Yang selalu jengok

Wednesday, February 3, 2016

Tukar MB

Pertukaran Menteri Besar adalah perkara biasa dan perlu diterima pakai oleh rakyat dan ini telah berlaku beberapa kali di Malaysia.  Cerita ini kononnya hangat sekarang kerana Kedah menukar MB mereka kepada yang baru secara paksa.  Betul atau tidak hanya pihak dalaman UMNO yang lebih mengetahui.  Paksa memang terdapat bila beberapa ketua bahagian UMNO membuat kenyataan memohon Mukriz meletak jawatan. Apabila ini dipersetujui oleh pihak UMNO di persekutuan maka pertukaran MB pasti akan berlaku.

Di Kedah juga bukan sekali ia berlaku.  Ketika zaman Perdana Menteri Mahathir, MB lama iaitu Osman Aroff ditukar kepada Sanusi Junid.  Bukan sedikit tekanan yang dibuat oleh Mahathir kepada Osman Aroff.  Orang dah pegang lama jawatan Agong di negeri pasti susah mahu melepaskan kerusi empuk itu.

Di Terengganu juga bukan senang ketika Ahmad Said mahu ditukar kepada MB Baru.  Kain rentang dipasang dan cubaan melibatkan istana juga berlaku.  Memang istana akan terlibat apabila pertukaran MB berlaku.

Di Selangor juga berlaku beberapa kali seperti ketika Mat Taib bertukar kepada MB baru.  Dan MB baru ini juga bertukar kepada Khir Toyo.  Tetapi agak berbeza kerana MB yang diminta tukar memang mempunyai beberapa kesalahan dan rakyat seperti bersetuju untuk bertukar.  Bukan setakat masa UMNO sahaja ia juga berlaku bila Pakatan Rakyat memerintah melalui Parti Keadilan Rakyat iaitu bila MB Khalid Ibrahim ditukar kepada Azmin Ali.  Nampak bukan senang kerana PKR terpaksa memohon pemegang adun Kajang pada masa itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Azizah.  Dan Azizah juga pernah meletak jawatan Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Tetapi paling perlu diingati bagi rakyat Malaysia apabila pertukaran MB berlaku dari dua pihak yang berbeza iaitu di negeri Perak.  Rakyat Perak telah membuat keputusan dimana Nizar menjadi MB tetapi disebabkan 2 adun melompat kepada BN maka majoriti penyokong Pakatan Rakyat telah berkurangan maka BN telah ke istana Perak dan memohon untuk pertukaran MB.  Sepatutnya keputusan ini diberikan kepada rakyat Perak untuk ditentukan.  Ada perbalahan di dalam mahkamah tentang keputusan itu tetapi pertukaran di Perak ini bagi aku adalah satu kelemahan yang perlu diperbetulkan dan masyarakat diberikan penceritaan yang betul.  Sejarah ini akan dibaca selama2nya.

Jangan marah sangat bila pertukaran berlaku.  Kita sebagai rakyat masih menanggung GST tak kira kita layak untuk membayar cukai atau tidak.  Ekonomi masih tidak berpihak kepada kita walaupun bajet memberitahu bahawa pendapatan rakyat adalah ke arah pendapatan tinggi tetapi bukan semua yang mendapat tinggi itu.   "Change" atau berubah perlu dibuat.


No comments:

Post a Comment