Yang selalu jengok

Tuesday, March 5, 2013

Golf Terma

Tengok orang main golf, kita rasa macam kena main golf.  Duduk di kerusi pengurus Bank memerlukan kita main bola kecil ini selalu.  Kononnya untuk mendapat networking atau kawan2 dalam perniagaan juga.  Aku juga terlibat sama bermain bola kecil keras ini. Kepala memikirkan bahawa betapa susahnya hendak mendukung beg golf yang dipanggil 'club' yang mungkin berat.  Berapa banyak kayu golf boleh dibawa dalam beg itu juga menimbulkan pertanyaan. 14 adalah yang dibenarkan untuk satu 'club'.  Tapi sebagai permulaan aku membawa hanya 8 batang kayu golf sahaja kerana guru golf aku hanya ajar 3 batang golf sahaja sebelum aku turun ke padang sepenuhnya.  Kayu golf yang berkepala paling besar - 'driver'  paling penting untuk permulaan pukul, kayu 3 atau 'wood 3' dan iron 7 untuk jarak sederhana.  Putter atau kayu golf yang digunakan untuk pukulan terakhir sebelum masuk lubang di kawasan hijau atau 'green'. Lain2 kayu hanya untuk memberatkan 'club' sahaja kerana malu kalau orang tanya mana yang lain. 
 
Padang golf yang pertama aku cuba adalah di luar negara.  Bandung di Mountain View Golf Club.  Kelab yang seperti di Cameron Highland, sejuk dan nyaman.  Apa yang seronok di sana adalah yang tukang mengutip bola atau membersihkan bola sebelum memasukkan ke dalam lubang golf adalah perempuan2 muda = 'caddy'.  Kalau di Malaysia, pemain2 golf tidak mengambil seorang caddy untuk diri sendiri.  Kadang2 1 caddy untuk satu group atau 'flight' yang bermain sebanyak 4 orang.  Satu padang penuh golf adalah sebanyak 18 lubang.  Setiap lubang perlu dimasukkan bola dan jarak permulaan setiap lubang bermula dipanggil tempat 'T-OFF' kerana satu benda plastik atau kayu berbentuk T dicacak ke tanah dan bola golf diletak diatas kayu itu.  Jarak selalu dipanggil par 3, par 4 atau par 5.  Ini bermaksud di par 3, jika bola itu masuk dengan 3 kali pukulan maka orang itu mendapat Par.  Jika bola itu dimasukkan dengan 2 pukulan sahaja maka dia mendapat 'Birdie' dan jika hanya satu pukulan, maka ia dipanggil 'hole in one'.
Ini caddy2 di Bogor Raya, Indonesia
Aku pun bermain golf di Mountain View, Bandung pada 2006.  Ketika itu sejuk lain macam dan ketika bola dipukul jauh, bola akan terhentak masuk ke dalam tanah sebab tanah lembut.  Ini adalah masalah biasa pada pemain2 golf dan caddy memang diperlukan untuk memerhatikan ke mana bola akan pergi dan mereka akan berlari2 manja mencari bola dan kita berjalan lenggang lengguk tanpa perlu berfikir.  Apa yang bagus bermain golf ini bagi aku adalah hubungan.  Kalau sebelum bermain itu seorang Tan Sri maka didalam permainan golf ini Tan Sri itu akan hilang, dan kita hanya boleh pakai nama atau panggil dia 'bro' sahaja.

No comments:

Post a Comment