Yang selalu jengok

Wednesday, February 9, 2011

Separuh Halal


Hari Ahad 06/01/2011, bank Pusat Qatar mengarahkan semua conventional Bank di sana menutup anak syarikat Islamik mereka. Segala yang bersifat 'window concept' kerana takut bertanggungjawab dengan kecelaruan penggunaan duit di antara kedua2nya. Peraturan ini menimbulkan bibit percakapan di antara Negara2 yang banyak mengamalkan dwi concept didalam satu bank. Arahan baru ini juga boleh diambil kira sebagai satu anjakan baru di dalam sistem perbankan Islam kerana Bank2 yang besar sekarang sudah mula membuat perkiraan dalam menubuhkan Islamic window concept bank iaitu tingkap je Islam. HSBC dengan HSBC Amanah, Standard Chartered dengan As Saddiq, OCBC dengan Al Amin. Sesuatu yang kena difikirkan.

Sunday, February 6, 2011

BANK mengawal perbelanjaan


Apa akan berlaku jika ATM mesin tidak ada duit lebih seminggu. Bagaimana reaksi orang. Bagaimana keadaan kita. Terpaksa mencuri makanan, terpaksa merompak kawan, terpaksa buat apa2 untuk makan. Ini yang berlaku di Mesir lebih dari seminggu. 06/02/2011 Hari ini salah satu bank utama mereka Commercial International Bank Egypt SAE membuka ATM untuk orang kebanyakan. Mengikut laporan mereka terpaksa mengunakan Cargo untuk membawa duit itu ke setiap ATM secara maksimum untuk kegunaan rakyat Mesir. Semua orang boleh mengeluarkan duit sehingga USD10,000 setiap hari. Bagaimana kalau ini berlaku kepada kita di Malaysia. Bersedia atau tidak?

Pan's Labyrinth


Menonton marathon filem yang baik memang salah satu kegemaran. Cerita dongeng orang Sepanyol tentang Pan Labyrinth, Foun dan puteri yang hilang memang bagus. Memenangi kategori filem asing di Oskar pada tahun 2006 memang cerita yang bagus. Landskap yang baik dan jalan cerita yang bagus memang boleh menyebabkan kita lekat di TV. Pengakhiran yang tragik dengan kematian pasti memilukan. Menonton bersama anak2 tidak digalakkan kerana terlalu kejam.

Peepli Live


Salah cerita yang dinantikan pada tahun 2011. Cerita dibawa oleh Amir Khan production pasti menimbulkan seribu satu cerita yang menggambarkan keadaan sebenar di India. Cerita berkisar tentang peladang yang mahu bunuh diri kerana insentif yang diberikan oleh kerajaan India sebanyak 100,000 rupee. Keadaan ini menimbul kecelaruan dikalangan ahli politik dan boleh menjatuhkan kerajaan dan menaikkan pembangkang. Cerita tentang ketidakpedulinya wartawan dalam mendapatkan isu penting dan keadaan miskin yang tidak mengubahkan apa2. Dua tiga aksi yang pasti ingat sampai bila - mereka tidak elektrik tetapi dihadiahkan TV dan ketua bandar memberikan mereka pam air dimana mereka tidak ditolong untuk menggali telaga. Berkumpullah mereka dihadapan 2 hadiah itu tanpa perlu berkata2 tetapi sebagai penonton kita boleh bercerita. Boleh ditonton untuk mendapat ilmu.

Unstoppable



Denzel Washington memang salah seorang pelakon berprofilik istimewa dan selalu memberikan lakonan yang baik. Dalam cerita yang kebanyakan hanya tentang mesin yang bergerak tanpa orang dan tidak boleh diberhentikan. Cerita benar di Amerika. Chris Pine (side kick) dan Denzel Washington memberikan lakonan seolah2 banyak aksi di dalam filem ini tetapi mereka berada di dalam keretapi satu gerabak lebih dari 90 minit. Cerita tentang bagaimana untuk memberhentikan keretapi pun boleh memberikan satu cerita. Hanya bergerak dari seorang pemandu keretapi yang tak sempat menukar arah keretapi dan keretapi bergerak bersama bahan kimia di dalam gerabak. Menarik kepada penonton yang suka cerita benar dan pergerakan keretapi laju.

The Fighter



Filem biography tentang peninju sudah banyak kali ditayangkan dan selalunya cerita begini mendapat tinjauan yang banyak dalam kritik dan pengikut yang banyak. Raging Bull - Robert De Niro, Ali oleh Will Smith, Denzel Washington pun ada menjadi peninju dan banyak lagi. Cerita the Fighter ini tentang peninju yang mengharapkan abangnya yang pernah mengalahkan Sugar Ray Leonard menjadi jurulatih. Christian Bale memberikan lakonan terbaiknya dan telah menang hadiah Golden Globe tahun 2011. Pelakon utama Mark Wahlberg juga memberikan lakonan terbaik beliau tetapi tidak mendapat percalonan. Salah satu filem yang dicalonkan untuk Oscar 2010.

Saturday, February 5, 2011

Tempat Sama




KEADAAN BERBEZA di
Tahrir Square

UGUT


Pukul 5.30 am, seperti biasa aku pasti terbangun kerana telefon berbunyi tolong bangunkan aku. Rutinnya, telefon akan dimatikan bunyi yang menggangu tidur itu. Tetapi pagi itu juga aku terpampan di muka telefon membaca email yang diterima dari Jantansial68@yahoo.com bercerita tentang seorang kawan. Cerita tentang seorang isteri yang ditinggalkan suami dan beranak satu. Anak sudah berumur 6 bulan tetapi diganggu oleh saudara mara lelaki tersebut yang diberitahu sudah berkahwin. Perempuan itu adalah isteri ke 2 untuk sementara dan diceraikan apabila anak lahir. Macam drama tapi dalam dunia benar dimana cerita itu untuk kawan yang aku kenal. Apa yang perlu kita buat bila terima email yang macam ini. Ini bukan Spam yang menjual ubat membesarkan anu atau awek cyber seksi yang selalu muncul untuk ajak berbual. Rasa2 perkara yang boleh kita bantu adalah bikin filem kat M Nasir. Yang lain pasti kita tak tahu. Takkan nak ajak awek tu jumpa atau ajak kawin. Perkara tak pelik sangat cuma secebis cerita diceritakan untuk kita bersembang. Email itu juga bersifar Ugut untuk sebaran maka nampak berjayalah sebab aku terima. Tapi yang pelik atas nama Jantansial....cerita macam cerita perempuan.

Hurriyya


Perkataan ini muncul beberapa hari yang lalu di Mesir. Mubarak nampak letih dan tegas tidak mahu berundur dan perkataan Hurriya terus dilaungkan. Sekarang Pro mubarak pula mencetuskan peperangan ke atas anti mubarak menyebabkan pergaduhan yang lebih besar pasti berlaku. Semua tempat berlalu anti seseorang pemimpin pasti ada yang pro menyokong. Di Thailand, pasukan Red T Shirt dan yellow T shirt berlawan2 membuat demontrasi. Di Indonesia juga lebih kurang sewaktu General Suharto hendak dijatuhkan. Bagaimana berakhirnya sesebuah demontrasi. Beberapa kematian akan berlaku, dunia cuba berteka2 dan menyokong sesebuah pihak. Dan pasti Hurriyya disebut tanpa sekatan dan ketakutan. The Entry of Freedom...."Hurriyya".

Friday, February 4, 2011

Cuti Ke Melaka


Niat bercuti mesti diteruskan. Ke arah mana kadang2 boleh buat suami isteri bertengkar. Yang isteri nak bershopping dan yang lelaki yang berehat. Akhirnya mendapat satu persetujuan - Ke Melaka. Aku memang suka makan dan isteri pula hendak makan ikan bakar jadi destinasi yang dipilih adalah Melaka. Tidur semalam di Melaka dan makan di Umbai memang menyeronokan. Tidak ada gangguan luaran seperti telefon atau kerja. Anak2 pun seronok. Cuma yang memenatkan adalah kesesakan lalu lintas. Cuti juga penting untuk anak2. Mesti ada tempat binatang nak lawat dan kolam air nak mandi walaupun di rumah pun ada sebesar tempat mandi bayi. Melawat taman rama2 di Ayer Keroh boleh menambah ilmu pada kanak2. Masuk RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak2. Aktiviti yang memenatkan cukup buat anak2 selesa tidur dan bagi laluan pada aku dan isteri buat aktiviti lain. Bercuti la kalau perlu menambah ilmu dan rancang cuti untuk anak2.

Wednesday, February 2, 2011

Gongxi Gongxi, Gongxi Facai



Tahun baru Cina adalah bermula kalender Cina yang terbahagi kepada 12 binatang. Dan pada tahun ini, arnab adalah binatang ke 4 dalam pusingan binatang ini. 2011 juga boleh dikenali sebagai tahun Arnab Besi. Aku lahir 1970 berada di tahun anjing. Berbagai ramalan dibuat, lahir bulan berapa boleh di buat ramalan, orang cina buat ramalan ikut tahun dan horoskop bulan pun ada ramalan. Yang sahih tidak akan berlaku adalah apabila kita tak buat apa2.

Tukar Pemimpin

Ia hanya bermula di Tunisia apabila seorang pemuda bernama Mohamad Bouazizi peniaga sayur telah dirampas kedainya. Seminggu lepas itu dia telah ke majlis perbandaran bersama minyak petrol menyimbah ke badan dan membakar dirinya. Jatuh dan tertukarlah kepimpinan Tunisia. Beberapa rusuhan kecil berlaku di Yaman, Jordan dan Mesir. Dan yang paling teruk sekarang adalah di Mesir. President Hosni Mubarak yang memegang kerusi tertinggi selama 30 tahun diberi kata dua untuk keluar dari Mesir sehingga hari Jumaat ini (04/02/2011). Ketua regim menggesa Mubarak iaitu Al baradei (bekas Menteri) berada dibelakang rakyat yang mahu keadilan.