Yang selalu jengok

Sunday, June 21, 2015

Ke Arafah naik Keretapi


Pada hari 8 Zulhijjah, semua Jamaah Haji akan mula bergerak ke Arafah menantikan hari Wukuf. Tiada wukuf tiada haji.  Rukun yang tidak boleh ditinggalkan.  Perjalanan ke sana pada hari itu menggunakan bas dan suasana trafik yang padat berlaku di bandar Mekah lagi.  Kenderaan yang pergi ke sana juga adalah Metro Mekah.

Metro Mekah ini dibina oleh kontractor dari China iaitu China Railway Construction Corporation Ltd.  Ia terdapat 15 stesyen dan terbahagi cantik setiap satu 3 stesyen iaitu di Mekah, Arafah, Muzdhalifah dan Mina.  Ia dibina dengan 4 landasan sejauh 18.1 km.  Metro Mekah ini mula dipakai pada tahun 2010.  Ia digunakan oleh rakyat Saudi sahaja ketika itu dan pada Haji tahun lepas diberitahu bahawa Metro Mekah ini juga digunakan untuk jamaah haji yang tidak dibekalkan khemah di Arafah dan Mina.

Sesiapa yang belum menunaikan Haji pasti tidak nampak bagaimana Metro Mekah ini membantu sangat kepada Jamaah Haji.  Perjalanan ini disebut juga Masyair Haji iaitu Wukuf di Arafah, bermalam atau mabit di Muzdhalifah dan bermalam di Mina.  Bermalam di Mina bersambung dengan 3 malam dengan melontar ketiga2 jamrah.  Perjalanan ini disusun dari awal oleh pihak Tabung Haji kerana inilah hari yang dinantikan dan mesti dipatuhi.  Bas2 akan pergi dan balik dari Arafah ke hotel penginapan untuk mengambil Jamaah Haji.  Ada jamaah yang tiba sekitar 10 pagi dan yang paling akhir mungkin tengah malam 8 Zulhijjah itu.  Wukuf di Arafah adalah pada 9 Zulhijjah.  Masa berbeza sampai boleh memberikan impak dengan kesuaian ibadah.  Dan pasti ada yang bercerita tentang bas rosak, pemandu tidak tahu jalan dan bas tersesat.

Diberitahu, bermula Haji 1436 atau 2015 ini, Syarikat Prasarana Malaysia telah mendapat kontrak mengendalikan operasi dan penyelenggaraan Mekah Metro ini.  Ini adalah peluang membuka mata bahawa Malaysia juga patut berbangga dapat kontrak itu sedangkan pembina Mekah Metro ini dari China.  

Peluang kepada bakal haji menggunakan Mekah Metro ini mungkin berlaku pada tahun ini 2015. Ribuan bas digunakan untuk membawa lebih dari 4.5 juta orang dari Mekah ke Arafah mungkin digantikan dengan keretapi Mekah Metro ini dan suasana lebih menyenangkan.

Tuesday, June 16, 2015

Surat Penerbangan Haji 1436 nak datang dah....


Pada hujung bulan Ramadhan atau awal Syawal nanti, para bakal Haji 1436 yang terpilih untuk ke sana akan mendapat surat untuk melapurkan diri dan terbang ke Saudi untuk menunaikan haji.  Aku juga sekitar masa yang sama tahun lepas, juga tidak ketinggalan.

Debaran membuka surat hilang bila surat pemberitahuan diterima oleh pihak mak saya di rumah. Adik mengambil gambar surat dan menghantar ke dalam Whatapps dan disaksikan oleh semua saudara. Dalam surat itu diberitahu tarikh bila kapal terbang dan kita berada pada KT yang ke berapa?  Maklumat penting juga tentang kita pergi ke Madinah atau ke Mekah dahulu? Turun di Jeddah atau turun di Madinah. Maklumat itu mesti dihadzam sepenuhnya dan diingati kerana satu kursus Perdana kemungkinan seminggu sebelum penerbangan pertama haji bermula akan dibuat. Pada masa itu, kita sudah boleh bersembang dengan kemungkinan kawan2 yang sama dalam satu penerbangan nanti, satu hotel dan mungkin satu bilik yang sama.

Hari apa dan jam berapa perlu ada di tempat berkumpul juga penting?  Hati aku berdebar semacam bila surat itu dibaca.  Macam2 yang keluar dari kepala dan sehinggakan aku memberitahu pada mak aku, terasa seperti tahu tarikh kita akan mati.  Debaran ini bukan dibuat2.  Allah SWT menghantar debaran ini untuk aku bersedia. 

Bila surat diterima, susunan hidup aku terus tersusun berbeza.  Cuti yang telah diyakini untuk dipohon telah dapat.  Berapa hari cuti sebelum bergerak atau berapa hari cuti bila sudah pulang nanti? Bagaimana dengan cerita anak2? Ditinggalkan dengan siapa? Duit yang perlu disediakan.  Hutang2 diselesaikan? Walaupun ini boleh dirancang hampir setahun yang lalu tetapi ketibaan surat terbaru ini memberikan keyakinan 100% untuk melunaskan semua rancangan.

Apa yang perlu diteliti pada surat penerbangan ini?

1. Tarikh bergerak - perhatian masa yang disebutkan seperti 00.10 waktu berkumpul atau pada 12.10 (kekeliruan boleh berlaku hanya pada waktu yang dituliskan 12.10 adalah tengahari dan 00.10 adalah waktu tengah malam)

2.  Waktu melapurkan diri di tempat berkumpul seperti di Tabung Haji Kelana Jaya.  Jika waktu melapur pada pukul 00.10 maka terlebih baik berada di situ 4 jam awal atau sebaik waktu Isyak masuk.  Kelebihan berada awal menjadi satu proses penting hatta di mana2 Mekah, Madinah atau ketika Masyair Haji nanti.

3. Di mana tempat melapurkan diri? Ada yang berada di tengah2 seperti Melaka dikumpulkan di Kelana Jaya dan kemungkinan di Johor.  Semak betul2.

4. Pastikan barang2 yang diperlukan telah disemak dan diasingkan di bilik lain tanpa diganggu oleh anak2.

5. Masuk ke Mekah terus atau pergi ke Madinah? Perbezaan ini menyebabkan kita akan dimestikan memakai ihram atau tidak.

6. No pesawat juga penting untuk tahu dimana ia membezakan kapal terbang Mas, AirAsia atau Saudi.

7. Tempoh berada di dua2 kota juga dipamirkan untuk kita tahu berapa lama cuti untuk dipohon.

8. Niat ihram dimana akan diberitahu di surat yang sama.  Kalau terus ke Jeddah maka niat ihram akan berlaku di Qarnul Manazil.  Jika terus di Madinah maka pakai baju biasa kerana perjalanan bermula dari Madinah.  Ada jemaah yang ke Jeddah Airport tetapi terus ke Madinah juga tidak perlu berniat. 

Tetapi surat ini tidak beritahu jika ada Jemaah yang mahu membuat Haji Ifrad iaitu Haji dahulu sebelum Umrah.  Maka di Qarnul Manazil nanti Jemaah yang mahu membuat Haji Ifrad akan berniat Ihram Haji bukan Ihram Umrah.  Walaupun perjalanan yang sama, tetapi jemaah jangan meniru kawan2 seperjalanan kerana masing2 membawa niat yang berbeza. Haji Tamattuk dan Haji Ifrad berbeza niat. Dapatkan ilmu sepenuhnya sebelum berniat Haji atau Umrah.



Jualan Hebat Ramadhan

Nak masuk ke kawasan rumah saya di Bukit Subang terpampan jualan hebat.  Jualan yang tak boleh ditunda lagi.  Jualan serendah 70%.  Beli satu bawak balik 2.  Dulu RM3,999 sekarang RM999. Jualan tutup kilang, Jualan tanpa sempadan.  Diskaun sehingga 90%.  Jualan Terhebat.  Jualan itu jualan ini.

Dan aku kadang2 boleh berpusing untuk membaca sekali lagi tulisan dibanner.  Hebat panggilan itu sehingga aku terberhenti atau mencari2 kedai2 yang membuat jualan hebat. Biar betul diskaun sehingga 70% atau 90%.  Kenapa murah sangat? 


Aku teringat tazkirah Ustaz Roslan Muhammad tentang Ramadhan. Rupa2 Ramadhan juga adalah jualan maha hebat untuk umat Nabi Muhamaad SAW.  Di dalam ramadhan ada kerahmatan, ada keampunan Allah SWT dan dijauhkan dari api neraka.  Kalau jualan hebat ini dijadikan banner pada setiap hati manusia yang beriman, pasti mereka akan berdoa hampir setiap hari jadikan Ramadhan sepanjang tahun.

Ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir kita dan ramadhan kali ini pasti ramadhan yang terbaik untuk kita.  Hari ini 30 Syaaban 1436, masih awal bersorak untuk bertemu dengan Ramadhan esok. Doa berterusan untuk bertemu dengan Ramadhan.  



Sunday, June 7, 2015

Berpuasa di Mana2

Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya sahaja.


Bagaimana rasa berpuasa ditempat lain? Kita yang di Malaysia akan berpuasa sepanjang siang dalam sekitar 13  - 14 jam dan berehat di waktu malam yang agak panjang.  Di sekitar Asia Tenggara ini kadar berpuasa adalah lebih kurang waktu yang sama dengan di Malaysia.

Berpuasa paling pendek yang direkodkan adalah di Argentina iaitu sekitar 9 jam.  Malam mereka lebih panjang dan diikuti oleh Australia yang sekitar 9.5 jam.  Adakah mereka diuji dengan puasa yang pendek ini.  

Kalau di Moscow Russia, sekitar bulan Jun ini, orang Islam akan mula Imsak sekitar 2.40 pagi dan Maghrib untuk berbuka 22.20 pm.  Ia adalah sekitar 20 jam waktu berpuasa.  Waktu Isya' mereka adalah sekitar pukul 12 malam.  Pada waktu yang sama, solat sunat terawih bermula selepas Isya' yang hanya ada sekitar 1 - 1.5 jam sebelum Subuh menjelma.

Isu ini diperdebat oleh ulama2 di sana dan dikeluarkan beberapa pandangan. Ada yang berpendapat waktu puasa bermula mengikut apa yang dibuat di Mekah.  Untuk makluman juga, waktu di Moscow adalah sama dengan dengan waktu di Mekah.  Kalau sekarang ini pukul 10 pagi maka di Mekah juga adalah 10 pagi.  

Ada pandangan yang mengatakan bahawa solat Magrib dan Isya' di jamakkan pada waktu Magrib secara takdim kerana untuk meraikan solat terawih yang hanya ada pada bulan Ramadhan.  Ada yang meneruskan puasa yang 20 jam kerana suasana berpuasa yang tidak panas berbeza dengan iklim seperti kita di Malaysia.  Mungkin senang.  

Dan pandangan2 ini diraikan di Moscow.  Sementelah penduduk sesuatu tempat pun mengikut apa imam mereka katakan.  Hukum berpuasa di Bulan Ramadhan adalah wajib seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183.

Dan aku selalu ingatkan anak2 aku berpuasa bukan sebab utama kerana kita hendak tahu bagaimana orang miskin menjalani kehidupan mereka tetapi ini adalah rukun Islam yang wajib kita lakukan.