Yang selalu jengok

Thursday, December 18, 2014

Bergerak ke Mina (Wajib Haji)

Malam sudah bergerak ke waktu pagi.  Aku dan isteri sampai ke Mina kira2 jam 2 pagi 10 Zulhijjah 1435.  Ihram masih dipakai dan larangan ihram masih berterusan. Aku dan isteri sudah berpisah mengikut khemah masing2.  Aku terus bergerak mengikut arahan ke arah khemah nombor 5.  Ini dinamakan kawasan untuk maktab 83. Aku menjenguk khemah dan terlihat kawan2 sebilik sudah berehat dan tidur dengan aman.  Aku mencari2 kawasan untuk tidur.  




Setiap kawasan dalam khemah sudah dipenuhi dengan bakal2 haji.  Aku berada di tempat paling sudut iaitu kawasan dimana orang akan mula2 masuk ke khemah yang besar ini.  Kawasan yang masih kosong adalah disebelah Roslan dan Wan Ikhwan.  Aku terus membuka hamparan berwarna hijau hadiah dari Pihak Jakim.  Ini akan menjadi lantai untuk aku sepanjang masa di Mina ini.  

Aku berjalan dan tiba2 tenggelam dalam kawasan untuk aku tidur. Kawasan untuk aku tidur ini seperti tenggelam di kawasan punggung ynag tidak rata.  Sakit kaki terpelecuk ketika itu terasa seperti di takik ketika main bola.  Pagi2 itu aku mengeluarkan minyak untuk berurut kaki.  

Bila2 masa nanti Subuh akan menjelma.  Subuh kira2 pukul 3.30 am di Mina.  Kira2 setengah jam aku sampai dan berada rasanya tempat tidur, Pak Cik Abdoll Hamid pula tiba dan aku pelik kerana beliau bagi aku berlepas lebih awal daripada Muzdhalifah tadi.  Satu kawasan yang seperti Arafah tadi tetapi kali ini mesti dimuatkan dengan 13 orang.  Pak Cik Abdoll Hamid terpaksa berada di tengah2 di antara kaki2 orang yang tidur. 



Tidur yang tidak berapa lena tapi terbuai kerana penat dari Arafah ke Muzdhalifah pada malam yang sama.  Subuh itu semua bangun dengan semangat yang paling baru.  Masih berihram dan menanti malam nanti untuk melontar Jamratul Aqabah dan bercukur untuk mendapat tahalul Awwal.  Ini bererti Ihram yang dipakai boleh dibuka dan larangan ihram tinggal hanya 3 sahaja iaitu bersetubuh dengan isteri, berkahwin/jadi saksi dan bersedap2 dengan isteri.

Hari itu terasa pendek kerana selepas Subuh, semua sudah kepenatan dan tidur menjadi terlalu enak untuk dilepaskan.  Aku tidur dan hanya terkejut bila makan tengahari sudah diberi kepada setiap khemah.  Aku sudah melengkapkan diri untuk mengurangkan makan di Mina ini.  Entah niat kenapa selera makan terus tertutup.  
Menunggu masa untuk bergerak
Semua solat dilakukan di Mina secara Jamak Tammam iaitu digabungkan solat zohor dan Asar dan dikerjakan sepenuhnya 4 rakaat setiap solat.  Solat Maghrib dan Isyak juga dijamak secara Tammam. Semua sudah bersedia untuk melontar selepas Jamak Maghrib dan Isyak.  Kami akan bergerak kira2 jam 8 malam dari khemah dengan bantuan petugas2 TH yang membawa sepanduk jika kami tersasar. 

Bergambar akhir sebelum membuka Ihram
Alhamdulillah perjalanan ke Jamratul Aqabah tersusun rapi walaupun 3 km jaraknya dari khemah. Tiada apa2 yang berlaku dan kami selamat sampai ke khemah kira2 jam 10.30 malam. Selepas itu semua bakal2 haji sibuk mencari orang untuk bercukur atau berngunting.  Aku dan Cikgu Azman sudah bersiap dengan hanya kain ihram yang dipakai tanpa kain atasnya.  Kami akan bercukur malam itu untuk melepaskan pakaian ihram dan larangan2 ihram selain dari yang dilarang.  

Alhamdulillah semua selesai kira2 jam 1 pagi dan penat aku hari itu terus membawa aku ke Subuh hari ke 2 di Mina.


Bermabit (bermalam) di Mina adalah satu syarat Wajib Haji. Melontar ketiga2 Jamrah (Aqabah, Wusta dan Syugra juga adalah Wajib Haji. Bagi yang mengikuti program Muassasah TH maka bermalam di Mina adalah bermalam tidur di kawasan Mina untuk 4 malam kecuali yang membuat Nafar Awal. Nafar awal hanya berada 3 malam di Mina dan melontar ketiga2 Jamrah 2 kali sahaja.

Bagi aku berada di Mina ini adalah cerita paling panjang boleh diberitahu.  Makanannya sahaja sudah boleh dibuat satu cerita.  Tandas atau tempat mandi juga boleh dicerita seperti 1001 cerita dan jualan sekitar Mina boleh mengalahkan cerita orang pergi Bandung.   Dan setiap cerita berbeza pada setiap orang kerana mengalami pengalaman yang berbeza pastinya.





Menurut bahasa Tahalul bererti ‘menjadi boleh’ atau ‘dihalalkan’. Dengan demikian Tahalul  ialah diperbolehkan, halal, keluar atau membebaskan diri daripada larangan atau pantangan Ihram dengan mencukur seluruh rambut di kepala atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi yang sedia botak, maka hendaklah sekadar melalukan pisau di atas kepalanya.
 .
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya kamu tetap memasuki Masjidil Haram (pada masa ditentukan) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya… .” (Surah Al-Fath, ayat 27)
Sudah Tahalul Awwal





Tuesday, December 16, 2014

Mabit di Muzdhalifah 9 Zulhijjah 1435 / 3 October 2014

Saya, Azman dan Ikhwan akan ke Muzdhalifah pada 9 Zulhijjah 
Setelah habis waktu wukuf iaitu waktu Maghrib di Arafah 9 Zulhijjah kami akan bergerak ke Muzdhalifah walaupun ia hanya sebentar sehingga separuh malam iaitu selepas waktu tengah malam di situ. Waktu tengah malam nanti kami akan bergerak pula ke Mina. Semua bersiap sedia untuk bergerak dan berkemas.  Semua sibuk berkemas hatta bebudak Arab yang ditugaskan menjaga khemah di Arafah juga berkemas membuka khemah2 di Arafah pada malam yang sama.  Ini adalah rutin tahunan mereka dan diberitahu bahawa bebudak ini sedang bercuti dan membantu Pihak Muassasah Arab Saudi di Khemah Arafah.  Sebelum bertolak kami telah bersolat Maghrib dan Isyak secara Jamak Tamam iaitu penuh 3 dan 4 rakaat.  Mengikut sunnah Nabi Muhamad SAW, beliau bersolat secara jamak takhir di Muzdhalifah. Disebabkan beberapa maslahah, aku bersolat secara jamak takdim di Arafah sebelum bertolak.

Di khemah utama, seorang petugas TH mengumumkan bakal2 haji untuk keluar dari khemah mengikut nombor2 bas yang telah diberi awal sebelum ke Arafah bermula di hotel di Mekah lagi. Jangan keluar dari khemah sehinga nombor sendiri dipanggil. Aku bernombor 23 dan beberapa rakan sebilik lebih awal iaitu bas nombor 20 dan 22.  Ia bukan satu perlumbaan untuk mendapat nombor yang awal tetapi bila kita awal pergerakan kita lebih cepat.

Nombor kami 23 sudah dipanggil dan beberapa kali juga seorang bakal Hajjah dipanggil namanya kerana suami sedang menunggu di bas nombor 22.  Hajjah ini kami jumpa di pintu pagar khemah di Arafah dan aku bertanya.  Dia memberitahu, dari semalam iaitu 8 Zulhijjah sehingga hendak bergerak ke Mina malam ini, dia masih tidak ketemui suaminya. Khemah antara lelaki dan perempuan memang diasingkan di Arafah untuk muassasah Tabung Haji.  Tetapi bakal2 haji akan mengambil inisiatif untuk mencari dikhemah2 perempuan dan sekarang dengan teknologi telefon perkara tidak bertemu susah untuk berlaku.  Untuk pengetahuan, aku juga tidak menggunakan khidmat telefon ketika di Mekah ini.  Tetapi Alhamdulillah pertemuan dengan isteri hampir berlaku setiap hari dengan syarat perjanjian yang kami mesti buat ketika sampai di mana2.

Berdua selamanya
Aku sudah awal sampai di Muzdhalifah iaitu kira2 9.00 malam di situ.  Aktiviti di sini adalah mengutip batu2 untuk melontar jamrah2 di Mina nanti.  Berapa jauh jarak antara Arafah dan Muzdhalifah ini?  Dekat sekitar 8 km sahaja dan kira2 10-15 minit sahaja dari Arafah dengan perjalanan bas.  Aku diberitahu bahawa kalau berjalan kami mungkin lebih awal. Tetapi itu dahulu ketika pergerakan bas terlalu banyak dan tidak terkawal.  Sekarang bakal2 Haji dari Asia seolah2 tidak bertemu dengan orang2 bangsa lain dan pergerakan bas lebih senang dan cepat sampai.  Di Muzdhalifah juga bakal2 Haji diasingkan mengikut negara2.  


Ketika sampai di Muzdhalifah, aku dan Nina terus bergerak ke tempat lapang dan melihat keliling jika ada yang ku kenal.  Semua seperti sudah penat dan duduk mengikut hati masing2,  Ada yang duduk beralaskan tikar ada yang duduk di tepi tandas dan ada yang bersiar2 melihat orang. Tandas2 disediakan dan bakal2 haji mengambil kesempatan untuk bersuci di situ.  Aku dan isteri mengutip batu2 untuk dilontar ketika di Mina nanti.  Aku mengambil keputusan untuk mengutip hanya 7 butir batu sahaja kerana aku mahu mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.  Pihak Muassasah Saudi sudah mengambil persediaan bagi bakal2 haji untuk mengutip batu di Muzdhalifah.  Seperti bukit kecil batu2 kecil berada di tanah lapang Muzdhalifah untuk dikutip oleh bakal2 haji disediakan. Selesai mengutip batu kami terus berehat dengan membentang tikar sponsor dari Tabung Haji.

Berada di Muzdhalifah adalah satu syarat Wajib Haji.  Jika ditinggalkan secara sengaja, ia adalah dosa dan dikenakan dam.  Amalan sunat disini adalah bertalbiah dan amalan2 sunat lain seperti di bawah.  

Amalan-Amalan Sunat


  1. Berdoa
  2. Berzikir
  3. Solat Sunat
  4. Mengutip anak-anak batu untuk ibadah melontar di Mina nanti.
 Pengecualian Mabit Jika Uzur
  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa


  1. Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., dia berkata, "Rasulullah saw. bergerak dari Arafah dan ketika sampai di Sya`b beliau turun dari kendaraannya lalu buang air kecil, setelah itu beliau berwhuduk, lalu saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita salat sekarang, wahai Rasulullah!" Beliau menjawab, "Nanti solat di depan." Beliau naik kendaraannya lagi. Ketika sampai di Muzdalifah, beliau turun lalu berwudu' dengan sempurna kemudian iqamah untuk solat dan dilanjutkan dengan s0lat Maghrib. Lalu semua orang mendudukkan untanya di tempat masing-masing, kemudian iqamah untuk solat Isyak lalu beliau solat Isyak. Beliau tidak solat sunat di antara dua solat tersebut."
Allah berfirman:
فإذا أفضتم من عرفات فاذكروا الله عند المشعر الحرام واذكروه كما هداكم، وإن كنتم من قبله لمن الضالين

Ertinya, "Apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masyaril haram(Masyair Haram).Berzikirlah dengan menyebut Allah sebagaimana yang Dia tunjukkan kepadamu. Sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. "
Disunnahkan memperbanyakkan talbiah di setiap tempat, ini termasuk sunah muakkad, memperbanyak membaca Alquran, memperbanyak berdoa. Disunnahkan untuk berdoa:
  
Suasana menunggu bas untuk ke Mina pula
Setelah masuk waktu separuh malam iaitu selepas pukul 11.53 pm, pergerakan ke Mina pula bermula. Kali ini tanpa berdasarkan nombor bas yang diberikan tadi, bakal2 haji terus beratur untuk mendapatkan bas terus ke Mina.  Pembesar suara memberitahu sesiapa yang mahu bergerak boleh beratur di tempat belakang kawasan Muzdhalifah itu untuk menunggu bas.  Aku teruskan duduk tetapi mengalih kawasan memandang ke arah belakang kawasan,  Aku cuba2 juga untuk beratur pada awalnya tetapi disebabkan rasa tak berapa seronok melihat orang tua beratur dan ini pasti memberikan tekanan kerana tidak tahu berapa lama akan beratur. 

Aku memberitahu Nina untuk bersabar dan biar yang tua mendahului kita kerana tempat duduk kita di Mina telah tersedia dan tidak perlu berebut2. Aku bergerak ke belakang selepas beratur itu dan terlihat tikar yang terbiar kerana tuan punya tikar sudah naik bas untuk ke Mina.  Aku bentangkan tikar yang besar itu sambil berehat baring melihat ramai yang beratur.  Kira2 2 am baru suasana tenang dan kawan sebilik aku, Hj Ikhwan memberitahu di sebelah kanan dimana bakal2 haji dipanggil mengikut nombor2 bas yang awal tadi.  Nombor 22, 23 dan 24 boleh beratur untuk bas yang selanjutnya.  Aku bergegas dengan Nina untuk bersama beratur kerana kali ini beratur yang pasti untuk ke Mina.

Sunday, December 14, 2014

Wukuf di Arafah 9 Zulhijjah 1435 / 3 Oktober 2014

Hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah 1435 bersamaan 3 Oktober 2014 bersamaan juga Hari Jumaat di Arab Saudi.  Hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar 1435.  Ulangan berlakunya Haji Akbar adalah sekitar 8 - 10 tahun.  Aku bersyukur kerana menjadi sebahagian dari bakal2 Haji 1435 yang berhaji Akbar InshaAllah.


Sebuah khemah di Arafah dimuatkan sebanyak 10 orang dan khemah bersambung bersama dengan khemah2 lain dan apabila dibuka khemah sekeliling ia menjadi satu khemah yang besar yang boleh dilihat dari khemah hujung ke hujung khemah yang lain.  Ia seolah2 satu padang yang dipenuhi dengan orang yang berpakaian ihram.  Tiada kipas tiada aircond.  Ia seolah2 padang mahsyar dimana semua orang adalah sama sebagai hamba Allah.



Waktu tiba dari Mekah tadi, aku mengemaskan tempat untuk aku berehat.  Hari ini hari Khamis dan kami akan tidur semalam di Arafah dan berwukuf sehingga maghrib dan akan bergerak ke Muzdhalifah. Sambil menunggu itu kami diberi bungkusan makanan yang didalamnya ada bungkusan kopi, teh, gula dan 'creamer'. Diselit juga sebungkus maggi goreng untuk makan tengahari itu.  Air panas disediakan diluar khemah paling hujung dan berkongsi dengan bakal2 haji wanita. 

Tempat air panas di Arafah
Suasana panas dan berdebu di Arafah seperti tidak mengganggu urusan kami.  Kami berdoa supaya bertemu dengan hari Wukuf esok.  Makan menjadi tidak penting bagi aku.  Hari Wukuf adalah maha penting bagi aku. Kesihatan diri masih bagus.  Aku tidur bersebelahan dengan Dr Tazli (pensyarah) dan Meor Bukhari - orang Kuala Kangsar. Mereka tidak sebilik tetapi kami cepat mesra kerana aku duduk bersebelahan mereka ketika dalam kapal terbang masa ke Mekah hari itu. Suasana malam di sini kering tetapi berangin.  Aku merenung jauh melihat kembali diri sendiri.  Jadi terlalu kecil dan pipi aku mengalir air mata mengenangkan dosa2 lampau.  Malam itu panjang bagi aku. 

Tempat mandi dan mengambil air sembahyang di Arafah

Setelah solat Suboh, baharu aku mandi.  Walaupun tandas yang disediakan lebih kurang 24 buah dengan bakal2 haji yang lebih dari 6000 orang tetapi keadaan di tandas tidak menyesakkan.  Kaum lelaki tahu untuk mencari waktu untuk bersuci dan tidak bersesak2.  Cuaca sudah kembali panas. Hari ini 9 Zulhijjah dan selepas Zohor nanti waktu Wukuf akan bermula sehingga Subuh 10 Zulhijjah. Kami di dalam khemah bertalbiah, berzikir dan mendengar ceramah yang dibuat dari khemah utama yang dijadikan surau. Aku diberitahu TH bahawa Dato' Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjaga bahagian agama akan berkhutbah dari maktab kami.  TV AlHijrah sudah mengumumkan tentang penayangan secara lansung terus ke Malaysia akan dibuat.  Sesiapa yang cepat berada di surau kemungkinan boleh masuk TV.  Surau itu hanya boleh memuatkan sekitar 200 orang. Kami dalam maktab 83, 86 dan 90 ada lebih kurang 3000 orang. 

Khutbah Arafah dimulakan oleh Dato' Seri Jamil Khir dan ditengah2 dengan doa dan bila waktu Zohor bermula dengan azan tetapi khutbah diteruskan ketika azan itu. Ini adalah salah satu adab khutbah Arafah.  Bila penghujung khutbah, Dato' Seri Jamil membaca doa dan sesiapa yang mendengar pasti mengalirkan air mata.  Aku berada dihujung khemah pun turut haru mendengar khutbah pada hari itu.  Semua bidai khemah dibuka untuk menyambungkan saf sehingga ke surau. Selepas itu kita bersolat zohor dan Asar secara Jamak Tammam (iaitu penuh untuk Zohor dan Asar 4 rakaat).  

Selepas itu bermulalah kami keluar dari khemah masing2.  Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW akan berdoa di Arafah dalam keadaan mengangkat tangan tinggi sehingga menampakkan ketiak baginda, Subhanallah kalau kita tahu beberapa tempat yang afdal berdoa, masa yang paling afdal dan waktu yang paling afdal, maka di Arafah ini adalah paling afdal, waktu selepas Asar dan sebelum Maghrib. Peluang ini datang hanya setahun sekali dan kemungkinan seumur hidup sekali sahaja.

Aku mencari isteri di khemah dan memanggil untuk keluar selepas waktu Asar nanti.  Kami membawa payung kerana suasana panas dan kering.  Kami dapat duduk di hujung khemah dan mengadap ke Kiblat.  Duduklah kami berdoa dan mengambil masa yang lama berdoa dan berdoa. Sahabat2 yang mengirim doa juga kami turut mendoakan.  Kami mengalirkan air mata dan berhenti dan bersambung menangis bila menyambung kembali.  Aku berhenti meluangkan peluang untuk isteri berdoa dan aku menangis dengan doanya. Aku pula berdoa dan diaminkan oleh isteri juga dengan lelehan air mata.  Air mata ini bukan aku simpan untuk hari ini tetapi ia keluar seolah2 tidak pernah keluar. Berdoalah pasti Allah kabulkan.  

Di sini khemah isteri 
  



Saturday, December 13, 2014

Bergerak ke Arafah 8 Zulhijjah 1435

Berdua ke Arafah

Sabda Rasullullah SAW yang direkod oleh Imam An Nasai

"Haji itu adalah hari Arafah, sesiapa yang sempat berwukuf pada malam Arafah sehingga terbitnya fajar maka dia telah menunaikan ibadah Haji"

Wukuf di Arafah ini tidak boleh diganti atau diupah orang kecuali memang melakukan Haji Badal iaitu mengambil upah melakukan haji untuk seseorang.  Itupun yang mengambil upah mesti berada di Arafah untuk berwukuf.

Setiba kami dahulu di Mekah, kami telah mendengar tentang taklimat untuk berwukuf, Pergerakan ini menjadi maha penting kerana rukun haji dan wajib haji akan dilakukan dalam perjalanan musafir di Arafah, Muzdhalifah dan Mina iaitu satu kawasan penting di dalam pergerakan Haji.


Semua bakal2 haji akan digerakkan ke Arafah pada hari yang sama dan cuba fikirkan, bakal2 haji yang dari Malaysia sekitar 22,000 orang ini akan digerakkan ke tempat yang sama. Dan cuba fikir lagi tentang bukan hanya bakal2 haji Malaysia tetapi seluruh dunia.  Lebih kurang 4.5 juta orang akan bergerak ke tempat yang sama.  Bahagian ini kita kena kagum/hormat dengan pihak Muassasah Arab Saudi yang memastikan pergerakan tepat dan tidak tersekat atau mengalami masalah.  (Muassasah Arab Saudi adalah pengelola urusan haji pada musim Haji)

Peta pergerakan 

Beberapa notis ditampal di pintu lif.  Kami yang berada di tingkat 5 diberitahu untuk turun pada pukul 11 am.  Ini adalah arahan yang perlu diikut kerana di Hotel Abraj ada 15 tingkat dan lebih dari 6,000 bakal haji.  Kalau arahan ini tidak dipatuhi, maka pergerakan bakal2 haji di tingkat P (tempat bas menunggu) akan padat dan sukar bergerak kerana penuh.

Kira2 pukul 10 am, kami dikejutkan dengan arahan untuk turun bagi tingkat 5.  Aku yang masih belum bersiap dengan Ihram dan agak kelam kabut dengan  arahan itu.  Seorang kawan sebilik, Abd Hamid sudah bersiap2 untuk turun bersama isteri.  Abd Hamid memang diketahui bersiap awal dalam keadaan apa sekali pun.  Abd Hamid pernah bercerita ketika 9/9/14 dahulu ketika tarikh untuk ke Mekah dahulu yang diminta datang awal di TH Kelana Jaya, beliau telah berada di Kelana Jaya hatta sebelum Maghrib lagi.  Aku hanya hadir di Kelana Jaya pada pukul 10 malam.  

Aku tenangkan fikiran dan berfikir bahawa ini adalah persediaan sahaja untuk menunggu pukul 11 am seperti arahan yang pertama.  Aku mandi dan berihram dan sempat menyempurnakan solat sunat Ihram.  Bagi yang melakukan Haji Tamattuk, niat Haji dilakukan di dalam bilik hotel sahaja. Disebabkan ini bakal2 Haji yang melakukan Haji Tamattuk dikenakan dam kerana tidak berniat di Miqat.  Niat untuk Haji juga aku lakukan dan larangan ihram pun bermula.  Hampir kesemua kawan sebilik sudah turun ke tingkat P.  Sekarang sudah pukul 10.30 am dan aku memanggil isteri yang hanya duduk bersebelahan bilik sahaja.  Dia juga lewat kerana melihat arahan yang awal tadi.  

Sesampai sahaja kami di Tingkat P, aku melihat masih ramai yang beratur.  Betul ramai kerana aku berada ditingkat 5 dan masih ada 10 tingkat yang akan bergerak selepas aku nanti.  Aku melihat kawan2 sebilik juga masih ada beratur tetapi bersama tag bernombor.  Aku ke hadapan dan diberitahu oleh petugas TH bahawa nombor sudah habis untuk bas 20, 21 dan 22.  

Aku faham bahawa setiap bakal2 haji yang beratur mereka akan diberikan nombor tag dan nombor tag ini mesti dipastikan sama dengan pergerakan bas nanti.  Ini boleh membantu bakal2 haji untuk memastikan pergerakan dengan bas yang sama dan tidak tersasar (Aku meminjam ayat TH bahawa bakal2 haji bukan tersesat tetapi tersasar).

Kawan sebilik aku, Abd Hamid telah bergerak lebih awal dan aku lansung tidak bertembung dengan beliau di Tingkat P itu.  Setelah yang bernombor tag 20 dan 21 bergerak, aku diberi tag bertali bernombor 23.  Aku diberitahu bahawa dengan nombor tag itu pergerakan yang dinamakan masyair ini akan seterusnya dengan nombor 23.


Kami diberitahu bahawa perjalanan pada pagi itu senang kerana tiada kesesakan dan hanya memerlukan kurang dari sejam untuk sampai dan bergerak kembali ke Hotel.  10 bas digunakan untuk ke Arafah dan bas yang sama datang mengambil bakal2 haji seramai 6000 orang di Hotel Abraj itu.  Kesemua bas2 itu bertanda dengan nombor untuk maktab di Hotel Abraj iaitu Maktab 83, 86 dan 90.

Tidak sampai 45 minit kami sudah sampai di Arafah. Aku bergerak ke khemah isteri untuk memastikan khemah isteri di mana.  dan aku bergerak ke khemah aku.  Waktu Zohor 8 Zulhijjah 1435 belum masuk aku sudah sampai ke Arafah.  InshaAllah aku akan berada di sini sepanjang malam dan sehingga Wukuf esok 9 Zulhijjah 1435.

Bakal2 Haji dalam satu khemah  


Sunday, December 7, 2014

Solat di Dataran Kaabah



Aku sudah bertekad untuk bersolat di dataran Kaabah.  Dalam keadaan bulan2 haji untuk bersolat wajib di dataran Kaabah memerlukan kesabaran 300%.  Kita orang Malaysia mempunyai saiz badan yang kecil dan selalunya tidak mampu berada lama di dataran Kaabah kecuali ketika bertawaf.  Aku dan Cikgu Azman bertekad.  Percubaan untuk solat di dataran Kaabah ini tidak pernah gagal tetapi pilihan untuk berada di saf2 utama satu atau ke 2 dari imam Masjidil Haram lebih diigau2kan kami.

Bersama Cikgu Azman di Dataran Kaabah

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah:
"Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba."(Riwayat Bukhari).

Hari ini 11/9/2014 adalah hari ke 2 kami di Mekah.  Sebelum solat Isyak pada hari itu, kami bertawaf sunat sambil menunggu Isyak.  Pusingan2 di dataran kami selesai satu persatu sehingga waktu azan pun sampai.  Kami akan berhenti pada di antara tawaf dan disitu kami kena pastikan bahawa sususan saf sudah bermula.  Polis2 dan pengawal masjidil Haram akan memastikan beberapa saf sudah terbina. Kali itu kami berada di sebelah Hijr Ismail iaitu seperti ladam kuda di dataran Kaabah. Kami berdiri dan hanya berdiri menunggu waktu iqamah.  Alhamdulillah kami dapat bersolat Isyak hampir dengan imam dan kami saksikan Imam bersolat sunat Kabliah di dalam Hijr Ismail.  Selepas solat Imam akan bergerak ke tengah2 antara multazam dan Hijr Ismail dan mengimamkan solat isyak pada hari itu.



Suboh esoknya 12/9/2014, kami sekali lagi mencuba tetapi lebih nekad untuk berada dibelakang imam.  Waktu kami sampai ke Dataran Kaabah, azan pagi pertama (bukan azan Suboh) belum dilaungkan lagi. Kami terus berniat sunat tawaf dan bergerak untuk bertawaf.  Kemungkinan hanya 2 pusingan tawaf, laungan azan pertama kedengaran.  Ini adalah satu petanda bahawa saf2 akan terbina. Seorang petugas haji dari Indonesia, menarik tangan aku untuk membuat saf dan aku memaut tangan Cikgu Azman untuk sama membuat saf.  Kami berdiri seolah2 ingin terus bersolat tetapi ini bukan azan Suboh dan azan suboh hanya sejam dari waktu kami berdiri itu.  Kami hanya boleh duduk jika polis2 di Kaabah itu menyuruh kami duduk.


Si kerdil yang sentiasa berada di Saf pertama
Sebelum pembinaan saf dibuat beberapa pencuci dan pengawal masjid akan memastikan kawasan saf di antara Hajarul Aswad dan Hijr Ismail dikosongkan.  Sebanyak 2 saf dikosongkan.  Tiada orang yang boleh hampir ke Kaabah pada ketika itu pada sudut itu.  Kawasan itu dibersihkan dan diletakkan penyejuk udara.  Permaidani dibentang dan Imam akan hadir dengan kawalan polis masuk bersolat sunat di dalam Hijr Ismail yang juga telah dikosongkan untuk memberi peluang imam bersolat sunat Kabliah. Semasa itu tawaf masih berterusan dan kami hanya berdiri menunggu azan suboh yang akan dilaungkan sejam lagi.  Kira2 setengah jam sebelum waktu Suboh, polis2 Kaabah menyuruh kami duduk dimana kami berdiri. Dan kami hanya duduk menanti apa yang akan berlaku sambil memperbanyakkan doa dan berzikir.

Kawasan imam dipastikan kosong 
Apa yang aku perhatikan, barisan pertama saf itu dipenuhi oleh orang2 yang kemungkinan hampir sama. Mereka boleh bergurau dan beberapa orang membawa kurma dan dibahagikan .  Air zam2 juga diberi untuk barisan pertama dan kedua.  Aku yang berada di barisan ke2 juga mendapat apa yang barisan pertama dapat.  Mereka bercerita dan terselit salah seorang di dalam barisan pertama itu seorang yang kerdil.  Petugas Haji Indonesia itu memberitahu yang kerdil itu hampir setiap hari berada di saf pertama.  Setelah kawasan itu kosong, dia akan berlari ke Hajarul Aswad untuk menciumnya.  Dan polis2 di Kaabah itu akan membiarkan aksi si kerdil itu.

Kami berdoa dan bersyukur dikurniakan masa dan berada di saf berdekatan dengan imam.  Selesai solat, Imam akan bergerak ke belakang dan solat jenazah dilakukan di kawasan belakang.  dan percayalah di sinilah dimana Imam berada dibelakang jemaah untuk solat.  Kami solat jenazah ditempat kami berdiri dengan berimamkan Imam dibelakang.

Gambar diambil dari FB Imam Baru Masjidil Haram




Tuesday, November 25, 2014

Umrah Musim Haji


Nak buat umrah sunat pada waktu2 musim haji memang tak digalakkan oleh Tabung Haji (TH). Bukan sebab tak bagi tetapi memberitahu bahawa perkara rukun haji atau wajib Haji lebih utama pada ketika musim haji.  Tetapi ini tidak boleh dikategorikan sebagai satu arahan wajib.  Bakal2 haji masih boleh mengerjakan umrah sunat sementara menunggu waktu wukuf nanti.  Selepas berjaya mengerjakan haji juga boleh melakukan umrah sementara menunggu waktu untuk ke Madinah Al Munawwarah.

Bakal2 Haji aku galakkan untuk bertekad dan bercita-cita untuk membuat umrah sunat ketika menunggu waktu wukuf.  Kalau ada yang dah biasa pergi umrah mungkin pasti tahu bahawa dalam waktu yang singkat bermusafir sekitar 8 hingga 12 hari di Madinah dan Mekah, musafir ini akan berjaya membuat umrah sekitar 3 atau 5 kali.  Pertama adalah Umrah wajib iaitu ketika sampai dan selepas itu berniat di miqat Tanaem, berniat miqat di Hudaibiah dan akhirnya selalu di Ja'ranah.  Ini biasa dan kebanyakan orang yang pergi umrah faham.  Berapa lama satu umrah selalunya orang lakukan?  Ada yang berkata selama 2 jam, ada yang beritahu 4 jam dan ada yang pernah membuat sehingga 6 jam.
Di perkarangan Masjid Aishah, Tanaem
Isunya kenapa ketika umrah bukan dalam musim haji proses ini dikatakan mudah dan yang pergi mencari peluang dan ada masa pasti dipenuhkan.  Sebab utama adalah mudahnya umrah itu. Perbezaan antara umrah dan haji pada rukun adalah Tiada Wukuf di Arafah.  Wajib Haji juga seperti bermalam di Muzdhalifah, Mabit di Mina dan melontar ketiga2 jamrah juga tidak ada.  Maka selesai bersaie, mereka bertahlul dengan mengunting atau mencukur rambut maka satu umrah telah mereka dapat.


Aku akan berada di Mekah lebih kurang 35 hari dan tolak 6 hari ke Arafah/Muzdhalifah dan Mina mungkin aku akan ada lebih kurang 29 hari.  Lama dan tekad mesti dibuat dalam hati.  Berapa kali umrah boleh dilakukan sepanjang waktu itu.  Aku duduk berkawan dengan rakan sebilik dan aku mahu semua rakan2 sebilik dapat bersama aku untuk mengerjakan umrah sunat.   Aku bercerita tentang berniat di Ja'ranah, tentang Masjid Aishah dan juga di Hudaibiah.  Ini semua adalah tempat2 miqat di luar Mekah.  Yang paling dekat adalah Tanaem dan paling jauh adalah di Ja'ranah.  Kalau yang datang dari Madinah maka di Bir Ali mereka akan berniat umrah. 

Kenapa TH tak menggalakkan mengerjakan umrah sebelum waktu wukuf disebabkan bagi aku beberapa perkara:-

1. Kesihatan bakal2 haji perlu dijaga kerana kebanyakan yang datang Haji ini tekadnya adalah Haji.  Umrah atau haji memerlukan kederat seperti bertawaf 7 pusing Kaabaha, melakukan saie 7 dari Safa ke Marwah dan ini melibatkan sekitar 7 km sekali umrah.  Ini juga tertakluk dengan bertawaf di tingkat satu, dataran atau di tingkat paling atas sekitar 800 meter satu pusing 800 x 7 = 5.6 km

2. Kehadiran bakal2 haji yang meningkat juga boleh menyebabkan penyakit senang tersebar.  Bakal2 haji kena memastikan kesihatan berada pada tahap yang tertinggi untuk berwukuf nanti.

3. Dan bagi aku juga kehadiran yang semakin meningkat sehingga hari wukuf juga perlu dilihat sebagai memberi peluang kepada yang hadir untuk mengerjakan tawaf dan saie jika mengerjakan Haji Tamattuk.  Tawaaf qudum untuk selamat datang juga boleh menyebabkan Masjidil Haram penuh dengan orang.  Memberi peluang ini adalah moral dan sifat baik mesti ada dalam hati bakal2 haji.  Aku adalah dari KT 34 dan selepas aku ada 30 kumpulan lagi yang akan masuk.  Semua kena bertawaf ketika masuk dan aku hanya bercerita tentang bakal2 haji dari Malaysia sahaja.  Kalau dicampur dengan bakal2 haji dari seluruh dunia maka moral memberi laluan ini perlu sangat.

Beberapa perkara perlu dibincang sebelum melakukan umrah ketika musim haji ini.  Perkara2 tersebut adalah bermiqat di mana, masa melakukan dan berapa orang yang terlibat?

Ketika awal sampai iaitu 10/9/2014 iaitu ada 22 hari lagi untuk berwukuf, aku sudah berkira2 untuk melakukan umrah sunat bersama2 dengan sahabat2 sebilik.  Kami berjaya bersama untuk melakukan umrah sunat melalui miqat di Tanaem dan Jaa'ranah.

Masa yang paling sesuai ketika musim haji adalah sebelum Subuh berniat di Miqat.  Bila sampai di Masjidil Haram, kita sudah boleh melakukan tawaf sementara menunggu Subuh dan kalau lebih awal boleh melakukan saie dan bila subuh sampai, umrah kita sudah selesai.  Masa yang sesuai juga adalah pada waktu tengah malam.  Pergerakan di Tanaem juga dilakukan sekitar pukul 9 malam dan van2 disediakan di Hotel Abraj untuk sesiapa yang mahu melakukan umrah.  Pembayaran adalah SR10 untuk perjalanan pergi balik Masjid Aishah ke Masjidil Haram.

Jemaah umrah juga penting untuk memastikan van yang menunggu terus berjalan kerana pemandu2 van Arab ini selalunya tidak akan bergerak kalau van tidak penuh.  Dan proses menunggu ini boleh menyebabkan kadang2 terlewat lebih dari 30 minit.  Jalan ke Tanaem sekitar 10 km juga kadang2 boleh sesak dan melewatkan.

Bermiqat di Ja'aranah dan Hudaibiah diselenggarakan dengan hari melawat2 sekitar Mekah.  Bakal2 Haji dikenakan bayaran SR25 untuk lawatan ini dan digalakkan untuk memakai ihram terus dari Hotel dan selalunya selesai melawat waktu sudah menunjuk waktu Zohor sudah hampir.  Yang mahu membuat umrah kadang2 menunda untuk bertawaf kerana terlalu panas.  Umrah yang tertunda ini dilakukan kemudian pada waktu selepas Asar nanti.

Pintu Masjidil Haram di King Abdul Aziz
Dan yang paling penting bagi aku bila van menghantar dari Masjid Aishah Tanaem ini mesti terus ke pintu King Abdul Aziz kerana dari situ, perjalanan ke dataran Kaabah sudah hampir dan membantu mengurangkan masa perjalanan.  Aku akan cuba berbaik dengan pemandu van dan bercakap Arab semampu boleh untuk mereka membawa aku ke pintu ini.

Pastikan isteri2 juga ikut untuk meraikan umrah sunat bersama kerana belum tentu kita dapat melakukan pada masa2 akan datang bersama.  InshaAllah





Monday, November 24, 2014

Sarapan di Mekah

Sarapan pertama di Makkahatul Mukarramah
Makan penting untuk beribadat. Dan pemakanan paling penting untuk kita adalah sarapan. Jangan tinggal sarapan kerana sarapan menentukan pergerakan diri kita untuk seharian. Tidak ada sarapan memungkinkan kita letih seharian.  Persediaan untuk berwukuf di Arafah juga bukan sekadar batin, fizikal dan mental, yang paling penting juga adalah pemakanan. Aku sudah mula menukar selera makan atau menambah pemakanan kepada yang satu ini. Ia paling cepat dibuat dan paling sedap aku rasa ketika di Mekah. Harga SR3 sebungkus. Mahal tapi keadaan ramai bakal2 haji memungkinkan harga menjadi biasa untuk kami. Bakal2 haji yang bermuassasah dengan Tabung Haji (TH) tidak dibekalkan dengan sarapan. Kadang2 aku jadikan Indo Mie ini sajian pagi aku. Cerita makan Indo Mie berjangkit sehingga kami berada di Madinah juga.  Hendak dapat yang murah pergilah beli di Bin Dawood (pasaraya yang terkenal di Mekah dan Madinah) harga SR2.50


Perangai lama aku juga masih tidak berubah. Aku akan makan sesuatu yang aku suka sehingga aku rasa muak dan mungkin aku tak akan makan lagi. Setiap pagi aku akan ke kedai pakistan di lereng sebelah hotel dan makan roti bertampal telor. Roti telor SR3 ini garing dan aku taburkan madu Yaman sebagai kuah. Kuah tidak disediakan. Kuah dijual dengan kadar SR6 untuk kuah dal atau kuah daging. Orang akan berpusu2 untuk bersarapan dan disebabkan ramai pembeli kenaikan harga yang melampau menjadi tidak pelik. Dan roti telor ini aku berhenti makan rasa2 setelah makan lebih dari 20 hari di Mekah. Selepas itu aku mula makan nasi goreng atau mee hoon goreng untuk sarapan dan diselang-seli dengan Indo Mie.

Ini adalah restoran di tepi Hotel Janadriyah
Di dalam hotel Abraj juga disediakan cafe menjual makanan.  Baik untuk sarapan atau benda2 lain kerana mungkin selera berubah selain makanan yang disedikan oleh TH.  Tempat makan tidak banyak, Kebanyakan bakal2 haji akan sarapan di kawasan duduk di depan farmasi, di bilik atau diluar bilik dengan membentang hamparan yang disponsor oleh TH. Ada pasangan yang sangat romantik akan makan di luar bilik bersama.  

Ini kawasan makan kami di bilik 524, Abraj Janadriyah
Jangan bimbang takut tidak bersarapan.  Ketika musim haji, sarapan pagi berada di mana2. Di sekitar hotel Abraj Janadriyah juga banyak dijual.  Penjual2 dari Selatan Thailand banyak menjual hatta nasi kerabu pun ada.  Suasana pagi juga sangat sibuk dengan jualan sarapan.  Bakal2 haji tidak digalakkan untuk makan makanan yang dijual ditepi2 jalan disebabkan kebersihan yang tidak terjamin.  Tapi aku masih melanggar arus ini, sebab ada makanan2 yang tidak di jual di Cafe di Hotel.  Berdoa selalu supaya tidak sakit perut atau sebagainya.  Alhamdulillah sepanjang pekerjaan haji selama 45 hari, perut aku ini tidak mengganggu ibadat.  Syukur yang amat kepada Allah SWT.



Bukan hanya sarapan ada di waktu pagi - macam2 ada

Sunday, November 23, 2014

Kawan2 sebilik 524 Mekah dan 801 Madinah

Kawan2 sebilik saya di Mekah dan Madinah.  Berada di Mekah Hotel Abraj Janadriyah di Saab Ameir dan Hotel AL Haram, Madinah.


Abdul Aziz Yahaya, duduk di Kg Medan, Petaling Jaya


Alzari Sulaiman, duduk di Puchong Perdana


Azman Ali, duduk di Sabak Bernam


Abdoll Hamid Darus, duduk di Shah Alam


Wan Ikhwan Wan Ismail, duduk di Ara Damansara