Yang selalu jengok

Wednesday, July 29, 2015

Bersedia Bakal Haji Dhuyufurrahman


Surat penerbangan mengerjakan haji sudah keluar.  Penerbangan pertama bermula pada 1 Zulkaedah 1436 H atau 16/8/2015.  Semua tarikh2 penting mesti kekal ingat dalam kepala.  Persediaan hari2 adalah mohon taubat dengan Allah, dipermudahkan perjalanan dan diberi ruang senang pada yang ditinggalkan.  Kursus perdana di Selangor akan diadakan pada 1/8 - 2/8/2015 nanti.

Wukuf tahun ini pada 23/9/2015 iaitu Hari Rabu  9 Zulhijjah 1436H.  Ingat tarikh ini dan menghadapi hari2 ke wukuf amat penting.  Dari sini dah boleh rancang amalan2 yang perlu dilakukan atau menambahkan ibadah sunat seperti Umrah, mengkhatam Al Quran atau berpuasa di Mekah. Perkara rancang ini penting buat diri sendiri dan bincang dengan isteri dan ceritakan dengan kawan2 sebilik untuk mendapat sokongan.  InshaAllah.

Niatkan dalam hati, kita ke Mekah bukan untuk berehat.  Ada yang kita jumpa orang yang menjadi tetamu Haji duduk di bilik dan hampir setiap masa tidur.  Lepas subuh tidur sehingga Zohor, lepas makan tidur sehingga Asar dan seterusnya.  Mereka hanya muncul bila hari wukuf tiba dan dikhuatiri sesat tersasar bila mahu melakukan tawaf haji dan Saie Haji kerana tidak pernah ke Masjidil Haram. Keadaan jalan yang selalu berubah boleh menyebabkan kita tersasar di Mekah.  

Penerbangan terawal untuk kembali ke Malaysia bermula 30/9/2015 dan ini selalunya bermula dari para Hujjaj (para Haji dan Hajjah) yang terawal masuk ke Tanah Suci melalui Madinah Al Munawwarah. Kembalilah dengan rasa iman kuat dan istiqamah dengan ibadah.

Tuesday, July 14, 2015

Sembang Hari Raya


Topik untuk bersembang hari raya

  1. Sistem pendidikan sekarang
  2. Belanja duit budak2 belajar sekarang
  3. IMDB
  4. Najib
  5. Rosmah Mansor
  6. Mengerjakan Haji
  7. GST
  8. Kereta sekarang apa?
  9. Keputusan peperiksaan anak2 
  10. Kerja
  11. Dah dapat kerja?
  12. Kipidap
  13. Sultan Melaka
  14. Dubsmash
  15. Cerita Korea Baru
  16. Duit masuk Akaun
  17. Filem Baru
  18. Lagu Raya
  19. Beli ke buat kueh raya?
  20. Tukar Langsir tak?
  21. Rumah baru cat
  22. Kena saman bawa kereta laju
  23. Jalan jem
  24. Akaun masuk RM2 juta
  25. Akaun dah tutup
  26. Kenapa Ambank
  27. Phone baru ke?
  28. Duit raya baru ke recycle?
  29. Kenapa mamat tu selalu buat polis repot?
  30. Dulu selalu ada sarkis?
  31. Berat badan turun tak?
  32. Jubah baru wei
  33. Minyak attar
  34. Hasan Malek
  35. Baju Rozita Che Wan

Haji - Dhuyufurrahman


"Assalamualaikum Haji, dah dapat surat penerbangan Haji" . Tersenyum.  "Belum lagi, tapi kursus Perdana sudah dipanggil".  Terdengar bunyi keluhan disebalik jawapan tegas.  "Saya minta pergi ke Mekah dulu, Minta2 dapat lah hujung bulan Ogos nanti.  Bolehlah saya simpan duit sikit".  Aku dengar dengan tekun. "Dalam dua bulan ni saya kena simpan duit, belanja kat sana nanti kurang2 dalam tangan mesti ada RM1,500."  Aku mengiakan. "Saya bawa van sekolah.  Kalau dipanggil saya tengah bulan, tak berduit la saya nanti bila di Mekah"

Pergi haji bukan hanya mesti bersedia dengan fizikal yang sihat tetapi kewangan yang kukuh juga amat penting.  Pihak Tabung Haji tidak menyediakan sarapan untuk bakal2 haji melalui Muassassah. Bakal2 haji perlu menyediakan sarapan sendiri atau membeli sekitar kota Mekah.  Selalunya pada kursus Asas haji ada diberitahu bahawa setiap bakal haji perlu menyediakan RM40 sehari sebagai belanja.  Dan jika 40 hari maka sekitar RM1,600 untuk satu perjalanan haji.  

Adakah RM1,600 itu banyak? Kalau melakukan Haji Tamattuk, bakal haji perlu membayar dam seekor kambing sekitar RM400. Bakal Haji perlu bersedia dan berjaga2 jika melakukan kesalahan didalam ihram. Pembayaran dam boleh di kaunter Tabung Haji tapi pastikan duit ada.

Apa belanja perlu difikirkan sebelum pergi menunaikan haji.  Hutang piutang.  Kalau hutang kenderaan pastikan sudah berbayar untuk 2 bulan.  Kalau hutang rumah pastikan juga sudah berbayar. Persekolahan anak2 dan belanja mereka. Dan pembayaran2 ini bukan sedikit untuk difikirkan bagi yang bekerja dan bergaji bulanan.  

"InshaAllah Haji, dapat surat nanti tahulah nak buat macamana." Aku cuba menenangkan hati bakal haji. "Doa selalu, pasti Allah SWT bantu kita"

Dan aku teringat kawan2 sebilik di Abraj Janadriyah dahulu.  Masalah kewangan yang semua hadapi terungkai mudah kerana bantuan Allah SWT.  Mengadu dengan Allah dan pasti Allah tolong.  

Wednesday, July 8, 2015

Cerita Pengurus Bank


Menjadi Pengurus Bank adalah impian setiap pekerja bank. Melihat mereka kononnya membawa kereta2 mewah dan diberi kelonggaran waktu bekerja kadang2 boleh menjadi mimpi indah budak2 yang baru masuk ke cawangan. Pengurus Bank (cawangan) hanya terdapat jika Bank itu mempunyai cawangan. Jika banyak cawangan maka banyaklah pengurus banknya.  

Kali ini saya akan bercerita tentang Pengurus Bank yang harus pandai menguasai persekitarannya. Pengurus Bank yang bagus pasti dikenali hanpir kesemua orang disesuatu kawasan. Contoh jika di Perlis, cuma ada satu cawangan maka Pengurus Bank itu pasti dikenali hampir kesemua orang di Perlis.  Jika disebut siapa Pengurus Maybank Kangar pada satu ketika dahulu ketika Maybank hanya ada satu di Perlis iaitu di Kangar, pasti nama boleh disebut oleh orang ramai.  Pengurus Kangar pada satu ketika dahulu bagi aku adalah Pengurus Negeri.

Aku menjadi Pengurus Bank di kawasan yang terdapat banyak cawangan iaitu di Selangor.  Dan kalau difokuskan ia adalah di Shah Alam. Di Shah Alam sahaja sudah ada 2 cawangan. Pengurus2 Bank yang banyak sepatutnya mengambil langkah berbeza dari cawangan2 di Negeri. Aku mesti berkenalan dengan Ketua Polis Daerah, mesti kenal dengan SUK negeri, berjumpa selalu dengan Ahli Dewan Negeri atau kenal dengan ketua Bomba.  Bukan setakat itu, semua ahli perniagaan sekitar kita perlu dikenali. Peguam, mahkamah dan Masjid mesti dilawati untuk berkenalan. Kerja lebihan ini tidak terdapat dalam skop standard prosedur pekerjaan tetapi mesti dihadam kemas untuk menjadi Pengurus Bank yang bagus.

Dan aku selalunya  suka bercerita tentang seorang Pengurus Bank yang boleh menahan kapal terbang dari berangkat.  Pelik.  Jadual di tunda kerana disebabkan seorang Pengurus Bank.  

Pada satu ketika, pengurusan besar Bank datang melawat kawasan di Kota Kinabalu.  Setelah habis lawatan, penerbangan untuk kembali ke Semenanjung hanya kira2 20 minit sahaja sebelum penerbangan.  Jika melalui jadual normal maka pengurusan besar Bank pasti tidak dapat naik kapal terbang tersebut atau disekat dari masuk ke balai menungu. Tetapi Pengurus Bank Kota Kinabalu ini tahu menguasai persekitarannya. Dia telah menalifon orang dalam di Lapangan Terbang dan memohon tunda jadual penerbangan. Dan pengurusan besar Bank dapat menaiki kapal terbang tanpa perlu menunda ke kapal terbang yang lain.

Tuesday, July 7, 2015

Nak kenal Pekerja Bank


Sebagai pekerja bank, malu tidak berasas sepatutnya tidak ada dalam kamus harian mereka.  Kalau dari 10 orang yang kita jumpa, mungkin 9 terlibat secara lansung dengan bank.  Menyimpan duit, meminjam duit, hutang kereta, hutang rumah atau pernah masuk bank atau ada kredit kad.

Pekerja bank selalu boleh bersembang dengan mudah dengan memperkenalkan diri pada sesiapa sebagai pegawai bank.  Pekerja bank boleh memperkenalkan diri sebagai pemudah cara untuk meminjam duit.  Beritahu kepada masyarakat apa produk baru bank dan bagaimana kos dikenakan jika mengeluarkan duit dari ATM.  

Pekerja Bank sepatutnya tidak boleh terlalu diam dan menunggu orang bertanya "Awak kerja kat mana".  Kalau hendak berkenalan, pekerja bank mesti berbahasa dahulu "Saya kerja Bank di Subang Perdana".  Sambung perkenalan "Tahun ini raya, duit baru tidak dikeluarkan hanya recylce duit lama".  Sambung lagi "Pernah masuk bank saya"

Sebenarnya dikeliling kita, orang yang mahu berkenalan dengan pekerja bank terlalu banyak.  Lihat 9 orang dari 10 orang di atas.  Perlibatan mereka dengan bank terlalu rapat hatta ada yang hampir setiap minggu bertemu dengan bank walaupun hanya di ATM.

Pekerja bank mestilah memenuhi kemampuan untuk menjual barangan bank.  Bercerita dengan orang ramai kemungkinan memberikan pengalaman menjual walaupun kita bukan dari jabatan jualan.

Saya pernah berada dalam kelompok bank selama 20 tahun.  Orang2 mahu dekat dengan saya bukan sebab saya ada duit banyak atau sebagai artis.  Tetapi saya sebagai pemudah cara untuk mendapat sesuatu dengan bank.  Ada yang mahu pinjaman kenderaan, ada yang mahu meminjam untuk membeli rumah dan ada yang mahu bertanya yang macam2 tentang bank.

Peluang mendapat perhatian orang hanya dapat apabila kita membuka mulut.  Seperti di musim raya, sesiapa yang hendak tukar duit, orang bank pasti menjadi kawan yang paling rapat.