Yang selalu jengok

Sunday, May 2, 2010

Kg Bagan Buaya, Jawi - Penang

Pemuda pemudi berkumpul depan rumah. Tak tahu dari mana. Ekspresi anak2 muda sekarang. Bercerita tentang handphone, ring tone baru, nak merempit malam nanti, kerja kilang sekeliling kampung, sudah bertunang waktu muda, berapa overtime, tengok wayang, buat wayang. Di kampung ini anak muda terdedah dengan gangguan turun temurun - pak cik meninggal kerana dadah, satu keluarga ketagihan dadah, kena langgar sebab dadah dan cerita dadah tidak jadi sesuatu yang pelik di sini. Surau masih mengumandang azan walaupun saf tak lebih satu. Anak muda menguasai keadaan. Kedai yang buka sehingga waktu pagi mengira untung kesenangan. Dan cerita ini berulang2 semenjak kampun ini ujud. Cerita sama. Anak muda menguasai Dunia.

No comments:

Post a Comment