Yang selalu jengok

Thursday, July 9, 2009

Manek Terburai II


Manek Urai akan kami jadikan ANAK EMAS....................................................sorang akan dapat seketul.

Manek Terburai


Sedih beb, Kak Jat lansung tak tolong kami. Kaum wanita boleh mengoncang dunia.

Wednesday, July 8, 2009

Mixed Feeling II



Baru semalam tegur - performance even je. Hari buat hal lagi. PPSMI bertukar ke bahasa melayu pulak. Penambahan suku kata pada perkataan pasti tidak bertambah. Bila lagi nak dengar :-

1 - 1 = 0 or One push one same to zero

Tuesday, July 7, 2009

Mixed Feeling



Ni satu lagi problem lepas Mat Flip Flop - pengganti dia plak buat hal. Takkan aku nak keluar UMNO lagi. Penat beb. Habis 30% bumiputra equity dan rasuah tak clear gak.

Bukan Rumah David Beckham!!!!!


Memang harga rumah dan tanah kat sini RM3.5 juta je. Sapa berani claim lebih sampai RM24 juta. Memang dorang ni pembankang (aku ketua pembankang kat sini). Aku buat semua ni bukan untuk aku tapi untuk public usage. Untuk orang2 miskin dan tak mampu belajar tentang kehidupan orang2 kaya seperti aku. Semua orang tak senang bila aku kaya. Nanti raya semua orang aku jemput. makan sate ramai2 aku bakar

Monday, July 6, 2009

Cerai Berai

Mengikut kajian Jakim, cerai berai berlaku kepada anak2 muda berkahwin hanya disebabkan beberapa hal kecil yang tak masuk akal. Contoh diberikan adalah suami terlupa bungkuskan makanan, terlupa hari jadi, terlupa tambah gula dalam air, makanan tak berapa masin, terlupa flush toilet, basuh baju suami bercampur dengan kain luntur warna, terlupa tutup kipas, tak tutup TV dan terlupa tutup air....Pening Jakim nak menjawab dengan budak2 muda ni. Khawin tak lama - ada yang sehari kawin, ada yang sebulan, setahun dan kebanyakan kes bawah dari 2 tahun. Orang muda akal pendek.

SBY


SBY dikatakan akan memegang teruju Indonesia untuk musim ke 2. Walaupun diberi tentangan dari anak Sukarno - Megawati dan Jusuf Kala tetapi SBY nampak gagah untuk kekal sebagai President Indonesia. Jika ini berlaku, SBY adalah pemegang rekod baru iaitu pemegang President musim ke 2 berturut2 selepas semua President gagal memegang lebih dari satu musim selepas Suharto.

Friday, July 3, 2009

Golf Berehat

Mungkin masa tak mengizinkan aku main dalam masa 1 @ 2 bulan ni. Isteri tengah berpantang, anak2 nak kena layan pergi dan balik - nursery. Dalam masa seminggu je, dah 2 invitation aku tolak.....dalam golf ni kalau selalu tolak orang tak ajak lagi lain kali. Beg Golf dah tersadai sepi depan rumah. Kata orang macam tak sayang je. Tapi nak buat macamana masa tak mengizinkan.

Thursday, July 2, 2009

Apa yang Paling Jauh


Mengikut Imam AL Ghazali - Benda yang paling jauh dari manusia adalah masa yang lalu. Betul la, jika kita kembali ke masa lalu, mungkin isteri aku tak mengalami perkara seperti 24 - 27 June 2009 tu. Kalau kita boleh undurkan masa, mungkin dan banyak mungkin boleh berlaku. Jadi kalau ni kata orang jahat mulut.....kalau kalau Babi ada sayap pun dia terbang. Sayangi masa sekarang - sayang ayah,mak, isteri, anak2, abang, kakak, adik, sesama kita kerana masa adalah paling jauh dari kita. Subhanallah

Mati


Ia pasti dan tertulis di Luh Mahfuz

Wednesday, July 1, 2009

Bumi Equity

Mana dia Mubarak, mana dia ketuanan Melayu, mana dia Perkasa, mana dia 3 line, mana dia pemuda UMNO, mana dia NGO2 yang menyalak2 minta ketuanan Melayu. Takkan diam je kot. 30% equity bumiputra akan dihapuskan dalam menggalakkan economik di Malaysia.

Allah Maha Mengetahui





Lama dah update blog. Beberapa hari ni macam2 benda berlaku dan sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang semua kejadian dan kita sebagai insan wajib beriman dengan Qada' dan Qadar.

Pada 24/06/09 - Kunci kereta aku pada pukul 4.30 pm jatuh dalam lubang yang mengalir terus ke longkang besar di depan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kereta masih belum berkunci dan aku menalifon isteriku untuk menunggu aku di kereta yang sekarang berada betul2 di depan office dia. Azlina, isteriku tak boleh menunggu kerana dia pening semenjak pagi lagi. Isteriku sekarang 9 bulan mengandung anak ke3.

5.00 : Habis appointment di MBSA. Aku terus telefon adikku di rumah untuk mengambil aku dan terus ke rumah ku mengambil kunci. Sambil otak berfikir untuk membawa isteriku bersama kerana aku ada sebuah kereta lagi di rumah. Anak2 di nursery juga penting untuk diambil sebelum pukul 6.30 pm seperti biasa.

6.30 : Terus ke klinik Alam Medic di Subang Perdana - Anak di dalam kandung kurang berdetik mengikut doktor. Dinasihat terus ke Hospital yang kami refer - Pusrawi. Hantar anak ke rumah mak dan terus ke Pusrawi. Masa sudah menunjukkan pukul 8 pm. Kereta di MBSA masih belum di ambil

10.00 pm - Doktor di Pusrawi mengesahkan anak tiada dengupan jantung dan kami terus bergerak ke Hospital Sg Buluh......

3.30 am : Anak disahkan meninggal dunia di dalam kandungan......

Kita pandai merancang tetapi Allah maha merancang segalanya. AL-Fatihah