Yang selalu jengok

Tuesday, March 5, 2013

Flight

Denzel Washington selalu berlakun dalam filem2 yang aku suka.  Tahun lepas dia menjadi ejen dalam filem 'Safe House', sebelum itu cerita 'The book of Eli', American Gangster dan macam2.  Dia pernah menang Anugerah Award sebagai pelakon lelaki terbaik dalam filem 'Training Day'.  Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis yang membawa filem  terbaik Akademi iaitu 'Forrest Gump'.  Kali ini Denzel berlakon sebagai Pilot yang membawa 102 penumpang dalam perjalanan 45 minit.  Kapal terbang yang dibawa dalam keadaan cuaca hujan lebat dan perkakas mesin tidak berfungsi menyebabkan kapal terbang akan terhempas.  Dengan kecekapan yang ada sebagai seorang pilot senior dan mungkin ini kali pertama aku lihat kapal terbang diterbangkan secara terbalik untuk menimbulkan keseimbangan.  Pendaratan yang kelam kabut tetapi agak dramatik. 4 orang penumpang dan 2 orang krew telah terbunuh dalam kejadian itu.  Dia diikhtiraf sebagai hero tetapi siasatan dibuat menunjukkan beliau seorang pemabuk dan penagih heroin dadah.  15/20 minit terawal filem adalah penting untuk menilai kecekapan pilot Denzel Washington ini.  Berlakon seiras pilot dan terma2 yang digunakan adalah tepat yang digunakan oleh pilot2 yang sebenar.  Filem yang terlalu drama untuk orang2 mencari aksi di dalam filem.

No comments:

Post a Comment