Yang selalu jengok

Saturday, May 15, 2010

Asah Kapak


Bila pengurusan baru datang, kita akan mengalami satu kejutan kerana segala yang kita buat dulu tak diambil kira. Penilaian lebih tinggi dibuat dan menunjukan kita seperti tidak diperlukan lagi. Fenomena ini berlaku berulang2 di dalam hidup kita. Kita sendiri sebenarnya tidak berubah atau berada dalam suasana tidak terganggu (Comfort zone). Dalam buku Steven R Covey "7 habits of highly effective people" memberitahu satu dari habit yang kita patut ada adalah "sharpening your axe". Bagaimana hendak menajamkan pemikiran dan meningkatkan motivasi diri dengan konsep - tajamkan kapak. Mulakan dengan membaca, cari kerja lain (dengan ini kita memaksa diri untuk belajar), selalu bercakap dengan orang yang berjaya, cari hobi lain dan belajar benda baru.

No comments:

Post a Comment