Langsir memang kena tukar. Sofa nampak macam dah lama. Rumah kena cat. Baju Melayu, baju kurung satu keluarga mesti nak sama. Baju raya kena beli setiap anak 2 helai sepersalinan. Bila fikir2 kereta juga perlu ditukar. Kereta baru memberikan satu kemenangan moral yang hanya aku sendiri tahu. TV yang berkanta cembung perlu ditukar kepada LCD kerana trend baru kena ikut. Melihat2 ke dalam bilik, almari hias diri sudah lusuh dan pasti ditukar. Jam dinding juga mesti ditukar baru kerana model yang lekat di dinding itu sudah lebih 10 tahun.
Memang bila datang raya, hati menggila membeli belah ini seperti sudah lama wujud dalam diri. Orang mungkin kata berbagai pada aku tapi kegilaan ini seolah2 sebati dan sangat seronok. Jika tak cukup duit, kad plastik pasti membantu. Keseronokan ini agak pelik kerana bukan aku sahaja yang tergila2 tetapi ditambah dengan kegilaan isteri yang seolah2 aku menanam pokok duit di belakang rumah.
Malam akhir Ramadhan adalah hari terakhir kami sekeluarga akan menggila di Kuala Lumpur. Berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar 12 pm hingga pukul 3 untuk mendapat peluang menggila membeli kali terakhir. Dan selalunya kami akan mengusung belian di setiap jari seperti kueh mueh hari raya, baju2 raya dan kadang2 terbeli 'remote control car' untuk anak.
Dan kegilaan ini bukan aku seorang sekeluarga. Perangai ini dikongsi ramai kerana setiap kali aku hendak menggila, pasti jalan bersesak dan kadang2 kami boleh bergaduh berebut tempat pangkir. Aku rasa2 telah berjasa lebih untuk meningkatkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan peratus yang diberi oleh Gabenor BNM mungkin 1atau 2 peratus datang dari kegilaan aku ini.
No comments:
Post a Comment