Yang selalu jengok

Wednesday, November 1, 2017

A Taxi Driver


Entah mengapa tajuk yang seperti ini ada impak di dalam filem.  Kalau di Amerika, Taxi Driver lakonan Robert De Niro pasti diingati dengan tajuk yang sama. Pemandu teksi adalah pembawa berita, pencetus berita atau menyebarkan berita untuk penumpang. 

A Taxi Driver adalah filem terbaru Song Kang-Ho - filem Korea yang masih belum ditayangkan di Malaysia. Aku menonton secara rally dan terpegun sebentar dengan filem yang satu ini. Dikhabarkan filem ini adalah filem yang masuk dalam Academy 90th nanti dalam Best Foreign Picture.

Filem yang berdasar cerita benar berpusat tentang tentang demontrasi di Gwangju, Korea Selatan. Song Kang-Ho adalah seorang pelakon yang sentiasa dinantikan setiap tahun. Cerita2 seperti "The Host", "The Good, The Bad and the Weird", "The Snowpiercer"  atau "The Age of Shadows" adalah filem2 yang membawa karisma lakonan Song Kang-Ho ke persada antarabangsa. 

Banyak filem2 Song Kang-Ho yang aku sudah tonton. Tidak satu pun yang menjemukan. "The Attorney",  "Memories of Murderer" atau "Sympathy for Mr Vengences" dan "The Hindsight".

Kali ini dia adalah pemandu teksi yang membawa seorang pemberita, Mr Peter dari ARD Germany ke Gwangju untuk mendapat berita pertama tentang kebangkitan pelajar2 universiti di Gwangju.  Peristiwa ini dinamakan "Gwangju Masaccre" yang berlaku di antara May 18 - 27, 1980. Song Kang-Ho berlakon sebagai Kim Mon Seob dan Thomas Kretschmann sebagai Peter.

Hubungan yang terjalin diantara kedua2 di dalam filem ini menjadi rapat sehingga peristiwa itu berakhir dan mereka berpisah di Airport Seoul. Peter cuba mencari Mr Kim setelah datang kembali ke Korea pada tahun 2003 tetapi tidak bertemu. Peter yang sebenar telah meninggal dunia pada tahun 2015 di German. Pada penghujung filem, Peter masih mencari Mr Kim, pemandu teksi yang membawa dia ke Gwangju dan menyaksikan cerita Gwangju yang sebenar disebarkan keseluruh dunia.

Walaupun cerita ini diubah untuk mendapat kesan dramatik tetapi dia menjadikan penonton rasa rapat dengan hubungan tersebut. Diberitakan setelah filem ini dipasarkan pada bulan Ogos 2017, anak Kim membuat pengakuan bahawa ayahnya ada mempunyai gambar dengan Peter dan telah meninggal dunia kerana kanser 4 tahun selepas peristiwa Gwangju.

2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan firdaus, minta maaf menggangu dan hendak tanya soalan tidak berkaitan dengan post terbaru ini.

    Sy mendapat tawaran iv di bank muamalat dibawah Sl1M, sbg trainee di compliance dept. Saya ingin tanya 3 soalan kepada tuan jika tidak keberatan utk jawab.
    1.Apakah skop kerja di compliance dept ?
    2.Adakah peluang untuk diserap masuk adalah cerah dengan program sl1m ?
    3.Berapakah gaji kebiasanya di compliance dept ?

    Sy graduted bach in Accountany (6mths intership di audit firm)

    Semoga Allah membalas budi baik tuan :)

    ReplyDelete
  2. Wkslm.

    Compliance department adalah audit department. Peluang dimana2 amat cerah kalau bersungguh2. Gaji sekitar RM2400 - RM3500 mengikut pengalaman.

    Selamat Maju jaya

    ReplyDelete