Yang selalu jengok

Tuesday, August 28, 2012

SURAU

kosong
Hari raya pertama berlalu pantas dengan kami sekeluarga berjaya menghabiskan 2 rumah penting untuk dilawati.  Rumah belah lelaki - Aku di Kg Subang dan rumah belah isteri di Kelana Jaya.  Jangan rasa terkilan sebab dekatnya kedua ini menyebabkan kami dapat beraya hampir adil setiap tahun.  Aku bermula dengan rumah mertua dan berakhir di rumah mak aku di Kg Subang.  Petang hari yang sama, kami pasti melawat 2 atau 3 rumah saudara sekitar Kg Subang sahaja.  Dan malamnya kami pasti penat tersadai di rumah sendiri.  Bahaya meninggalkan rumah juga tidak pernah menjadi kira2 kami kerana paling lama kami bermusafir mungkin 2 malam atau 3 malam sepanjang hari raya. 

Sesampai di rumah sekitar 8.30 pm, letih badan berehat, anak lelaki aku menegur, "Ayah tak pergi masjid malam ni"  Bertukar wajah aku sebentar dan aku memberitahu akan ke masjid untuk solat Isyak nanti.  Azan Isyak sudah berkumandang di TV dan cepat2 aku bergerak mandi untuk solat ke surau berdekatan.  Sudah 5 minit berlalu, dan tanpa meletakkan wangi2an aku bergerak pantas terus mencapai kunci kereta dan menderu ke surau.  Sesampai aku di sana, waktu sudah menunjukkan 8.43 pm, sudah lebih 8 minit dari azan tadi.  Surau gelap dan aku termanggu2 kerana waktu sudah lambat dan surau berkunci kemas.

Aku terus memecut laju berfikir di mana lagi surau2 yang berdekatan.  Dan hampir pasti aku lansung tidak mendengar azan sekitar tempat aku tinggal kerana hari ini Hari Raya pertama.  Disebabkan perasaan ingin berjemaah terlalu tinggi aku terus memecut berfikir bahawa Masjid An Nur pasti tidak tutup seperti surau tempat aku tinggal.  Sebelum sampai ke jalan besar, baru aku teringat bahawa di sebelah taman ada sebuah surau dan boleh nampak dari jalan besar.  Aku bersyukur sangat tetapi masa sudah sekitar 8.50 pm.  Kalau aku dapat berjemaah dengan jemaah surau itu pada rakaat ke 4 pun pasti bersyukur. 

Sesampai aku ke sana, surau terang berderang dan hanya 5 orang yang masih duduk.  Aku sedih kerana misi tidak kesampaian untuk berjemaah.  Secara perlahan aku solat tahiyatul masjid dan tiba2 seorang Bangladeshi yang paling hadapan menegur aku, "Abang boleh jadi imam?" Senyum mesra aku dan misi masih boleh dilengkapkan.

Menu Malam raya 1433 / 2012

Malam Raya aku masih teringat untuk berbuka.  Ramadhan yang barakah akan di tinggalkan.  Kami sekeluarga bergerak sekitar 6 pm ke Kelana Jaya - rumah mertua aku.  Sebelum bergerak aku goreng cucur udang dan sandwich tuna dan mayonis untuk santapan berbuka hari ini.  Cucur udang yang satu in memang menjadi kegemaran aku.  Udang yang dibersihkan kepala dan disiat siksa kulitnya dan ditinggalkan sepi hanya kawasan tengah badan sahaja.  Mahal pulak harga udang hari ini - bisik aku sendiri.  Campurkan tepung beras dan tepung gandum secara paksa rela bersama kucai bukan cukai yang dicampurkan sedikit kunyit untuk menambah warna kekuningan keemasan berperisa tinggi.  Udang yang dibersihkan terus dicampur gaul bernafsu dengan tepung yang sudah diadun seperti mesra berkahwin.  Minyak di dalam kuali dibiarkan panas menyendiri dan terus masukkan udang yang sudah diadun mesra bersama tepung dan kucai.  Yang pasti produk ini tidak berbentuk bulat seperti yang dijual di kedai mak cik Limah atau 'tembun' disumbat yis untuk menaikkan bentuk badan.  Kuah cili pedas perlu disediakan untuk menambah selera tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, aku cuma goreng dan cicah dengan sos cili Thai sahaja.  Dan malam raya hari itu, cucur udang yang satu ini menghiburkan satu keluarga di Kelana Jaya.
 
 

Thursday, August 16, 2012

Beli Belah Hari Raya

Langsir memang kena tukar.  Sofa nampak macam dah lama.  Rumah kena cat.  Baju Melayu, baju kurung satu keluarga mesti nak sama.  Baju raya kena beli setiap anak 2 helai sepersalinan.  Bila fikir2 kereta juga perlu ditukar.  Kereta baru memberikan satu kemenangan moral yang hanya aku sendiri tahu.  TV yang berkanta cembung perlu ditukar kepada LCD kerana trend baru kena ikut.  Melihat2 ke dalam bilik, almari hias diri sudah lusuh dan pasti ditukar.  Jam dinding juga mesti ditukar baru kerana model yang lekat di dinding itu sudah lebih 10 tahun. 

Memang bila datang raya, hati menggila membeli belah ini seperti sudah lama wujud dalam diri.  Orang mungkin kata berbagai pada aku tapi kegilaan ini seolah2 sebati dan sangat seronok.  Jika tak cukup duit, kad plastik pasti membantu.  Keseronokan ini agak pelik kerana bukan aku sahaja yang tergila2 tetapi ditambah dengan kegilaan isteri yang seolah2 aku menanam pokok duit di belakang rumah. 

Malam akhir Ramadhan adalah hari terakhir kami sekeluarga akan menggila di Kuala Lumpur.  Berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar 12 pm hingga pukul 3 untuk mendapat peluang menggila membeli kali terakhir.  Dan selalunya kami akan mengusung belian di setiap jari seperti kueh mueh hari raya, baju2 raya dan kadang2 terbeli 'remote control car' untuk anak. 

Dan kegilaan ini bukan aku seorang sekeluarga.  Perangai ini dikongsi ramai kerana setiap kali aku hendak menggila, pasti jalan bersesak dan kadang2 kami boleh bergaduh berebut tempat pangkir.  Aku rasa2 telah berjasa lebih untuk meningkatkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan peratus yang diberi oleh Gabenor BNM mungkin 1atau 2 peratus datang dari kegilaan aku ini. 

Monday, August 13, 2012

Jom Tukar Logo

Keputusan diambil ini untuk memenuhi semua kehendak.  Kali ini kalau ada yang tidak setuju memang tak sekolahlah orang yang membangkang itu.  Setiap minggu logo ditukar untuk menunjukkan betapa muhibbahnya kemerdekaan kali ini.  Kalau diminta anak2 menghafal mungkin konsep tukar setiap minggu ini boleh mengelirukan.  Tapi kita kena bersangka baik.  Kita mengambil contoh telefon genggam kita yang selalu bertukar 'casing'.  Maka isi yang sama cuma luaran yang bertukar.  Mungkin pertandingan merekacipta logo tidak dibuat.  Maka orang yang ditugaskan untuk membuat logo hanya mampu bagi sepertimana ia sekarang.  Dan konsep menukar setiap minggu akan diteruskan. Baguslah sekurang2nya kita ada Menteri yang mendengar keluh kesah orang marhean dan untuk menyukakan hati semua orang maka konsep bertukar2 ini diajukan.

Friday, August 10, 2012

Terpantas di Olimpik London

Memang tidak dinafikan budak negro seorang ini memang mengejutkan dan apabila dia meraikan kemenangan, orang ramai ikut terhibur.  Usain Bolt lahir 27 tahun dahulu pada 21.08.1986 adalah orang Jamaica.  Dan hari ini, Usain Bolt mengejutkan lagi dunia athelit apabila mengulangi kejayaan 200 meter lelaki. Setelah 4 hari memegang emas yang ke 2 untuk 100 meter, hari ini dia mengulangi kejayaan yang sama seperti di Olimpik Beijing 2008 dahulu.  Rekod dunia untuk 100 meter dan 200 meter dipegang oleh dia sendiri dan hanya rekod olimpik 2008 dipadamkan untuk 100 meter dengan larian 9.63 saat.  Untuk 200 meter, Usain Bolt merekodkan bacaan sama macam Michael Johnson 19.32 saat dahulu setelah beberapa tahun memegang rekod yang sama dan Micheal Johnson dari Amerika ini mengatakan bahawa rekod larianya tidak boleh dipecah oleh sesiapa.  Usain Bolt ini boleh dikategorikan seperti alein, manusia pelik atau satu dalam sejuta kerana mengikut kiraan mathematik, setiap 10 meter, dia hanya memerlukan kurang dari 1 saat untuk bergerak.  Tetapi yang paling klasik dalam 200 meter Olimpik kali ini adalah kesemua pemegang pingat datang dari Jamaica -  Usain Bolt, Yohan Blake dan Warren Weir.  Kita kena belajar dengan Jamaica dalam melahirkan athelit2 yang berpaksikan pada negeri sendiri untuk berjaya.  Semua pelari2 ini tidak berlatih di luar negara ketika hendak dibangunkan tetapi mereka dikumpulkan di University of Technology Jamaica. 

Thursday, August 9, 2012

Sup Gearbox

Sup gear box sudah banyak ada di pasaran.  Apabila bulan Ramadhan tiba, sup ini tiba2 melimpah2 banyak di pasaran.  Kalau aku berjalan sekitar Pasar Ramadhan (Param) di Stadium Shah Alam, kelibat sup gearbox ini pasti ada di setiap sudut. "Berapa kuat kena sedut bang?" tanya aku pada penjual sup yang nampak berehat menunggu peminat2 sup.  Jam baru mencecah pukul 5.30 pm.  Suasana sibuk belum tiba.  Mungkin kesesakan di KL mengurangkan kedatangan orang ke Param hari ini. Malas hendak layan kerenah aku " Kita bagi straw free bang" dia menjawab.  Aku tidak terlalu suka dengan sup gearbox ini yang datang dari kepala lutut lembu ini.  Melihat pada tulang2 di atas meja penjual, aku rasa 20 ekor lembu tumbang memberi lutut masing2.  Kesedapan sup gearbox adalah bila dapat menyedut sesuatu dari dalam tulang dan ini adalah sum sum tulang lembu dan tiada beza pada kita manusia.  Sum sum tulang lembu ini berwarna putih dan kadang2 berwarna krim keputihan.  Benda ini jarang kita lihat orang selain orang Malaysia.  Harga selutut boleh mencecah sekitar RM8 - RM12 dan selalunya sebelum beli, orang akan mengintai2 ke dalam tulang untuk melihat benda untuk disedut. Slurppppppp.  Memang lain kalau berbuka dengan sup gearbox ini macam BARBARIAN.

Friday, August 3, 2012

IBLIS tolong

Ada satu riwayat tentang sahabat Rasullullah SAW bernama Abdullah Ibni Maktum atau Ummi Maktum RA seorang buta.  Ketika Rasullullah mengesa penduduk Madinah untuk bersolah berjemaah maka tiada seorang pun dikecualikan.  Lalu Abdullah Ibni Maktum telah berjumpa Rasullullah SAW dan meminta dikecualikan beliau berjemaah setiap solat Suboh kerana waktu pagi2 tiada orang yang membantu beliau untuk ke masjid.  Rasullullah SAW bertanya kepada Abdullah Ibni Maktum - Adakah beliau mendengar azan yang dikumandangkan dari masjid.  Lalu dijawab ya oleh Abdullah ibni Maktum.  Maka Rasullullah SAW memberitahu selagi kau mendengar azan ini maka kamu patut datang dan berjemaah. 

Maka bermulalah perjalanan Abdullah Ibni Maktum ke masjid pada hari Suboh esoknya.  Dalam keadaan teraba2 dan mencari perjalanan berdasarkan azan, dia telah terlanggar batu dan jatuh tersembam ke atas batu yang lain.  Habis berdarah mukanya dan dalam keadaan terkial2 beliau bangun dari jatuh itu.  Tiba2 datang seorang membantu beliau berdiri dan bertanya ke mana Abdullah Ibni Maktum mahu pergi.  Dia memberitahu bahawa dia mahu ke masjid berjemaah Suboh dan pemuda itu membantu beliau untuk ke masjid.  Dan apabila selesai Suboh, pemuda itu masih menunggu dan membantu Abdullah Ibni Maktum kembali ke rumah. 

Masa pun berlalu dan setiap harilah pemuda yang sama membantu Abdullah Ibni Maktum ke masjid setiap Suboh.  Sudah sekian lama, Abdullah Ibni Maktum ingin sangat mengetahui siapakah pemuda yang hari2 membawa dia ke masjid pergi dan pulang.  Abdullah Ibni Maktum bertanya dan pemuda itu tidak mahu mengenalkan dirinya.  Abdullah Ibni Maktum akhirnya terpaksa memberitahu jika kami tidak mahu memberitahu nama maka hari ini adalah hari terakhir kamu menghantar aku ke masjid.  Setelah ditekan dengan penegasan begitu, pemuda itu memberitahu - Aku adalah Iblis.  Terkejut Abdullah Ibni Maktum mendengar pengakuan itu.  Iblis itu memberitahu ketika Abdullah Ibni Maktum pada hari pertama dulu mahu ke masjid berjemaah, Abdullah telah terjatuh dan aku, Iblis telah mendengar Allah SWT memberitahu bahawa separuh dari dosa2 kamu telah diampunkan.  Mendengar kata2 Allah SWT, aku bergegas ke tempat engkau jatuh dan aku kena pastikan engkau sampai dengan selamat pergi dan balik ke masjid, kerana aku tidak mahu kamu diampun keseluruhannya jika kamu jatuh lagi.