Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Saturday, February 20, 2010
TIGER WooD bersuara hari ini
Dan akhirnya Tiger Wood buat pengakuan setelah lebih 45 hari hilang dari lensa wartawan. Dia mengaku curang dan sedang dalam terapi sex dan memerlukan masa untuk bertemu dengan khalayak. Tiada nombor berapa perempuan yang disebut tetapi dengan yakin memberitahu 'Ellin tidak memukul dia pada hari Thanksgiving dulu'.
Saturday, February 13, 2010
The Blind Side

Sandra Bullock mungkin menang Academy Award sebab filem ini. Cerita tentang seorang budak Negro yang tiada tempat mengadu tapi diambil sebagai anak angkat oleh Sundra Bullock dan dilatih untuk menjadi ahli sukan "American Football" dan menjadi fenomena di Amerika. The Best performance ever by Sundra Bullock. Awesome movie to enjoy.
Friday, February 12, 2010
SILAP sikit je
Kalau beli kereta yang bergerak tapi boleh bergerak. Beli kapal terbang tak boleh terbang. Beli keretapi tak boleh jalan. Beli motor kena tolak. Beli kapal laut tersadai tepi laut. Adakah ini kesilapan kecil? Tak boleh menyelam seperti kapal selam walau nampak macam boleh selam. Ini kecil2 cili padi punya Masalah!
Kereta LAWA

Sekumpulan doktor falsafah dan beberapa anak murid menkaji kelakuan manusia terhadap sesuatu benda. Mereka menyewa sebuah rumah kedai dan membuat kaca yang boleh melihat luar kedai tetapi dari luar tidak boleh melihat dalam.
Keadaan gelap cermin tidak membenarkan orang luar melihat dalam. Mereka meletakkan sebuah kereta ferrari yang cantik di depan kedai. Kedai yang terletak di Broklyn memang terkenal dengan masalah keganasan, gangster, rompak dan lain2. Kereta yang masih baru dan berkilat berkunci rapat.
Selama dua hari menunggu, kereta tersebut tidak terganggu walaupun ia berada dalam kawasan hitam. Seorang Professor dalam kumpulan tersebut keluar dari kedai lalu memukul cermin kereta sebelah penumpang dan kembali ke dalam kedai. Perkara pelik berlaku selepas itu. Tak lama kemudian sekumpulan pemuda datang pula memecahkan sebuah lagi cermin.
Kelakuan manusia berubah bila melihat sesuatu yang telah dirosakkan. Kalau sesuatu itu baik, kemungkinan untuk dirosakkan tidak akan berlaku. Kumpulan pengkaji ini menamakan konsep ini sebagai "Broken Window Concept".
Sesuatu yang rosak akan dirosakan lebih teruk. Mengikut laporan, kereta ferrari tersebut habis luluh tayar,cermin, radio, bercalar tidak sampai 2 hari selepas pecah yang pertama. Hebat manusia berfikir dan menilai luaran sahaja.

Monday, February 8, 2010
Ikan pun Letih

Ikan2 kap Jepun memang popular dimana2. Tetapi beberapa teknik dibuat untuk mengeksport ikan2 dikaji diselidiki kerana kadar kematian ikan2 kap ini terlalu tinggi. Margin kematian diantara 60 - 70% sebelum sampai ke negara pengimport.
Beberapa doktor mengkaji mungkin kesan air, najis atau chemical didalam air. Tetapi tiada jawapan yang lebih tepat. Maka seorang doktor yang agak tradional telah memasukkan jerung dalam balang ikan2 kap sebelum mengeksport ikan2 tersebut. Pelik setelah sampai ke destinasi kadar kematian ikan2 tersebut menurun secara drastik kepada 30% sahaja. Rupa2nya memberikan tahap takut dan keaktifan tinggi pada ikan2 kap itu (jerung mengejar ikan2 itu) telah memberikan peluang hidup lebih tinggi.
Moral untuk bekerja - Pastikan ikan jerung sentiasa berlegar untuk pastikan anak2 buah bekerja kalau tidak mereka akan mati kerana tak aktif.

Sunday, January 31, 2010
Kepala Terlerai

Generel Sun Zhu adalah ketua perang paling popular dinasti Ming. Dia terkenal dengan sebuah buku iaitu "The Art of War".
Ketika General Sun Zhu mengepalai tentera di China, Pemerintah China pada masa itu terlalu kagum dengan tenteranya. Dia memerintahkan Sun Zhu supaya memberi arahan berkawad kepada gundek2 nya yang seramai 15,000 orang. General Sun Zhu memberi panduan kepada gundek2 di raja secara perlahan2 sehingga mereka faham.
Disebabkan perangai gundek yang mengada2 arahan General Sun Zhu dipermain-mainkan. General Sun Zhu terus memberi arahan kali ke2 jika yang pertama tidak difahami. Arahan tersebut hanya pusing kekanan beramai2. Kali ke3 arahan General Sun Zhu sesiapa yang tidak mengikuti arahannya akan dipancung. Kerana kedegilan perangai gundek2 yang sentiasa manja dengan raja, 2 orang gundek masih ketawa tidak mendengar arahan dan bermain di garisan. General Sun Zhu memanggil kedua2 gundek itu kehadapan lalu di Penggal kepala mereka. Apa yang berlaku seterusnya.........ARAHAN di PATUHI tanpa Engkar. Jadi berkorban sedikit untuk sebuah negara menjadi maju. Pemerintah China itu tidak boleh mengatakan apa2 dengan tindakan General Sun Zhu.

Thursday, January 28, 2010
Jalan2 di Thailand
Berjalan2 di Pekan Dannok, Thailand memerlukan hati yang keras dan berani. Perempuan menjual diri tanpa segan kerana mencari nafkah. Tempat urut bersepah2 dari kaki hingga kepala habis diurut. Masuk ke sana tanpa passport menambah takut dalam hati. Seperti bandar2 sempadan lain, Golok Padang Betong, Dannuk juga mempamerkan ligat malam yang serupa. Kupu2 malam menyanyi ibu ayam menawar harga. Lelaki yang kesana semacam sudah mengetahui apa yang diperlukan. Mencari teman tidur atau berurut sampai lmbik. Berada sehari di Dannuk tidak dapat mengungkai segala rahsia malam. Pekan yang sekarang lebih meriah dari Hadyai memang menjanjikan syurga dunia yang pelik. (Di Dannuk pada 25 January 2010)
Labels:
Cuti
Tuesday, January 19, 2010
Kira-Kira Baru
Dengan pengenalan baru dari GP3 (Garis panduan 3 BNM) kepada FRS 139, peruntukan tidak berbayar atau 'provision' akan bertukar. Bank-bank kecil akan mengalami satu kesukaran jika selama ini menjadikan 6 bulan tidak berbayar baru dikena peruntukan tidak berbayar kepada 3 bulan. Bank-bank perdagangan kecil dapat menunjukkan pendapatan tahunan berdasarkan peruntukan tidak berbayar. Pendapatan boleh diubah-ubah berdasarkan 'provision' ini. Maka apabila peruntukan ini diturunkan maka pendapatan bank-bank kecil akan menurun. Peruntukan ini adalah satu tindakan bijak atau 'prudent concept' yang sepatutnya dibuat lama dulu. Tetapi implikasinya kepada perniagaan dan peminjam akan menghadapi kesukaran untuk mendapat bantuan bank kerana bank-bank akan mengambil sikap berhati-hati.
Cerita Sekarang

Datuk Bridget Lai diberi masa seminggu lagi untuk menjawab soalan-soalan dari Pengurusan terkanan Alliance Bhd. Minggu lepas Bridget Lai mengatakan dia akan menjawab dalam masa yang ditetapkan iaitu seminggu tapi sekarang dia minta tambahan 7 hari lagi. Kenapa benda-benda ini dikaitkan dengan Bridget Lai. Tidak ada maklumat lansung tapi mungkin sekarang dia dah lawa. Gambar dulu untuk kita bandingkan.
Penyakit Lama ni

Abdul Rahim Abdul Rahman (cukup nama Allah - Pemurah dan Penyayang) melalui peguamcaranya Fahri Azzat minta liwat atau 'sodomy' dibenarkan kerana undang-undang tersebut terlalu bias kepada lelaki sahaja. Kalau perempuan yang buatkan tidak menjadi kesalahan. Masalah betul dengan si Abdul Rahim ni (39). Peguamcara mengatakan apa-apa berlaku di bilik tidur tiada kena mengena dengan Kerajaan. Abdul Rahim telah mengaku bersalah meliwat seorang budak lelaki berumur 15 tahun pada tahun 2007. Rahim oh rahim - dah la buat sodomy, kau nak dibolehkan pulak. Kau tak sakit la, yang kena tu merana.
Cerita Tak Seronok

Semalam di Johor seorang budak berumur 4 tahun jatuh dari apartment setinggi 8 tingkat. Ibunya yang baru keluar setengah jam untuk mencari kerja meninggalkan anaknya yang sedang tidur. Ada peruntukan dalam undang-undang meninggalkan anak tanpa jagaan sempurna boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau dua tahun penjara. Home Alone never be good story ever.
Subscribe to:
Posts (Atom)