Yang selalu jengok

Tuesday, August 28, 2012

SURAU

kosong
Hari raya pertama berlalu pantas dengan kami sekeluarga berjaya menghabiskan 2 rumah penting untuk dilawati.  Rumah belah lelaki - Aku di Kg Subang dan rumah belah isteri di Kelana Jaya.  Jangan rasa terkilan sebab dekatnya kedua ini menyebabkan kami dapat beraya hampir adil setiap tahun.  Aku bermula dengan rumah mertua dan berakhir di rumah mak aku di Kg Subang.  Petang hari yang sama, kami pasti melawat 2 atau 3 rumah saudara sekitar Kg Subang sahaja.  Dan malamnya kami pasti penat tersadai di rumah sendiri.  Bahaya meninggalkan rumah juga tidak pernah menjadi kira2 kami kerana paling lama kami bermusafir mungkin 2 malam atau 3 malam sepanjang hari raya. 

Sesampai di rumah sekitar 8.30 pm, letih badan berehat, anak lelaki aku menegur, "Ayah tak pergi masjid malam ni"  Bertukar wajah aku sebentar dan aku memberitahu akan ke masjid untuk solat Isyak nanti.  Azan Isyak sudah berkumandang di TV dan cepat2 aku bergerak mandi untuk solat ke surau berdekatan.  Sudah 5 minit berlalu, dan tanpa meletakkan wangi2an aku bergerak pantas terus mencapai kunci kereta dan menderu ke surau.  Sesampai aku di sana, waktu sudah menunjukkan 8.43 pm, sudah lebih 8 minit dari azan tadi.  Surau gelap dan aku termanggu2 kerana waktu sudah lambat dan surau berkunci kemas.

Aku terus memecut laju berfikir di mana lagi surau2 yang berdekatan.  Dan hampir pasti aku lansung tidak mendengar azan sekitar tempat aku tinggal kerana hari ini Hari Raya pertama.  Disebabkan perasaan ingin berjemaah terlalu tinggi aku terus memecut berfikir bahawa Masjid An Nur pasti tidak tutup seperti surau tempat aku tinggal.  Sebelum sampai ke jalan besar, baru aku teringat bahawa di sebelah taman ada sebuah surau dan boleh nampak dari jalan besar.  Aku bersyukur sangat tetapi masa sudah sekitar 8.50 pm.  Kalau aku dapat berjemaah dengan jemaah surau itu pada rakaat ke 4 pun pasti bersyukur. 

Sesampai aku ke sana, surau terang berderang dan hanya 5 orang yang masih duduk.  Aku sedih kerana misi tidak kesampaian untuk berjemaah.  Secara perlahan aku solat tahiyatul masjid dan tiba2 seorang Bangladeshi yang paling hadapan menegur aku, "Abang boleh jadi imam?" Senyum mesra aku dan misi masih boleh dilengkapkan.

No comments:

Post a Comment