Akhir tahun menjadi satu masa wajib untuk merancang percutian paling istemewa untuk anak2. Yang berduit boleh membawa anak2 hampir ke seluruh dunia. Pergi Paris, Korea, Jepun atau paling murah sekitar Asia seperti Indonesia atau Malaysia sendiri.
Aku sendiri menjadi perancang utama dalam keluarga untuk percutian sebab seluruh kewangan terpikul pada bahu aku seorang. Pendesak paling kuat adalah isteri. Tahun 2019 ini istemewa kerana desakan yang paling kuat untuk ke tempat bersalji dan dari awal tahun, perancangan sudah terbuat. Pergi ke Turkey pada hujung tahun adalah seperti menyerah badan ke dalam peti ais selama 10 hari.
Aku tidak termakan desakan kali ini kerana aku masih berjaga2 dengan perjalanan yang jauh dan menggunakan kederat lebih akan menyebabkan aku takut semacam. Aku mahu percutian yang lebih merehatkan dari meredah masuk dalam peti sejuk.
Aku menempah tiket ETS (Electronic Train) dari KL ke Arau. Aku mahu pergi ke Langkawi. Aku membuat cadangan supaya isteri membawa anak2 perempuan ke Turkey dan aku membawa anak2 lelaki ke Langkawi dengan menggunakan ETS, Feri dan kenderaan umum lainnya.
Tiket untuk ke Arau menggunakan ETS GOLD adalah RM73 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak2. Ada dua ETS untuk ke Utara iaitu ETS GOLD dan ETS Platinum. Beza adalah tempat persinggahan dan kelajuan diantara keduanya. ETS GOLD lebih murah dan berhenti lebih banyak perhentian untuk mengambil orang.
Tiket untuk Feri juga boleh diambil secara online melalui Langkawi Ferry Line Venture Sdn Bhd. Untuk dewasa RM18 dan untuk kanak2 sebanyak RM13 sahaja.
ETS Gold dari KL Sentral akan bergerak pukul 10.50 pm dan sampai pada pukul 4.15 pagi di Arau. Kami akan mengambil teksi untuk ke Kuala Perlis sebelum ke Langkawi.
Aku mahu beri tahun anak2 untuk bercuti kadang2 kita perlu menggunakan kenderaan awam untuk tahu tentang perjalanan kerana meraikan perjalanan lebih baik dari hanya sampai ke satu tempat. Kami akan bergerak pada 4/12/2019 iaitu pada malam ini untuk ke Arau dan seterusnya ke Langkawi.
Hi en. Boleh saya tahu apa tugas junior relationship manager?
ReplyDeleteHi Shay, maaf lambat response. Saya tak sihat waktu PKP ni. Junior relationship manager selalunya bekerja sebagai account manager iaitu menjaga beberapa pelanggan yang besar dan melayan kehendak mereka setiap masa.
ReplyDelete