Yang selalu jengok

Tuesday, August 28, 2012

Menu Malam raya 1433 / 2012

Malam Raya aku masih teringat untuk berbuka.  Ramadhan yang barakah akan di tinggalkan.  Kami sekeluarga bergerak sekitar 6 pm ke Kelana Jaya - rumah mertua aku.  Sebelum bergerak aku goreng cucur udang dan sandwich tuna dan mayonis untuk santapan berbuka hari ini.  Cucur udang yang satu in memang menjadi kegemaran aku.  Udang yang dibersihkan kepala dan disiat siksa kulitnya dan ditinggalkan sepi hanya kawasan tengah badan sahaja.  Mahal pulak harga udang hari ini - bisik aku sendiri.  Campurkan tepung beras dan tepung gandum secara paksa rela bersama kucai bukan cukai yang dicampurkan sedikit kunyit untuk menambah warna kekuningan keemasan berperisa tinggi.  Udang yang dibersihkan terus dicampur gaul bernafsu dengan tepung yang sudah diadun seperti mesra berkahwin.  Minyak di dalam kuali dibiarkan panas menyendiri dan terus masukkan udang yang sudah diadun mesra bersama tepung dan kucai.  Yang pasti produk ini tidak berbentuk bulat seperti yang dijual di kedai mak cik Limah atau 'tembun' disumbat yis untuk menaikkan bentuk badan.  Kuah cili pedas perlu disediakan untuk menambah selera tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, aku cuma goreng dan cicah dengan sos cili Thai sahaja.  Dan malam raya hari itu, cucur udang yang satu ini menghiburkan satu keluarga di Kelana Jaya.
 
 

No comments:

Post a Comment