Yang selalu jengok

Tuesday, February 9, 2016

Cerita Lepas Ceramah

Seorang budak lelaki datang tersenyum2 simpul menyerah diri untuk bercerita.  Dia duduk betul2 di sebelah aku dengan memegang cawan berisi teh. Setiap kali lepas ceramah, surau di sini tidak pernah lepa dengan makan dan minum. Waktu sudah menunjuk pukul 9.20 pm.  Hanya tinggal aku dan tok bilal surau bersembang2 cerita ceramah tadi.  Budak lelaki itu masih tersenyum2 minta perhatian.  

Budak itu berdehem dan tersenyum. "Pak Cik boleh tidur kat surau ni tak?" Aku berpaling dari cerita dengan tok bilal. Tok Bilal bertanya "Boleh, kau nak qiamulail ke esok?" Budak itu tersenyum "Bapak saya suruh saya keluar rumah". Tok Bilal menyambut "Kena halau ke?" Budak itu diam dan tersenyum kelat. Aku cuba menyibuk "Rumah kat mana?" "Kat blok depan tu saja".

Kami terus minum sambil diam beberapa saat.  Tok Bilal memecah sepi bertanya "Apasal bapak kau suruh keluar rumah?" "Dia suruh saya kerja tapi saya kerja sehari je lepas tu saya malas nak kerja" Aku angguk macam faham "Berapa umur kau ni?" Tanya Tok Bilal. "17 tahun pak cik".  Aku mencelah "Tak sekolah ke?" "Dah lama tak sekolah, last sekali tingkat 3 dulu"  Aku angguk dan mengeluh perlahan.

"Bapak kau kerja apa" Tok Bilal bertanya.  "Dia jual pasar malam".  "Apa yang dijualnya?" "Topi cap macam2 la".  Aku mencelah "Adik beradik berapa orang?" "Ada 7, saya yang ke 3".  Tok Bilal bertanya lagi, "Pernah tolong bapak kau niaga?" "Dulu ada la, sekarang tak lagi". "Pasar Malam kat sini dia ada berniaga?" "Kat sini tak pernah".

Diam beberapa saat lagi. Tok Bilal terus memecah diam itu "Malam ini kau tidor la surau ni.  Duit ada ke?" "Tak de, tapi saya makan cukup kat sini" Tok Bilal bersuara seperti arahan "Bila bapa kau pergi niaga pasar malam, balik la kat rumah.  Kain baju macamana? "Bapak saya dah kemaskan beg saya.  Saya letak beg kat bilik solat perempuan." 

Aku diam dan senyum "Pergilah balik, mak ada lagi kan? Marah orang tua tak lama" Tok Bilal menyambung. Budak itu bersuara getar "Saya jumpa bapak saya hari ini.  Saya pegang tangan dia, dia tolak suruh saya jangan balik" Aku mencelah "Kerja apa yang disuruh bapak kau tu?" "Dia suruh saya jadi jaga" Tok Bilal mencelah "Mungkin dia yang dapatkan kerja tu, tapi kau tak pergi. Marahlah dia.' Budak itu diam.

Aku mendengar masalah ini dalam berbagai sudut.  Ekonomi kapitalis ini terlalu mencengkap.  7 orang anak, tinggal di flat, sumber pendapatan hanya pasar malam. Anak2 menjadi saham akan datang untuk membantu.  Melihat yang tidak bekerja dan hanya tahu makan membuatkan orang yang mencari pendapatan tercabar.  Ini kehidupan zaman penuh mencabar.  Dan anak2 ini seperti tidak perlukan pendidikan.  Pendidikan mahal kata mereka. Kalau aku membesarkan mereka dan mereka tidak mahu bekerja maka mereka terlihat seperti melawan menderhaka pada aku.  Ekonomi ini membuat banyak orang menjadi seperti itu. Bapa budak itu setiap malam keluar mencari rezeki. Kadang2 banyak dan selalunya sedikit.  Dan bila sedikit, hati marah melanda. Tugas siapa untuk berfikir bagi mereka ini?     

No comments:

Post a Comment