Yang selalu jengok

Friday, May 14, 2010

Kalau 2 hari tak basuh



Cerita 2 hari tak berak, dua hari tak cuci, dua hari tak basuh memang jijik. Cerita dalam mahkamah bermula bila masa buat pembelaan menanyakan soalan yang pelik2. Pada masa pendakwa cuba untuk menerangkan pada Hakim bahawa 2 hari si mangsa tak berak menimbulkan menang pertama di dalam hati pendakwa kerana tarikh 26 hari kejadian dan 28 tarikh melaporkan kepada polis boleh memberikan kelebihan untuk menidakan sebarang keraguan. Tetapi peguambela yang bijak melihat ini sebagai peluang untuk menjatuhkan dan seterusnya memberikan tekanan kepada mangsa tentang kehidupan sebagai orang Islam, kekotoran yang disimpan 2 hari dan membawa kepada cerita kecelaruan. Sumpah telah dibuat dulu di Masjid Wilayah. Penonton melihat ini macam cerita pelik, lawak, rekaan, saja nak popular dan penonton terhayal sebentar.

1992 tidak Berulang - Piala Thomas


Dengan semua gerakan yang serba tak menjadi, pasukan Badminton Malaysia hanya dapat menurunkan 2 single dan 1 double untuk menentang pasukan China yang mempamerkan aksi untuk menjadi juara berulang Piala Thomas. Semua perlawanan yang berakhir hanya dengan straight set sahaja, China memang layak untuk merangkul kejuaraan Piala Thomas. Mengikut rekod, single 1 Malaysia adalah pemain nombor satu dunia sekarang dan double 1 Malaysia juga adalah pasukan double nombor satu dunia. Perhatikan semangat pemain China bermain di Malaysia. Piala Thomas untuk 2010 seperti sudah milik mutlak pasukan China.

Tuesday, May 4, 2010

Monopoly yang Rugi


Sudah 2 tahun POS Malaysia merekodkan kerugian. Tan Sri Adam bekas Pengerusi POS Malaysia membuat satu terjahan tentang pelupusan saham Transmile yang berjumlah lebih RM500 juta menyebabkan kerugian ini. Berniaga tanpa persaingan membuatkan POS Malaysia kekal keras merekodkan keuntungan selama ini. Tiba-tiba cerita kerugian keluar dan Khazanah Holding terpaksa menjawab kerana POS Malaysia adalah GLC yang pergerakannya mesti mendapat lampu hijau dari mereka. Sarang tebuan telah dijolok. Siapa yang kena sengat ni. Yang pasti rakyat.

Blogger dapat RM4 juta


Cerita tentang blogger dapat RM4 juta untuk memburukan Pak Lah menjadi sensasi dengan pendedahan tahap porno. Habis diceritakan tentang hebatnya blog dia hingga Pak Lah jatuh terduduk tertidur. Tapi apa impak mamat ini tentang Pak Lah jika dibandingkan dengan blog Chedet. Ex PM itu lagi hebat membuat Pak Lah tertidur terus dan walaupun sudah tiada dalam pemerintahan, Chedet terus belasah seperti di P94 Hulu Selangor dan baru-baru ini tentang pelepasan telaga minyak blok L & M. Boleh percaya ke cerita tentang blogger dapat duit RM4 juta tu?????

Blog or Blok


Akhirnya cerita perihal Blok L & M terkeluar dan ini menambahkan sebuah cerita baru walaupun PM yang sebelum ini, Pak Lah cuba untuk menidakkan. Tun Mahathir dalam blog Chedetnya menceritakan tentang pelepasan Blok L & M kepada Brunei untuk mendapat kawasan Limbang. Penduduk marhein selain politician hendak tahu, bagaimana benda ini penting sangat. Minyak di Malaysia lebih mahal dari Brunei. Macam Belanda nak tanah punya cerita je.

Monday, May 3, 2010

Azam atau Ezam

Akhirnya Ezam akan angkat sumpah sebagai senator dan mungkin menjadi salah seorang menteri di Malaysia. Apa hebatnya Ezam? Mungkin persoalan yang penduduk rakyat marhein tidak boleh mejawab atau meneka. Tugas khas Ezam selama keluar dari UMNO dulu adalah kerana ketidakpuasan hati terhadap rasuah dan keadilan. Beberapa kotak rahsia disimpan dan terus rahsia sehingga hari ini. Maka kita dah boleh tukar dan berkata pada anak2 kita - Marilah kita Berezam untuk jadi Menteri satu hari nanti. Azam tinggal azam je la. Ezam yang berbeza.

Sunday, May 2, 2010

Komoditi Utama

Getah dah naik harga. Dengan harga RM4.80 sekilo, seorang penoreh boleh dapat RM80 sehari untuk serelong (3 suku ekar). Getah sekerap menjadi komoditi utama anak muda kutip curi dan jual. Siapa yang beli barangan curi - masih peraih yang sama. Kalau ditangkap bagi makan getah sekerap.

Kg Bagan Buaya, Jawi - Penang

Pemuda pemudi berkumpul depan rumah. Tak tahu dari mana. Ekspresi anak2 muda sekarang. Bercerita tentang handphone, ring tone baru, nak merempit malam nanti, kerja kilang sekeliling kampung, sudah bertunang waktu muda, berapa overtime, tengok wayang, buat wayang. Di kampung ini anak muda terdedah dengan gangguan turun temurun - pak cik meninggal kerana dadah, satu keluarga ketagihan dadah, kena langgar sebab dadah dan cerita dadah tidak jadi sesuatu yang pelik di sini. Surau masih mengumandang azan walaupun saf tak lebih satu. Anak muda menguasai keadaan. Kedai yang buka sehingga waktu pagi mengira untung kesenangan. Dan cerita ini berulang2 semenjak kampun ini ujud. Cerita sama. Anak muda menguasai Dunia.

Tuesday, April 27, 2010

Kursus Boring

Kadang2 bila menghadiri kursus yang dipaksa seperti menhadiri majlis kematian. Yang sibuk hanya moderator dan semua bersembang sendiri dan yang buruk adalah tertidur. Dan mayat ditengah pun terus tertidur.

Thursday, April 15, 2010

Revolusi Bank


ATM bergerak yang terdapat di Bangkok. Bukan bank yang menjalankan tetapi syarikat keselamatan. Very practical and cash basis business. Komisen yang dikenakan lebih kurang RM10 sekali keluaran.

Wednesday, April 14, 2010

dan calonnya......


Memaksa diri mengaku adalah satu hal yang paling cool. Dan Hulu Selangor akan berpesta sepanjang malam, meriah kedai tom yam, mee rebus timbul kembali, sup ekor jadi pilihan. Ada orang buat duit, ada yang buang duit, yang memilih seronok sebentar. Pejam mata berfikirlah sebelum memilih.

Pengurusan Kewangan oleh BMMB


Seperti dalam gambar.....orang selalu berkata "kalaulah aku mempunyai sayap". Kewangan kita hendaklah selalu diuruskan sebaik mungkin. Duit yang dapat dari sebulan bekerja kadang-kadang habis hanya beberapa hari. Seorang kawan saya mengadu pada hari gaji 70% duit masuk akan keluar terus ke tempat-tempat berhutang. Maka kad kredit menjadi jawapan. Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) ada cara untuk mengurus kewangan orang ramai. Sila berhubungan dengan BMMB untuk mencari jawapan. Dan burung juga terus hinggap kepada Bank Muamalat.