Yang selalu jengok

Saturday, May 15, 2010

Habis Duit Rakyat lagi


Semalam Ahmad Zubir diberhentikan terus dari memegang teraju utama di dalam Sime Darby Berhad. Dalam 2 tahun kebelakangan ini cerita Sime Darby semua penuh dengan warna2 penguasaan. Cerita tentang membeli IJN setahun lepas dan awalnya menjadi satu konglomerat yang terbesar dalam pertanian setelah bergabung dengan Guthrie Bhd. Sekarang GLC ini menghadapi masalah "cost overun" atau kos tanggungan yang terlebih untuk beberapa projek di dalam negara seperti Bakun Hydro dan luar negara Qatar. Duit yang mereka minta kepada kerajaan lebih RM450 juta tetapi semalam Tun Musa sebagai Pengerusi tidak mengumumkan kos yang terlebih itu untuk kerajaan tanggung yang sebenarnya mungkin mencecah RM1 billion. Duit pembayar cukai akan diambil untuk menampung Sime Darby. Sepatutnya Sime Darby berniaga apa yang mereka tahu iaitu PERTANIAN. Nak marah pun tak guna.

No comments:

Post a Comment