Tiba2 aku menonton dokumentari dari Michael Moore pada hari Sabtu akhir September 2017- seorang provokator yang membuatkan pimpinan USA selalu marah. Cerita kali ini adalah "Where to Invade Next" dan salah satu negara yang dilawati atau mahu ditawan dan cerita tentang kebaikan negara itu yang perlu buat USA tiru.
Negara yang dilawati adalah Finland. Cerita Finland adalah tentang pendidikan. Finland diikhtiraf sebagai negara pendidikan paling baik di dunia. Pendidikan awal yang baik melahirkan pelajar2 yang bijak dan pandai mengharung dunia bila sudah bekerja nanti.
Pendidikan di Finland adalah PERCUMA. Betul dan aku terkejut sebentar. Pendidikan awal anak2 di pra sekolah dimasukkan sistem pemakanan yang paling baik. Michael Moore duduk bersama anak2 yang kecil ini dan menunjukan mereka apa yang mereka minum di USA - setin Coka Cola. Anak2 kecil itu tidak mengenali Coca Cola dan tertawa melihat Michael Moore yang membawa air itu untuk mereka.
Seorang Chef disediakan untuk setiap sekolah dan perlu bermesuarat setiap 2 minggu untuk memastikan makanan yang disediakan paling sihat dan penuh vitamin. Air kosong adalah minuman utama kanak2 ini.
Pendidikan pra sekolah ini tidak boleh melebihi dari 20 jam seminggu. Kalau dibahagikan untuk 5 hari maka anak2 ini hanya perlu 4 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat. Pendidikan yang diberikan adalah lebih mengembirakan dan tidak memberikan stress kepada anak2. TIADA KERJA RUMAH.
Pada satu ketika, Michael Moore bertanya pada budak2 remaja tentang "Homework". Mereka menjawab "homework" adalah basuh pinggan selama 20 minit setiap hari. Seorang lagi menjawab tentang mempersiapkan makan malam dan jawapan2 tidak lansung berkaitan dengan "Homework" kalau di Malaysia.
Rata2 budak remaja di Finland menguasai 3 bahasa - Finland, English dan salah satu negara Eropah keliling mereka. Ini adalah kelebihan pada anak2 di Finland.
Temuramah dibuat lagi dengan guru2 dan Menteri pendidikan Finlang tentang sistem peperiksaan. Diberitahu hanya ada satu peperiksaan Umum dijalankan pada peringkat sekolah kecuali di Universiti. Lalu Michael Moore bertanya tentang bagaimana klasifikasi sekolah2 terbaik. Maka di jawab Menteri Pendidikan, Krista Kiuru (seorang wanita) - tidak pengkelasan sekolah maka tidak ada jurang antara miskin dan kaya. Dan yang pasti setiap sekolah adalah terbaik.
Finland menjadikan pendidikan sebagai kuasa. Diberitahu guru2 di Finland mendapat gaji paling tinggi di dunia berbanding mana2 negara. Guru2 seperti seorang Professor di Universiti. Layanan pada guru oleh kerajaan Finland terlalu bagus,
Di kolej, Universiti atau membuat degree, post degree atau Master adalah PERCUMA di Finland. Selepas belajar, tiada yang berhutang untuk meneruskan hidup. Perhati sekeliling kita dan bertanya pada anak2 yang baharu habis belajar, berapa hutang mereka. Kalau buat diploma mungkin RM20,000 berhutang, kalau Sarjana Muda (degree) mungkin RM40,000 dan angka2 ini terus naik mengikut pendidikan yang mereka ceburi.
No comments:
Post a Comment