Yang selalu jengok

Monday, August 31, 2015

Jalan2 di Moscow

Bergambar depan stesyen Metro
Aku sampai di Moscow di Lapangan Terbang Antarabangsanya iaitu Shevemetyevo pada pukul 9 malam. Suasana sejuk disebabkan hujan dan suasana lebih kurang 11% celcius.  Aku bersama 2 orang kawan perempuan akan berada di Moscow selama 7 malam bermula pada 16/8 sehingga 22/8/2015 dan kami akan tinggal di Hotel Mercure di Paveletskaya.

Cerita untuk ke Moscow ini sudah berjalan dari bulan Jun 2015 lagi.  Visa yang pertama bertarikh 8 - 22 Jun 2015 berlalu tanpa berlaku.  Dan yang kedua ini lebih tersusun kerana selain dari visa yang diperlukan, kebenaran dari Kewangan Kerajaan Russia juga diperlukan.  Dan cerita untuk ke Russia ini bukan mudah kerana visa yang dikeluarkan mestilah dengan jemputan.  Aku mendengar cerita tentang kesukaran ibuayah untuk melihat konvokesyen anak disebabkan tidak ada yang menjemput. Dan biasanya, setelah mendapatkan hotel maka hotel akan mengeluarkan jemputan untuk pelancong masuk ke Russia. Jika tiada maka tidak dibenarkan masuk ke Russia.

Kami disambut seorang lelaki bernama Valeriy yang fasih berbahasa Inggeris.  Kami diberitahu bahawa Mr Valeriy adalah juga pegawai undang2 di Bank dan akan membantu kami dalam komunikasi di Moscow ini.

Dari airport kami terus dibawa ke Hotel Mercure dan bilik2 kami telah tersedia.  Kami hanya menghantar barang dan terus keluar untuk makan malam.  Makan malam kami adalah di sebuah restoran Arab yang halal.
Bergambar dengan driver depan Hotel Mercure

Aku mencuba lamb chop untuk malam itu.  Sejuk di luar bertambah membuatkan aku lapar dari biasa.  Rasa lamb chop di Moscow ini lain dari yang lain.  Entah mengapa aku terlupa tentang rasa lamb chop tempat lain.

Esok pagi sekitar pukul 5 pagi aku sudah bersiar2 di sekitar Hotel Mercure.  Bukan apa, waktu pejabat bermula sama macam kita di Malaysia 9 sehingga 6 petang.  Pukul 5 macam pukul 7.30 am di Malaysia.  Aku berjalan sehingga ke jalan besar melihat2 perangai orang2 Moscow dan suasana sejuk pagi cukup dirasai.
Pangung Wayang yang terdapat bowling dan pub 

Pagi2 itu aku sudah berjumpa dengan panggung wayang dan Metro (keretapi bawah tanah) dan sekitar kawasan Hotel Mercure.  Aku juga melihat beberapa buah basikal di tepi jalan untuk kegunaan orang ramai.  Bukan percuma tetapi boleh disewa untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.  Yang berkereta akan pangkir di situ dan menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.

Basikal untuk disewa


Petang itu aku di bawa ke sebuah masjid dan aku bersolah tahiyattul masjid.  Rasa seronok berjumpa dengan Muslim di Moscow.  Ukhuwah di antara muslim di sini amat rapat dimana kalau berjumpa sesama Muslim, mereka akan berpeluk seperti orang2 Arab.  Aku tidak ketinggalan mendapatkan roti seperti karipap yang dibakar panas dengan isi daging yang sedap.  Sejuk2 di Moscow tenggelam dengan hangat rasa karipap.  SubhanaAllah.
Bergambar depan Masjid dekat dengan hotel Mercure

Aku menukar 500 Euro untuk mendapat 36,025 Rouble. Aku menukar duit itu di Regnum Bank dan aku perhatikan semua bank memaparkan tukaran yang berbeza dan duit yang paling popular untuk tukaran adalah USD dan Euro.  Melihat keadaan tukaran semasa, duit Russia lebih teruk dari RM kita di Malaysia.  Ketika aku pergi tukaran duit RM kepada USD adalah 4.12 untuk setiap USD  iaitu kejatuhan sekitar 31.25%.  Aku banding dengan dengan akaun aku yang berdasarkan RM3.2 untuk setiap USD pada 2014.  Sebelum datang dahulu, aku sempat menjengah2 kadar tukaran rouble dengan USD dan rouble mengalami kejatuhan lebih 100%.  Bermaksud kalau dulu 1USD hanya mendapat 30 rouble tetapi ketika aku berada di Moscow itu, kadar tukaran bagi USD adalah sekitar 64 rouble.  Aku melihat2 juga harga kereta di Moscow dengan kadar tukaran pada masa sekarang. Sebuah kereta Nissan Teana berharga 700,000 Rouble atau tukaran RM adalah sebanyak RM45,000 sahaja.

Seminggu aku di Moscow merasakan pasti dapat meneroka seluruh kawasan Moscow yang aku tetapi aku masih tidak mengetahui berapa besar kawasan Bandar Mega ini.  Mengikut wikipedia, keluasan Moscow adalah lebih dari 2,500 km persegi.  Kalau diukur dengan kepala aku, jarak antara Johor dan Alor Setar adalah 800 km sahaja.  Terlalu besar untuk dikuasai.

St Basil Catedral yang popular
Aku sempat naik Metro iaitu kenderaan keretapi awan yang berada di bawah tanah.  Aku sempat melawat Red Square yang terkenal dan menjadi kemestian jika datang ke Moscow.  Di Red Square terdapat Kremlin dan St Basil yang berwarna warni.  Kata orang, kalau ke Moscow tidak ke tempat ini maka macam tak sampai lagi ke Moscow.
Bergambar di St Basil di Kremlin 
Bangunan di sekitar Moscow adalah melebihi dari 500 tahun.  Bagi aku tamadun di Russia bersama Komunis lagi kehadapan dari tamadun barat.  Bangunan mereka tersenggam indah dan dikemaskini untuk dilawati. Aku tabik hormat dengan mereka.
Hotel dikenali sebagai seven sisters berusia lebih 500 tahun
Aku sempat jengah kawasan tempat berlakon James Bond, Bourne Identity dan XXX di batang sungai dan bergambar pasti.
Di sungai tempat orang buat filem

Aku juga pergi sekeliling Moscow dengan bas Hop in Hop Out iaitu bas pelawat yang berhenti2 dan tidak cukup sehari untuk menguasai sekitar Moscow.  Ini hanya berlaku pada hari Jumaat sehari sebelum aku akan keluar dari Russia.

Sehari sebelum itu aku juga melawat Masjid Negara di Moscow.  Ia adalah masjid terbesar dan peningkatan pendedahan tentang Islam nampak cepat di Moscow dan mereka hormat sistem beragama di sana.
Masjid Negara baru di Moscow
Aku melewati bangunan KGB yang dahulunya berwarna putih sudah bertukar warna kepada kuning dan masih dalam pembaikan.  Seribu kenangan masih kekal dalam ingatan kalau ada gambar.  Misi kali ini nampak berjaya dan keputusan menerima pergi ke Moscow mungkin tepat, InshaAllah.

Bangunan KGB yang sedang di baik pulih


No comments:

Post a Comment