Yang selalu jengok

Tuesday, August 18, 2015

Perjalanan ke Moscow, Russia II

Al Maty Airport
Sesampai ke Bangkok pada malam hari Sabtu 7.45 waktu Thailand hanya sekadar menambah masa perjalanan ke Moscow sahaja.  Tiada apa yang perlu dicatat kerana aku tidur dan makan maggi untuk malam itu sebelum tidur.

Esok pagi Ahad, sekitar jam 8.00 aku berangkat ke International Airport Suvarbhumi Bangkok dan telah check in untuk ke Al Maty Kazakhstan untuk perhentian yang ke dua sebelum ke Moscow. Perjalanan ini juga yang akan aku hadap 7 hari dari sekarang untuk kembali ke Malaysia. Perjalanan ke Al Maty akan melalui angkasa Delhi, India, berjalan ke Afganistan dan terus ke atas Kazakhstan selama 7.5 jam perjalanan udara.

Kenderaan (shuttle) dari hotel disediakan oleh pihak hotel menyenangkan perjalanan aku.  Pagi2 lagi aku sudah bersiap dan mengeluarkan baju sejuk untuk di pegang kerana apabila beg besar sudah masuk ke kargo, tiada apa yang boleh aku ambil dari beg tersebut.

10 minit perjalanan, kami sampai ke Airport Antarabangsa Bangkok dan kami terus ke kaunter G untuk mendaftar.  Kaunter G adalah paling hujung di dalam Airport tersebut.  Kapal terbang yang akan kami naik adalah Air Astana (kapal terbang Russia).  Aku diberitahu pilot yang membawa kapal terbang ini cekap kerana mereka adalah bekas tentera Russia yang diketahui kecekapan mereka.

Aku mendaftar dan memohon makanan halal untuk perjalanan ke Al Maty.  Permintaan itu dipenuhi tetapi perjalanan dari Al Maty ke Moscow tidak dilayan kerana hanya ayam dan daging dihidangkan tanpa babi untuk hidangan dalam kapal terbang.  Kami akan berehat sebentar di Airport Al Maty sekitar 4 jam. Aku juga terus mendaftar untuk kapal terbang seterusnya dari Al Maty ke Moscow.  Kapal terbang akan berangkat pada pukul 11 pagi dan aku ada masa sekitar 2 jam untuk berehat.

Aku penuhkan masa itu untuk makan sebelum berangkat.  Pulut dan mangga menjadi pilihan dan Syawarma dari kedai Halal di dalam Airport.  Aku makan sehingga tidak perasan bahawa jam sudah menunjukkan 15 minit lagi untuk pintu ditutup.  Bergegas aku bergerak ke pintu yang dihalakan dan perjalanan pun bermula.

Perjalanan 7.5 jam di dalam Air Astana menjemukan.  Tiada yang menarik sepanjang perjalanan kecuali ini adalah kali pertama aku ke Kazakhstan dan di hati berkata "bertemu besanlah aku kali ini" - pada sesiapa yang tidak tahu, Perdana Menteri kita berbesankan President Kazakhstan. Aku diberikan hidangan udang dan sayur untuk makan.  

Perjalanan ini dipenuhi dengan tidur dan jaga sekali sekali.  Dan aku sampai ke Al Maty mengikut masa yang ditetapkan pada pukul 4.20 pm - perjalanan sudah 7 jam tetapi masa menurun 2 jam.  Al Maty adalah salah satu airport antarabangsa dan kebanyakan orang yang hendak ke Russia akan transit di Al Maty sebelum ke sana.

Waktu siang yang panjang di Al Maty

Berhenti di Al Maty aku penuhi dengan mengerjakan jamak takdim kerana Asar di sini pada pukul 6 petang dan Maghrib pada pukul 8.30 malam.  Berhenti selama 2 jam di Al Maty, aku menyambung perjalanan ke Moscow pada pukul 7.45 malam selama 4.5 jam di dalam kapal terbang.  InshaAllah aku akan sampai ke Moscow pada pukul 9.45 mlm dan kedatangan aku ini dinantikan oleh orang sana. Semoga perjalanan ini diberkati.






2 comments: