga. Pergaduhan bermula dan berhenti.  Bermula kembali sehingga berdamai akhirnya.  Didamaikan dalam hati bahawa hanya mati akan memisahkan mereka.

Komedi gelap sesangat bagi aku untuk filem ini.  Memang teruja sehingga ke akhir filem.


No comments:

Post a Comment