Semasa zaman PM Mahathir, percapaian informasi teknologi dan di antara frasa yang diperkenalkan adalah Electronik Government dan medikal assistant iaitu teknologi yang canggih membantu doktor untuk membuat satu2 pendekatan perubatan seperti pembedahan atau klinik membantu orang ramai tanpa perlu doktor hadir sesuatu tempat. Pencapaian ini bukan mudah tetapi memerlukan iltizam yang cukup tinggi dari kedua2 pihak iaitu Kerajaan dan orang ramai. Dari sudut kerajaan mungkin berdasarkan infrastruktur dan orang ramai dari penggunaaan dan penguasaan mereka. Tetapi paling penting adalah kepercayaan terhadap sistem yang perlu dibina ini.
Kalau dulu orang tidak percaya bahawa telefon akan menjadi kecil untuk dibawa kemana2 atau sistem perhubungan yang pantas seperti Skpe boleh berlaku. Kalau dulu orang tidak percaya kita dapat berkomunikasi dengan percuma walau kawan kita itu berada nun jauh di Barat.
Aku masih ingat tentang ketakutan beberapa kawan tentang FB dan mampu menyebabkan pengguna senang disihir. Atau jangan terlalu banyak meletak gambar nanti orang cuba manupulasi dan menyebabkan kita akan tertipu. Berapa banyak pengguna FB setelah fasa ini berlaku. Jika pengguna FB ini mengundi untuk popular pasti Mark Zuckerberg akan menjadi Presiden Dunia dengan pengguna yang melebihi dari 1.5 billion manusia di dalam dunia.
Ketidak percayaan kepada data menjadi bualan sekarang apabila ustaz2 berceramah memohon pengguna2 internet supaya jangan percaya dengan Lebai Google atau pencarian maklumat didalam internet. Kenapa perbualan ini masih berlaku sedangkan promosi penggunaan internet untuk medikal atau apa sahaja sekarang menggunakan internet untuk mencari jawapan. Penguna menjadi lebih senang dengan kehadiran internet yang berlambak informasi untuk sesiapa yang mahu mencari maklumat. Kalau mahu doktor di gebangkan supaya jangan merujuk kepada Doktor Google. Betul pada masa sekarang dan tidak betul pada masa akan datang. Akan datang maklumat dari Internet pasti diperlukan secepat mungkin dan boleh menyelamatkan nyawa pada masa itu.
Google adalah carian yang paling mudah. Kalau mahu apa sahaja cuma perlu taip dan semua maklumat keluar. Penyakit jantung dan cerita penyakit jantung akan berjela2 keluar dan ini amat membantu pengguna pada bila2 masa. Adakah perlu percaya dan tanpa rujuk kepada doktor yang terlatih? Maka misi penguna adalah mendapat maklumat sebanyak mungkin sebelum berjumpa dengan doktor. Ini lebih membantu. Maklumat tentang penyakit banyak ada di dalam internet dan hanya perlu pastikan web dari sumber2 yang betul.
Ceramah2 yang tidak dapat dihadiri juga boleh dicari didalam Youtube dan hanya membuat carian, taip dan semua ceramah akan keluar. Ustaz2 memerlukan internet lebih lagi dari pengguna untuk memastikan dakwah berlaku sekarang. Guna FB, instagram atau blog untuk menyampaikan maklumat. Banyak application yang membantu pengguna. Application Al Quran, azan, kejut tidur atau cara untuk bermekap. Adakah semua ini proses penggantian. Bukan masih perlu baca Al Quran dan berazan untuk melalui proses ini.
Orang yang selalu menggunakan internet untuk mencari maklumat agama pasti melalui frasa berjumpa dengan ustaz dan maklumat diterima tidak dihadam begitu sahaja kecuali diperiksa dan dibandingkan maklumat. Percayalah internet sudah banyak membantu dan bukan mencuri kerja ustaz untuk menidakan kerja2 dakwah. Bergandinglah dengan internet untuk menjadi lebih ke hadapan.
No comments:
Post a Comment