Yang selalu jengok

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Kejutan : Mengawal Ketidakpastian

Melihat2 tentang kejutan atau dalam bahasa Inggeris "Surprise" menjadi satu ilmu baru pada aku. Rupa2nya kehidupan kita manusia perlu kepada kejutan. Kejutan yang baik atau kejutan negatif datang tanpa diundang dan kadang2 berlalu tanpa diingat.  Aku membaca sebuah buku "Surprise : Embrace the Unpredictable and Engineer the Unexpected" tulisan Tania Luna dan Leeann Renninger. Keperluan mendapat kejutan boleh mengubah persepsi kita dalam hidup dan selalunya menyebabkan kita mengunakan akal untuk bertindak.

Sesuatu yang rutin rupa2 menyebabkan kita lemah dalam berfikir.  Nombor2 telefon sudah tidak boleh diingati sekarang disebabkan bantuan telefon.  Betul kan.  Bagaimana tiba2 pada satu ketika kereta kita rosak di tengah jalan dan perlu menelefon sahabat untuk membantu.  Telefon pula rosak. Ini adalah kejutan untuk kita mengunakan akal untuk mengingat.

Setiap hari kita melihat anak kita membesar dan tanpa perlu dijaga.  Betul ia membesar dan tanpa kejutan kadang2 kita lupa anak kita membesar.  Apa kejutan yang kita perlukan? Anak kita terjatuh luka, anak perempuan kita yang kecil sudah datang haid yang pertama atau tiba2 anak kita sudah pandai berpasangan.  Adakah kita perlu terkejut dan tidak tahu mengawal keadaan?  

Buku ini menjawab dan memberi satu ruang untuk kita tahu mengawal kejutan.  Kita memberi kejutan kepada isteri ketika menyambut hari lahirnya.  Memberi bunga boleh menjadi kejutan yang amat besar kalau tidak perlu memberi.  Menjadi suami yang selalu memberi kejutan rupa2 menjadi impian buat pasangan.  Kalau tindakan pasangan boleh diteka selalu, maka hubungan menjadi agak sejuk tidak sehangat awal perkahwinan.

Anak2 juga memerlukan kejutan.  Ayah yang berfikir luar biasa menjadi cerita paling seronok dikongsi dengan kawan.  "Ayah aku semalam dia boleh lukis gambar dengan tutup mata" atau "Ayah aku boleh lepas tangan bila bawa kereta".  Sesuatu yang bukan biasa menjadi kejutan untuk anak2. Ini adalah satu benda biasa tetapi menjadi kejutan untuk anak2.

Keperluan kejutan kadang2 diperlukan pada sesiapa yang berfikir. 


Monday, June 11, 2012

Tersungkur di Pintu Syurga

Membaca buku ini memberi persepsi baru tentang kejayaan polis membenteras satu gerakan Islam yang mencapai satu holistik kehidupan.  Cerita tentang Al Arqam sehingga dikuburkan dan ditahan di ISA sekitar tahun 1990 an dulu menarik.  Cerita tentang bagaimana, polis2 menyamar sebagai ahli2 Al Arqam dan mengikuti rombongan Ustaz Ashari di Thailand sehingga ditahan di sana.  Al Arqam adalah satu pertubuhan sah mula2 sehingga diceritakan tentang apabila Ustaz Ashari bercakap dengan Nabi Muhammad secara kyasaf (secara sedar) diceritakan dalam buku ini.  Buku ini dituliskan oleh Zabidi Mohamed, salah seorang peguam untuk kumpulan Al Arqam sangat menarik kerana ia ditulis oleh orang yang terlibat secara lansung dengan pertubuhan ini.  Buku ini boleh menjadi bahan sejarah yang menarik kerana pada satu ketika dulu Al Arqam menguasai ekonomi sendiri sehinggakan masyarakat Islam melihat produk Islam hanya terdapat pada Al Arqam ini.  Dan paling aku ingat adalah tentang kicap yang mereka keluarkan.

Monday, May 7, 2012

Cekik oleh Ridhwan Saidi

Setelah bertungkus lumus menghabiskan novel yang satu ini, aku dapat rumuskan cekik ini memang kategori 18SX.  Cerita tentang seks berliwat, bersekedudukan, gay dan lesbian menjadi intipati cerita.  Tapi jangan takut jalan cerita menarik ini mungkin memberikan satu impak pada peminat2 cerekarama dimana akhirnya cerita bercantum dimana semua watak mengenali sesama sendiri.  Ini adalah buku tulisan pertama Ridhwan Saidi yang aku baca.  Cerita tentang Syed Warith yang mahu kembali ke kampung kerana mendapat berita tentang ayahnya yang meninggal dunia.  Ayah  dia jugalah yang dapat mengurangkan pedas mulutnya dengan cubaan meliwat. Orang yang membaca perlu berimiginasi dengan cekap tentang lesbian, gay dan kecurangan isteri untuk menghabiskan novel ini.  Kenapa cekik - kerana Syed warith ini suka sangat melihat tengkok orang. Aku terpaksa berhenti 3 kali kerana ulangan peristiwa yang sama tanpa perlu aku berfikir menyebabkan aku membaca melompat2.  Cerita yang keluar dari norma2 biasa tetapi mungkin dunia luar sudah biasa. 

Tuesday, December 27, 2011

Azmi Shahrom - Catatan Pengingat Buat Kawan dan Lawan

Salah satu cara mendapat ilmu adalah dengan membaca.  Membaca dan mendapat ilmu adalah perkara yang berbeza.  Ada yang membaca novel2 cinta untuk mendapat semangat bukan ilmu.  Ada yang membaca hanya untuk buang masa.  Ada yang membaca hanya kerana orang suruh dia baca.  Ada yang membaca hanya surat khabar tetapi mengambil manafaat dari akhbar untuk belajar. 

Semalam setelah berhempas pulas bekerja apabila orang lain tidak bekerja (cuti Krismas), kepala aku sesak dan perlu dijentik berfikir.  Singgah kedai buku dan beli buku tulisan Azmi Shahrom, pensyarah undang2 di Universiti Malaya.  Buku yang terbahagi kepada beberapa bahagian ini adalah koleksi dari tulisan2 beliau yang keluar dalam The Star dan blog Malaysia Today.  Catatan peringatan ini terbahagi dengan Undang2, Perkauman, Demokrasi, Ahli Politik dan Partinya, Kebebasan, Dasar Negara dan Universiti.  Tulisan semua ini adalah dalam bahasa Inggeris dan dialih bahasa.  Kepujian boleh diberi kerana aku boleh faham semuanya.

Aku memang mengikuti tulisan Azmi ini dalam The Star - Brave New World.  Rupanya baca di dalam bahasa Inggeris memungkinkan ia lebih melekat dari bahasa Malaysia.  Tetapi tidak bermakna tulisan alih bahasa tidak mencengkam jiwa kerana seperti menonton cerita CSI dalam bahasa Melayu.  Nampak faham tapi tak menusuk.

Bacalah buku ini untuk menambah ilmu bukan kerana berpihak pada sesiapa dan cari kebenaran atas tulisan dari Pengingat Kawan dan Lawan.

Saturday, November 19, 2011

1511 H [Kombat]

Membaca kembali buku Kombat tulisan Faisal Tehrani memang mengujakan.  Cerita tentang kebangkitan pemuda2 Islam sedunia bangkit bersama menentang kafir.  Buku ini menang hadiah buku remaja terbaik tahun 2003.  Kebangkitan bersama cyborg, cypher or bom teknologi dan radar tercanggih dipapar di buku ini.  Pihak Kafir mahu menyerang Mekah dan pemuda Islam bangun menentang. Seorang hartawan Syarifah Nusaybah yang mencari keredhaan Allah memastikan perjuangan Islam ditegakkan.  Cerita yang penuh dengan perkataan sains baru dan rasa2 boleh difilemkan.  Boleh baca dalam sejam sahaja. 

Tuesday, July 12, 2011

KASINO oleh Saifullizan

Membaca secara terus tanpa berhenti memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi dan masa yang tidak cemburu.  Membaca kasino seperti menonton filem yang dekat di hati.  Cerita seperti 'No Way Out' dan pengembangan watak diterangkan apabila terjumpa.  Kalau membaca buku ini, barang2 berjenama mesti ada didalam otak atau cuba google untuk faham tentang barang2 berjenama itu.  Kisah tentang pemulangan duit deposit sebanyak RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada Kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR) yang baru menumbangkan parti Barisan Nasional (BN) di satu negeri dan bahagian bab buku ini dibahagikan mengikut hari.  Karektor yang penting adalah seorang arkitek landskap yang sudah banyak membuat duit semasa kerajaan BN lama dan tradisi mendapat duit diteruskan walaupun MB bertukar.  Watak2 akan diingati senang kerana terlalu dekat dengan realiti.  Wak Karjo MB lama mempunyai hidung yang sudah diubahsuai - ia seperti MB yang kita kenal dengan makan tempe untuk menjadi lebih metroseksual. Bahasa2 mudah dalam novel seperti memanggil DBP untuk memancung.  Walaupun bahasa mudah tetapi terma2 baru permainan di kasino seperti 'baccarat' memaksa pembaca mencari erti dan tahu serba sedikit tentang berjudi. Solat yang tidak ditinggal walaupun selepas mabuk, berjudi dan bersenggama hatta menjaga jamak takhir juga mengugat perasaan.  Ditulis juga tentang mengucap "Alhamdullilah' apabila menang dalam salah satu permainan judi. Campur aduk ini perlu dapat tapisan diri sendiri dan perlu diterangkan tahap umur untuk membaca.  Buku tulisan oleh Saifullizan Tahir yang juga seorang arketik landskap. 

Monday, July 11, 2011

Bila anak tolong Bacakan

Aku termangu mendengar anak perempuan aku membaca komik kartun yang aku bekalkan. Hanya yang kedengaran ada orang, ayah dia, jalan, nampak, janggut dan ulang2an yang tidak ku faham.  Tapi aku terhibur dalam demam.

Friday, July 8, 2011

Memoir Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakih menulis tentang diri bermula tentang banyak perkara tentang penglibatan beliau dalam politik AWAS (Angkatan Wanita Sedar) sayap wanita untuk PKMM.  Dia juga bercerita tentang lebih dari 4 kali kahwin.  Beliau juga bercerita tentang sesat di dalam hutan.  Siapa Shamsiah Fakeh ini? Dia mengangkat senjata berlawan dengan penjajah British pada masa itu.  Pada tahun 1948, undang2 darurat dilancar menyebabkan beberapa parti yang agresif diharamkan.  Kebanyakan parti2 ini menentang penjajahan sementelah dari pihak Jepun menawan Malaya dulu (MPAJA - Malaysia Party Anti Japanese Army).  Yang tidak diharamkan dulu hanya UMNO.  Ini adalah cerita menarik di dalam buku memoir ini dimana cerita tentang penangkapan, masuk penjara, dihukum gantung hatta di masukkan penjara tanpa bicara adalah dari parti yang berhaluan kiri dimana status ini diberikan oleh penjajah pada masa itu.  Shamsiah Fakeh juga membetulkan fakta tentang diberitakan oleh Utusan sekitar tahun 1987 dulu, bahawa beliau terpaksa membunuh anak beliau sendiri dengan menghempas bayi yang menangis ke atas batu kerana takut ditangkap pada masa itu.  Perkara membunuh itu tidak sekali2 berlaku.  Banyak fakta diberikan oleh Shamsiah Fakeh di dalam memoir beliau walaupun perjalanan cerita dalam buku terlalu cepat tetapi data2 yang diberikan datang dari orang yang melakukan perkara sejarah itu.

Monday, July 4, 2011

BUKU

Membaca memberikan ilmu - benar.  Membaca menambah ilmu pun benar.  Dapat masa membaca memang diidamkan selalu.  Seperti menonton filem juga beberapa genre yang berbeza memberikan skop besar kepada aku.  Tetapi ia seperti suka kepada sesuatu makanan.  Ada yang tidak suka popiah basah, ada yang suka capati, ada yang suka lepat, ada yang tidak suka petai, ada yang minat sate, ada yang muntah bau durian dan ada yang meleleh bila orang cerita pasal mencicah mangga dengan kicap pedas.  Membaca pada aku memang seperti makanan utama masa makan dan bukan ulam.

Dan peluang pergi ke Pameran Buku menjadi bualan suami isteri dan menjadi salah satu aktiviti tahunan.  Semalam berakhir Pameran Buku di SACC Shah Alam dan kami sekeluarga menghabiskan masa dan duit ke sana.  Anak2 ikut suka membantu menghabiskan duit ayah mereka.  Tapi aktiviti begini perlu disusun sementelah seminggu sebelum pergi.  Buku2 didalam ingatan hatta bualan orang pasti dicari.  Berapa lama dihabiskan masa untuk mencari buku tidak menjadi hal dan pasti waktu solat tidak bertembung.  Walaupun Pameran Buku Selangor ini tidak sebesar Pameran Buku Antarabangsa di PWTC tetapi kepuasan melayan nafsu memberi kepuasan suami isteri.  Anak2 tumpang memilih cerita mereka dan pasti buku2 ini mesti dihabiskan bacaannya sebelum pergi ke pameran buku yang lain.


Pameran dibuka pada pukul 10 dan kami sekeluarga sudah menunggu di pintu utama.  Kelibat beberapa penulis sudah aku perasan.  Lim Swee Tin dan Amir Muhammad kelihatan menuju ketempat berlabuh.  Amir penulis yang sekarang sudah menjadi penerbit sendiri - FIXI dan Lim Swee Tin menjadi tetamu sahaja.  Ceramah motivasi ada di perkarangan SACC tidak dilayan kerana buku2 di dalam dewan lebih mengiurkan kami sekeluarga. Buku adalah kekasih paling setia waktu sedih dan suka. 

Tuesday, April 5, 2011

Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya


Membaca buku tulisan Hishamudin Rais bertajuk "Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya" memang menyeronokkan. Dia akan membawa kita ke seluruh dunia dengan fokus yang berlebihan tentang politik di Malaysia. Pandangan yang berbeza dan pengetahuan yang diceduk bukan dari sekolah biasa memang memberi ceria. Buku ini adalah artikal2 ditulis oleh Hishammudin Rais setelah kembali ke Malaysia pada tahun 1995. Dia sempat mengeluarkan sebuah filem iaitu "Dari Jemapoh ke Manchestee" tapi semasa dikeluarkan dia ditahan di pusat tahanan Kemunting. Buku ini juga memberikan pandangan yang berbeza kepada umum tentang pilihanraya yang boleh ditentukan. Isham Rais juga menceritakan tentang pengembaraan beliau sebelum kembali ke Malaysia. Cerita2 tentang komunis, Saddam dan kekasih dari Finland menghiburkan untuk santapan muda mudi. Baca dengan hati terbuka kerana ilmu bukan kerana terpaksa.

Wednesday, March 9, 2011

Buku Kekasih


Pagi2 menjengok buku Shaharum TM Sulaiman. Buku ini sudah dihabis baca lebih dari 5 tahun lepas dan masih seronok di baca. Kandungan buku bermula dengan sejarah pengumpulan buku2, perangai pelik penulis buku, pencapaian buku sehingga difilemkan dan buku2 yang mengubah dunia. Tulisan Shaharum di dalam Utusan menjadi ikutan aku sedikit masa dulu dan disebabkan tulisan yang memberikan ilmu, buku Kekasih ini aku hadap sekali lagi. Berkongsi tentang cerita2 seronok tentang penulis, buku, pengumpulan dan sejarah ilmu memang menjadi kegemaran aku. Bacalah seperti tulisan Shaharum, ia tidak pernah mengecewakan kita walaupun dalam duka dan suka.

Friday, December 25, 2009

Buku kena Tangkap


Buku 'Malaysian Maverick' yang ditulis oleh Barry Wain ditahan pengedarannya oleh KDN. Tun Mahathir dah bagi lampu hijau untuk disiasat berdasarkan buku tersebut. Tapi dengan syarat Tun Abdullah pun disiasat tentang kerugian RM270 bil. Madey 22 tahun Pak Lah satu penggal je. Hebat lagi Pak Lah. Slow & steady.