Apa yang berlaku pada tahun 2009. Pergi umrah di hujung March, main golf di Bandung pada awal August, Masuk Thailang di pertengahan December. Hujung bulan June isteri bersalin bakal anak lelakiku meninggal, anak lelakiku masuk tadika Caliph, rumahku ditambah baikpulih di bulan July hingga September. Berapa duit keluar pada tahun ini - Umrah RM2000, baikpulih rumah RM50000, ke Bandung RM2000 dan ke Thailand RM2000. Tahun yang hebat ditinggal tahun baru disambut dengan macam2. Be optimistic and happy always
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Alien yang berLambak

Seorang Bangladesh, Munir pekerja kedai minyak memberitahu bahawa dia menghantar RM400 @ 8000 Taka ke ibubapanya setiap bulan. Hebat - dia juga memberitahu dapat menyimpan sebanyak RM500 sebulan setelah 2 tahun berada di Malaysia. Dia juga memberitahu menjadi Polis atau guru di Bangladesh hanya dapat 5000 Taka @ RM250 sebulan. Dengan pendidikan menengah sahaja, Munir mendapat lebih RM1000 di Malaysia. Hujan emas di negeri orang.
Monday, December 28, 2009
Cabaran & Desakan

Madey tak tertahan dengan buku yang satu ini. Buku ini seolah2 mencabar apa yang telah dibuat selama 22 tahun menjadi PieEm. Semua yang cuba menbantah suruhanjaya ditubuhkan seolah2 menyokong Madey terus rebah. Madey yang dari dulu sentiasa dapat mengelak dari apa2 saja - dipanggil mahkamah tak payah datang, disiasat tak ada kes, disaman tapi gugus kes dan demo mendesak hanya menjatuhkan orang keliling saja. Cabaran menghadapi desakan pembangkang dan cabaran oleh Madey membuatkan kerajaan sekarang berjaga2. Lain dicari lain pula yang menjelma.
Dan akhir jawapan.....Tidur
Dendam aku pada kepandaian tak tertahan lagi. Makin ku tahu makin bodoh aku. Makin tak tahu aku apa yang aku tahu. Kuasa perintah ada di tangan. Kuasa menerima sahaja tiada dalam kamus. Kepandaian tidak membawa kemana2 jika tiada peluang. Bijak bukan boleh dicari. Bodoh bukan boleh diminta. Pening tak cukup tidur.
Friday, December 25, 2009
Buku kena Tangkap

Buku 'Malaysian Maverick' yang ditulis oleh Barry Wain ditahan pengedarannya oleh KDN. Tun Mahathir dah bagi lampu hijau untuk disiasat berdasarkan buku tersebut. Tapi dengan syarat Tun Abdullah pun disiasat tentang kerugian RM270 bil. Madey 22 tahun Pak Lah satu penggal je. Hebat lagi Pak Lah. Slow & steady.
10 kali pening
Pendidikan awal untuk kanak2 sekarang mahal. Satu - apa yang kita mahu anak kita jadi! Dua - perlukah anak2 kita menghadapi pendidikan awal yang kompleks. Tiga - jarak sekolah dan rumah. Empat - jagaan lepas sekolah bagaimana? Lima - pendidikan awal meliputi bahasa, agama, maths, games. Enam - duit tambahan? Tujuh - nanti anak2 boring tak bila masuk sekolah sebenar? Lapan - bayaran bulanan macam bayar rumah sewa! Sembilan - atau pergi ke tadika untuk bernyanyi sahaja. Sepuluh kali fikir beb.
Thursday, December 24, 2009
Nyah kau GST
GST memang dorang nak buat. Nak jadi maju macam 143 negara yang dah buat. Saya rakyat Malaysia yang tak berapa paham pening memikirkan macamana sebenarnya kita jadi negara maju kalau kena tax. Kerajaan mengumumkan pendapatan dari GST sebanyak RM1 bil boleh dilaburkan kembali pada orang2 marhien macam anda dan saya. Tapi beli barang2 dan services tu kita gak. Chit ini cerita apa ni. Harga barang dan services akan naik 4% dan kita jadi negara maju. Apa2 pun aku tak setuju. Dah la kerja tetap kena tax bulanan. Barang2 mahal. Kita tak boleh buat apa2 ke?
BANG bukan Bung
2010
Beberapa hari lagi kita akan bertemu tahun baru 2010. Apa akan hadapi tahun hadapan. Minyak akan naik walaupun RON 95 dikatakan diberikan subsidi tetapi kerajaan tidak dapat menampung terlalu lama. Krisis minyak akan berlaku lagi. Harga barang kemungkinan akan naik seperti gula kerana cerita2 tentang taikun gula Robert Kuak menarik diri dari konglomerat gula. Naik satu lagi taikun gula baru dan beberapa akhbar mengatakan penduduk Malaysia pengguna tegar gula dan boleh membawa penyakit. Lambakan rumah melebihi permintaan kerana semua Pemaju menunggu untuk mengiklankan produk mereka setelah krisis ekonomi berlalu. Pekerja2 mungkin meminta bonus dan gaji lebih setelah memendam rasa 2 tahun. Bank2 akan menaikkan kadar interest berdasar kadar semalaman pada suku ke3 2010. EKonomi terus berjalan macam biasa.
Wednesday, December 23, 2009
Apa yang kita perlu Tahu
Real property gain tax (RPGT) akan dikenakan pada setiap rumah yang dijual sebanyak 5% pada harga jualan. Ini tidak dikenakan selama 3 tahun sebelum ini. Mengikut beberapa sumber, ini akan menyebabkan kurang perjualan rumah berlaku dan kadar kesan tidak diketahui. Sepatutnya kerajaan memikirkan bahawa dengan kadar inflasi dan ekonomi yang baru nak pulih, tindakan ini membuatkan jualan perumahan akan terjejas. 2010 dinantikan- banyak Pemaju Perumahan memilih untuk memasarkan perumahan baru akan tersepit dengan RPGT dan lambakan rumah yang banyakM
Toyol punya Kerja
Kehilangan 2 enjin F5E RM100 juta memang mengejutkan. Semalam juga dilaporkan dengan modas operandi menggunakan toyol perempuan tua melayu tertipu sebanyak RM700,000 kerana percaya dan takut toyol akan curi duitnya. Seorang yang menyamar sebagai Polis akan menalifon nenek itu dan minta menyorokkan duit dan barang kemas di luar rumah. Seorang yang menyamar sebagai pembaiki tong gas akan datang ke rumah melihat di mana barangan itu di sorok. Dan akhirnya hilang. Rasa2 boleh konfirm kehilangan enjin tu lebih kurang kes toyol je. Kes boleh tutup.
Ahmad Said Tolong Hebahkan

Terengganu Darul Iman runtuh lagi. Kali ini Terminal Bas pulak - baru dan tak pakai lagi. Sebelum ni Pusat Aquatik, Stadium Mizan dan Terminal Kapal Terbang Sultan Mahmud pun terselit. Kontractor yang buat sampai sekarang tak diberitahu. Tunggu runtuh kerajaan kot. MB Ahmad Said pun kena gasak kiri kanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
