Orang Kedah paling senang nak sebut ....Panama....Apanama. Cerita tentang Panama Papers terburai terpecah terkeluar ini sudah masuk ke minggu ke 2 dan mangsa pertama yang direkodkan perihal Panama Papers ini adalah Perdana Menteri Iceland. Beliau meletak jawatan semalam apabila cerita tentang Panama Papers terburai untuk pengetahuan umum.
Apa dia Panama Papers ini? Ia adalah maklumat sulit yang terdapat pada satu syarikat peguamcara yang berada di Panama iaitu Mossack Fonseca. Peguamcara ini mengendali lebih dari 300,000 syarikat luat persisir untuk menyimpan duit yang selamat tanpa dicukai. Ini adalah sah disisi undang2 seperti menyimpan duit di Labuan (Free Duty). Disebabkan pengendalian yang cekap kemungkinan Mossack Fonseca ini diberikan peluang mengendalikan syarikat yang sekian banyak itu. Tugas ini juga tak semena2 menjemput syarikat atau orang perseorangan untuk menyorokkan duit di luar negara.
Tapi tanpa diduga maklumat terbocor diberitahu sebanyak 11.5 million dokumen kemungkinan boleh memberikan sakit jantung yang tak boleh pulih untuk Mossack Fonseca dan kemungkinan memberikan Kanser tahap 4 pada yang cuba menyeludup duit untuk masa hadapan. Nama2 pemimpin besar seperti di Russia, China, Brazil, Argentina, Arab Saudi dan Iceland menjadi cerita2 utama dalam Panama Papers ini.
Kebocoran maklumat ini adalah lebih besar dari dibuat oleh beberapa kaki komputer wizard. Mengikut rekod dengan adanya 11.5 million dokumen ini iaitu sebanyak 2.6 terabytes data telah terburai. Wikileak hanya 1.7 G, Luxembourg tax file hanya 4.4 G dan HSBC 3.3 G. Kebocoran oleh Wikileak memberikan kita beberapa nama yang penting seperti Julian Assange atau Edward Snowden.
Dan jangan terkejut pada yang kurang membaca tiba2 keluar cerita tentang anak Najib didalam Panama Paper ini. Perlukah kita terkejut kalau cerita duit derma sahaja sebanyak RM2.6 billion sudah ada pada PM kita dan WSJ bercerita sesuka hati tentang bukan sedikit yang masuk dan kemungkinan lebih dari itu.
Dan aku sangat sedih kalau yang kurang membaca cuba marah2 tentang dengkinya Yahudi dengan kita atau iluminasi yang cuba masuk dalam negara disebabkan pengetahuan kita tentang ini.
No comments:
Post a Comment