Yang selalu jengok

Sunday, June 7, 2015

Berpuasa di Mana2

Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya sahaja.


Bagaimana rasa berpuasa ditempat lain? Kita yang di Malaysia akan berpuasa sepanjang siang dalam sekitar 13  - 14 jam dan berehat di waktu malam yang agak panjang.  Di sekitar Asia Tenggara ini kadar berpuasa adalah lebih kurang waktu yang sama dengan di Malaysia.

Berpuasa paling pendek yang direkodkan adalah di Argentina iaitu sekitar 9 jam.  Malam mereka lebih panjang dan diikuti oleh Australia yang sekitar 9.5 jam.  Adakah mereka diuji dengan puasa yang pendek ini.  

Kalau di Moscow Russia, sekitar bulan Jun ini, orang Islam akan mula Imsak sekitar 2.40 pagi dan Maghrib untuk berbuka 22.20 pm.  Ia adalah sekitar 20 jam waktu berpuasa.  Waktu Isya' mereka adalah sekitar pukul 12 malam.  Pada waktu yang sama, solat sunat terawih bermula selepas Isya' yang hanya ada sekitar 1 - 1.5 jam sebelum Subuh menjelma.

Isu ini diperdebat oleh ulama2 di sana dan dikeluarkan beberapa pandangan. Ada yang berpendapat waktu puasa bermula mengikut apa yang dibuat di Mekah.  Untuk makluman juga, waktu di Moscow adalah sama dengan dengan waktu di Mekah.  Kalau sekarang ini pukul 10 pagi maka di Mekah juga adalah 10 pagi.  

Ada pandangan yang mengatakan bahawa solat Magrib dan Isya' di jamakkan pada waktu Magrib secara takdim kerana untuk meraikan solat terawih yang hanya ada pada bulan Ramadhan.  Ada yang meneruskan puasa yang 20 jam kerana suasana berpuasa yang tidak panas berbeza dengan iklim seperti kita di Malaysia.  Mungkin senang.  

Dan pandangan2 ini diraikan di Moscow.  Sementelah penduduk sesuatu tempat pun mengikut apa imam mereka katakan.  Hukum berpuasa di Bulan Ramadhan adalah wajib seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183.

Dan aku selalu ingatkan anak2 aku berpuasa bukan sebab utama kerana kita hendak tahu bagaimana orang miskin menjalani kehidupan mereka tetapi ini adalah rukun Islam yang wajib kita lakukan.


No comments:

Post a Comment