Yang selalu jengok

Sunday, May 23, 2010

Transpotter : Tukang Angkut


Sedang enjoy menonton cerita aksi yang tidak ketahuan. Berlaku di sekitar Euro dan melibatkan aksi kereta,kapal dan letupan. Kira boleh tonton je. Lakonan kurang memberansangkan tetapi aksi yang cukup sempurna tanpa cacat

Thursday, May 20, 2010

BETUL2 KEJAM

Baru khawin dan mahkamah menjatuhkan penjara satu bulan. Memang tak patut, tidak berperi kemanusiaan, tidak faham perihal kehidupan dan kejam. Kesalahan saya hanya khawin. Apa salah saya nak khawin. Kalau dipenjarakan bersama isteri mungkin saya tak bising macam ini. Saya akan berpiket, berdemo, menyatakan hak saya. Dipenjara walau baru khawin - Bung Mukhtar

Sunday, May 16, 2010

Betul2 Hor Liow


Sebagai pekerja bank selama 21 tahun, saya mengesahkan perkara ini adalah benar.

Dah muktamad.....


Keputusan P212 dan majoritinya adalah.........

Thomas milik China


Kalahkan Indonesia 3 - 0, China mengungguli Piala Thomas. Tahniah

P 212 - BN mula berkemas nak BALIK


Bila2 masa nanti dari sekarang 9.21 pm SPR akan mengumumkan kerusi Parlimen P212 Sibu jatuh ke tangan wakil DAP. Apabila keputusan lambat diumumkan maka simpulan cerita sudah boleh dibaca oleh penganalisa politik. Semua kotak undi sudah dikira dan Pakatan Rakyat sudah mendahului lebih dari 3000 undi. Hanya tinggal undi pos dan mengikut kiraan jika ditolak semua undi pos lebih dari 2000 undi, Pakatan Rakyat DAP masih di depan. Banyak janji dibuat oleh kerajaan belum tentu mendapat kemenangan. Salute untuk PERUBAHAN.

Saturday, May 15, 2010

Habis Duit Rakyat lagi


Semalam Ahmad Zubir diberhentikan terus dari memegang teraju utama di dalam Sime Darby Berhad. Dalam 2 tahun kebelakangan ini cerita Sime Darby semua penuh dengan warna2 penguasaan. Cerita tentang membeli IJN setahun lepas dan awalnya menjadi satu konglomerat yang terbesar dalam pertanian setelah bergabung dengan Guthrie Bhd. Sekarang GLC ini menghadapi masalah "cost overun" atau kos tanggungan yang terlebih untuk beberapa projek di dalam negara seperti Bakun Hydro dan luar negara Qatar. Duit yang mereka minta kepada kerajaan lebih RM450 juta tetapi semalam Tun Musa sebagai Pengerusi tidak mengumumkan kos yang terlebih itu untuk kerajaan tanggung yang sebenarnya mungkin mencecah RM1 billion. Duit pembayar cukai akan diambil untuk menampung Sime Darby. Sepatutnya Sime Darby berniaga apa yang mereka tahu iaitu PERTANIAN. Nak marah pun tak guna.

Asah Kapak


Bila pengurusan baru datang, kita akan mengalami satu kejutan kerana segala yang kita buat dulu tak diambil kira. Penilaian lebih tinggi dibuat dan menunjukan kita seperti tidak diperlukan lagi. Fenomena ini berlaku berulang2 di dalam hidup kita. Kita sendiri sebenarnya tidak berubah atau berada dalam suasana tidak terganggu (Comfort zone). Dalam buku Steven R Covey "7 habits of highly effective people" memberitahu satu dari habit yang kita patut ada adalah "sharpening your axe". Bagaimana hendak menajamkan pemikiran dan meningkatkan motivasi diri dengan konsep - tajamkan kapak. Mulakan dengan membaca, cari kerja lain (dengan ini kita memaksa diri untuk belajar), selalu bercakap dengan orang yang berjaya, cari hobi lain dan belajar benda baru.

Signal2 Mengoda


Rupa2nya lelaki tidak pandai memberi signal kepada perempuan yang disukainya. Mengikut study yang dibuat lelaki hanya ada 10 cara untuk mengoda atau memberi signal untuk pasangan mereka. Gerak geri ini telah memberikan satu macam kefahaman yang amat sangat kepada perempuan. Angkat kening, kenyit mata, senyum semacam dan rasanya lelaki lebih kurang itu je la yang mereka tahu untuk mengoda perempuan. Tetapi mengikut studi juga perempuan mempunyai lebih 50 gerakan tubuh untuk memberi tahu dia sedang mengoda lelaki. Bab ini selalunya lelaki gagal. Kat mana jual buku2 macam ni? Kalau tengah makan berdua, perempuan menolak dari disuap menandakan bahawa dia akan menguasai segala percakapan selepas itu. Kalau lelaki mungkin tak menolak untuk disuap dan tidak ada apa2 disebalik dia menerima makan tu, cuma nampak sangat GATAL.

My Name is Khan


Boleh enjoy layan cerita ni. It is a post 9/11 issue and relevant matter. Tiada lagu2 atas keretapi atau mengharapkan Shah Rukh Khan menyanyi lagu dalam filem. 161 minit bersama pelakon yang ada chemistry SRK dan Kajol. Mereka memberikan kita, Dilwale le Jayennge, Kuch Kuch Hota Hai, Khubi kushi Khabi Gham dan banyak lagi. Dan cerita ini memberi persepsi lain tentang hidup. Bush dan Obama seperti berlakun dalam MNIK. Cerita tentang seorang Autism berpenyakit Aspeger's syndrome berjalan jauh di dalam Amerika untuk menyampaikan mesej pada President Amerika "My name is Khan and I'm not a terrorist". Agak mengelirukan konsep beragama dalam filem ini dan memerlukan banyak pengetahuan untuk menonton jika bersama anak2.

Friday, May 14, 2010

Shutter Island by Martin Scorsese


Martin Scorsese tidak pernah mendukacitakan khalayaknya. Genre ganas, mafia dan sadis adalah tema utama Scorsese. Menonton cerita selama 138 minit memang memenatkan apabila kita sudah tahu akhir cerita. Walaupun cerita berkembang secara perlahan tetapi disebabkan jalan cerita diarahkan ke arah akhir maka penonton rasanya sudah mengetahui ini adalah cerita gila semata. Kira boleh tonton je la. Leonardo DiCaprio tidak pernah mengecewakan.

Cell 211


Kena layan cerita2 macam ni. Sebuah filem Sepanyol arahan Daniel Monzon. Bermula dengan kegembiraan mendapat kerja di sebuah penjara yang tiba2 berubah huru hara kerana banduan2 mengambil alih kekuasaan penjara. Cell 211 adalah sebuah kehidupan yang menukarkan. Seorang budak baik dan terlibat akhirnya bersama2 banduan kerana tidak sedar dan berada di cell 211. Perubahan watak dan berkembang secara semulajadi memang menarik. Hanya seorang pelakon perempuan dan filem ini untuk lelaki pastinya. Excellent film with very intense sequences.