Menjadi Pengurus Bank adalah impian setiap pekerja bank. Melihat mereka kononnya membawa kereta2 mewah dan diberi kelonggaran waktu bekerja kadang2 boleh menjadi mimpi indah budak2 yang baru masuk ke cawangan. Pengurus Bank (cawangan) hanya terdapat jika Bank itu mempunyai cawangan. Jika banyak cawangan maka banyaklah pengurus banknya.
Kali ini saya akan bercerita tentang Pengurus Bank yang harus pandai menguasai persekitarannya. Pengurus Bank yang bagus pasti dikenali hanpir kesemua orang disesuatu kawasan. Contoh jika di Perlis, cuma ada satu cawangan maka Pengurus Bank itu pasti dikenali hampir kesemua orang di Perlis. Jika disebut siapa Pengurus Maybank Kangar pada satu ketika dahulu ketika Maybank hanya ada satu di Perlis iaitu di Kangar, pasti nama boleh disebut oleh orang ramai. Pengurus Kangar pada satu ketika dahulu bagi aku adalah Pengurus Negeri.
Aku menjadi Pengurus Bank di kawasan yang terdapat banyak cawangan iaitu di Selangor. Dan kalau difokuskan ia adalah di Shah Alam. Di Shah Alam sahaja sudah ada 2 cawangan. Pengurus2 Bank yang banyak sepatutnya mengambil langkah berbeza dari cawangan2 di Negeri. Aku mesti berkenalan dengan Ketua Polis Daerah, mesti kenal dengan SUK negeri, berjumpa selalu dengan Ahli Dewan Negeri atau kenal dengan ketua Bomba. Bukan setakat itu, semua ahli perniagaan sekitar kita perlu dikenali. Peguam, mahkamah dan Masjid mesti dilawati untuk berkenalan. Kerja lebihan ini tidak terdapat dalam skop standard prosedur pekerjaan tetapi mesti dihadam kemas untuk menjadi Pengurus Bank yang bagus.
Dan aku selalunya suka bercerita tentang seorang Pengurus Bank yang boleh menahan kapal terbang dari berangkat. Pelik. Jadual di tunda kerana disebabkan seorang Pengurus Bank.
Pada satu ketika, pengurusan besar Bank datang melawat kawasan di Kota Kinabalu. Setelah habis lawatan, penerbangan untuk kembali ke Semenanjung hanya kira2 20 minit sahaja sebelum penerbangan. Jika melalui jadual normal maka pengurusan besar Bank pasti tidak dapat naik kapal terbang tersebut atau disekat dari masuk ke balai menungu. Tetapi Pengurus Bank Kota Kinabalu ini tahu menguasai persekitarannya. Dia telah menalifon orang dalam di Lapangan Terbang dan memohon tunda jadual penerbangan. Dan pengurusan besar Bank dapat menaiki kapal terbang tanpa perlu menunda ke kapal terbang yang lain.
No comments:
Post a Comment