Yang selalu jengok

Sunday, May 23, 2010

Cerita Duit Rakyat


Tun Musa membuka banyak cerita tentang Sime Darby Bhd dan kenapa berlaku kerugian melibatkan lebih dari RM1.6 billion. Kerugian disebabkan 'cost overrun' untuk bakun yang menurut Tun Musa berlaku sebelum dia jadi Pengerusi Sime Darby lagi iaitu 2002. Dalam blog Chedet, Tun Mahathir bercerita tentang kerajaan sepatutnya memikirkan tentang besarnya projek Bakun di Sarawak dan kemampuan membekal tenaga lebih sehingga ke Semenanjung Malaysia. Dan dia mengatakan kos tinggi untuk membekal tenaga melalui jalan laut bawah tanah memang tidak pernah dibuat oleh orang. Dia juga mempertikaikan tentang kesediaan Sime Darby mengambil alih projek dari Tan Pek King dengan harga RM1.6 billion dan membayar Tan Pek King sebanyak RM600 juta. Kos yang terlalu rendah untuk menampung projek Bakun memang tidak masuk akal menurut Tun Mahathir. salah satu sebab Sime Darby rugi disebabkan ketidakupaya memikirkan tentang kos tinggi diatas Bakun berlaku. Apalah sangat kita rakyat tahu semua cerita juta2 dan billion ni. Habis duit rakyat dah pasti. Bakun ini pula adalah projek besar masa pemerintahan Tun Mahathir. Kenapa sekarang Tun Mahathir mengatakan projek ini tidak masuk akal.

2 comments: