
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Thursday, July 9, 2009
Manek Terburai II

Wednesday, July 8, 2009
Mixed Feeling II
Tuesday, July 7, 2009
Mixed Feeling
Bukan Rumah David Beckham!!!!!

Monday, July 6, 2009
Cerai Berai
Mengikut kajian Jakim, cerai berai berlaku kepada anak2 muda berkahwin hanya disebabkan beberapa hal kecil yang tak masuk akal. Contoh diberikan adalah suami terlupa bungkuskan makanan, terlupa hari jadi, terlupa tambah gula dalam air, makanan tak berapa masin, terlupa flush toilet, basuh baju suami bercampur dengan kain luntur warna, terlupa tutup kipas, tak tutup TV dan terlupa tutup air....Pening Jakim nak menjawab dengan budak2 muda ni. Khawin tak lama - ada yang sehari kawin, ada yang sebulan, setahun dan kebanyakan kes bawah dari 2 tahun. Orang muda akal pendek.SBY

Friday, July 3, 2009
Golf Berehat
Mungkin masa tak mengizinkan aku main dalam masa 1 @ 2 bulan ni. Isteri tengah berpantang, anak2 nak kena layan pergi dan balik - nursery. Dalam masa seminggu je, dah 2 invitation aku tolak.....dalam golf ni kalau selalu tolak orang tak ajak lagi lain kali. Beg Golf dah tersadai sepi depan rumah. Kata orang macam tak sayang je. Tapi nak buat macamana masa tak mengizinkan.Thursday, July 2, 2009
Apa yang Paling Jauh
Wednesday, July 1, 2009
Allah Maha Mengetahui

Lama dah update blog. Beberapa hari ni macam2 benda berlaku dan sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang semua kejadian dan kita sebagai insan wajib beriman dengan Qada' dan Qadar.
Pada 24/06/09 - Kunci kereta aku pada pukul 4.30 pm jatuh dalam lubang yang mengalir terus ke longkang besar di depan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kereta masih belum berkunci dan aku menalifon isteriku untuk menunggu aku di kereta yang sekarang berada betul2 di depan office dia. Azlina, isteriku tak boleh menunggu kerana dia pening semenjak pagi lagi. Isteriku sekarang 9 bulan mengandung anak ke3.
5.00 : Habis appointment di MBSA. Aku terus telefon adikku di rumah untuk mengambil aku dan terus ke rumah ku mengambil kunci. Sambil otak berfikir untuk membawa isteriku bersama kerana aku ada sebuah kereta lagi di rumah. Anak2 di nursery juga penting untuk diambil sebelum pukul 6.30 pm seperti biasa.
6.30 : Terus ke klinik Alam Medic di Subang Perdana - Anak di dalam kandung kurang berdetik mengikut doktor. Dinasihat terus ke Hospital yang kami refer - Pusrawi. Hantar anak ke rumah mak dan terus ke Pusrawi. Masa sudah menunjukkan pukul 8 pm. Kereta di MBSA masih belum di ambil
10.00 pm - Doktor di Pusrawi mengesahkan anak tiada dengupan jantung dan kami terus bergerak ke Hospital Sg Buluh......
3.30 am : Anak disahkan meninggal dunia di dalam kandungan......
Kita pandai merancang tetapi Allah maha merancang segalanya. AL-Fatihah






