Yang selalu jengok

Sunday, January 3, 2016

Bawa Anak2 Bercuti

Bercuti ke Penang

Ibubapa kena rancang awal untuk bawa anak2 bercuti.  Percutian yang berharga tinggi memerlukan kos yang tinggi dan tahap menyimpan duit juga kena bersistem. Percutian tidak perlu sehingga bergolok bergadai.  Malaysia juga mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati.  Balik kampung dan berkawan dengan anak2 kampung pasti dibawa ke tempat yang paling menarik bagi mereka. Ini juga berlaku bila anak2 dari kampung datang ke bandar, rumah aku pasti macam kena bom.  Ini adalah cerita percutian.

Ada yang bertanya kenapa perlu membawa anak bercuti atau berjalan2. Perlu atau tidak? Biarkan anak2 bermain di rumah sahaja sepanjang percutian.  Adakah bercuti itu mahal? Kenapa murah tidak dicari? Atau murah seperti tidak berjalan? Atau murah itu kurang pengalaman?

Beberapa sebab kenapa anak2 perlu dibawa bercuti?

1. Dapat mengenal tempat orang? Semalam aku baring bersama anak2 dan bercerita tentang percutian yang mereka lalui sepanjang percutian sekolah? Anak yang kecil memberitahu dengan kelat kanak2. Penang dan kolam katanya.  Aku bertanya lagi "Dalam Malaysia ada berapa negeri?" Anak perempuan aku memberitahu "Ada 6....satu Melaka, Perak, Penang, Johor, kelima Selangor dan Baling Kedah".  Ini adalah pengetahuan am yang perlu disemai pada anak2 kita.
(kesemua negeri yang disebut adalah tempat2 percutian yang kami sekeluarga pernah pergi). Bila kita berpergian maka ingatan mereka lebih kuat dan pandai bercerita.

2. Pengetahuan agama ditingkatkan? Aku kerap bercuti di tempat yang jauhnya lebih 2 marhalah. Ada yang mungkin bertanya apa itu 2 marhalah. 2 masalah mungkin biasa tapi marhalah.  2 marhalah adalah jarak yang dibenarkan untuk bersolat secara jamak dan qasar.  Ia dikirakan bermusafir.  Niat baik iaitu ingin melihat keindahan dunia Allah SWT dan bercerita dengan anak2. Ibubapa mesti bersedia dengan pengetahuan agama dan mencari jawapan kepada masalah musafir dan indahnya bermusafir.  

3. Dapat beli cenderahati? Anak2 aku diberi peluang memilih cenderahati yang mahu diberikan kepada kawan2 sekadar kemampuan. Dengan ada cenderahati ini mereka bercerita tentang tempat dan memberitahu aktiviti mereka di tempat percutian. Orang dewasa juga rasa seronok bila dapat cenderahati dari orang yang berpergian inikan anak2 yang bercerita tentang sesuatu tempat bersama keseronokan. Cenderahati tidak terlalu mahal tetapi bercerita indah tentang tempat. 

4. Melihat budaya orang. Mereka selalu melihat sesuatu tempat berbeza dari orang dewasa.  Anak perempuan aku bercerita tentang cara orang Jakarta memanggil pelanggan untuk makan.  Terlalu menakutkan kerana mereka menarik2 tangan dan ini tidak berlaku di Malaysia. Anak perempuan aku juga dapat membeza percakapan orang Kelantan dengan Kedah atau Perak berdasarkan telo mereka sahaja. Kalau mereka dengar di kawasan rumah aku maka anak perempuan aku akan beritahu bahawa orang itu Kelantan atau Kedah tanpa sangsi.

5. Pandai berkemas.  Sebelum berpergian, anak2 aku ini akan pandai mengemas dan mengambil barangan yang perlu untuk dibawa.  Kalau ada kolam renang maka baju2 renang pasti dikumpulkan hatta aku sendiri diperingatkan oleh mereka.  Mereka akan ingatkan ibu mereka tentang sikat, berus gigi atau barangan untuk berkelah.

Bawalah anak bercuti dan bercerita dengan mereka tentang sesuatu tempat.  Perkongsian ini hanya dapat kalau ibubapa juga berkehendak begitu. Jangan biarkan anak2 berimiginasi sendiri tanpa kita ada disisi. Cerita dengan mereka Gunung apa paling tinggi di Malaysia, dimana dan bagaimana hendak ke sana.  Cerita juga dengan mereka Tasik apa paling besar di Malaysia, di mana dan bagaimana hendak ke sana? Jalan darat atau jalan udara? Didik anak waktu berpergian mungkin lebih bermakna cuti kita InshaAllah.  


No comments:

Post a Comment