Yang selalu jengok

Wednesday, March 30, 2016

1.5 Juta Bangladesh


Bila TPM Zahid Hamidi membatalkan kemasukan 1.5 juta Bangladeshi ke Malaysia, ia menjadi satu kemenangan pada sesebuah pihak.  Bagaimana ini diterima secara pukal oleh pihak pemerintah bahawa terbatalnya kemasukan ini maka secara automatik kerja2 yang diikhtiraf sebagai 3 D - (Dangerous, Dirty dan Demanding) akan tiba2 hilang peluang dari skop pekerjaan.

Adakah tiba2 Malaysia mempunyai cukup pekerja untuk menampung 1.5 juta kosong pekerjaan yang diberitahu? Kita sebagai penduduk Malaysia kena membaca simbolik pembatalan yang menjadi kejayaan itu.  Kenapa dikita berjaya? Kenapa kerajaan tidak rasa apa2 bila membatalkan kemasukan? Adakah penyelidikan tidak dibuat dan kemasukan hanya untuk mengkayakan beberapa orang?

Penduduk Malaysia kena menyoal bagaimana 1.5 juta Banglasdeshi ini akan diselitkan didalam ekonomi.  Perladangan, kilang atau restaurant, perkhidmatan atau kebersihan atau pembinaan? Kenapa kerja2 ini dikategorikan sebagai 3D dan hanya Bangladeshi sahaja yang sesuai untuk diselitkan.  Penyelidikan perlu dibuat teliti untuk menjawab soalan2 ini.

Mengikut rekod dan laporan2 yang sah ada lebih kurang 6.7 pekerja asing di negara kita ini dan hanya 2.1 juta pekerja mempunyai permit pekerjaan yang sah.  Ini bermaksud  4.6 juta pekerja tidak sah dan kemasukan ke dalam negara Malaysia tanpa ada pekerjaan yang menanti. Pemutihan pada satu masa dulu dibuat dan objectif hanya untuk mengira pekerja tanpa ada solusi yang diberitahu. Dan kemasukan 1.5 juta Bangladeshi itu memang patut disanggah.

Kemasukan yang disahkan juga adalah bagus kerana ia dapat memastikan pendatang2 ini diskrin penyakit dan disahkan sihat untuk bekerja.  Ini penting kerana mencapai status negara mahu maju, maka penyakit2 lama tidak boleh berada di Malaysia sekarang.  2 tahun lepas staff Maybank di Section 14 shah Alam terpaksa membuat saringan setiap 6 bulan kerana kawan mereka mendapat batuk kering.  Batuk Kering sudah lama lupus di negara kita untuk pengetahuan.

Kerajaan mesti memastikan 4.6 juta pendatang tanpa izin itu dikeluarkan sebelum 1.5 juta orang yang baru mahu dijemput masuk.  Pendatang yang datang dari berbagai negera seolah2 melihat Malaysia sebagai lubuk emas yang perlu diterokai.  Kalau dari India maka restaurant mamak yang akan dihampiri. Pendatang dari Pakistan maka penuh di Nilai untuk jual karpet.  Orang China datang kerana permintaan tinggi untuk mengurut. Bangladesh untuk stesyen minyak dan perkhidmatan (tesco, giant dll).  Indonesia mengikut saudara dan membuka kedai runcit.  Vietnam / Laos untuk kilang. Timur Tengah jual kurma dan nasi arab atau Filipina untuk jadi maid.

Jika 1.5 juta itu dimasukkan maka malaysia akan ada 8.2 Juta pekerja asing bermaksud setiap 3 orang Malaysia maka ada seorang pendatang asing.  Pendatang ini sendiri sekarang sudah cukup berekonomi untuk berniaga sesama mereka.  Kedai runcit Bangladesh sudah ada untuk bangladeshi. Kedai Aceh untuk orang Indonesia.  

Persoalan yang tidak terjawab adalah dengan pembatalan kemasukan maka anak2 Malaysia ada peluang pekerjaan yang perlu diberitahu? Akhirnya kita Malaysia juga perlu takut dengan kemasukan mereka ini kerana jika pekerjaan tidak disediakan untuk mereka maka kerja lain terpaksa dibuat mereka dan kerja lain ini boleh jadi mencuri, merompak dan sebagainya. Pengawal kita dari Vietnam yang bertopi hebat boleh jadi mangsa paling senang untuk pendatang asing mengganggu. 


No comments:

Post a Comment