Yang selalu jengok

Wednesday, June 30, 2010

Shahidan Strike Back !!!!!


40 ulama masuk UMNO secara serentak memang mengkagumkan. Tiada persoalan tahap pendidikan, taraf pendakwah Islam agak subjektif. Hendak mengumpul 40 atau lebih dalam satu majlis tidak menimbulkan sebarang kesusahan. Majlis harijadi yang kecil kadang2 boleh lebih dari 40 orang. Tetapi ia akan menjadi pelik bila ada ayng mengatakan tertipu untuk hadir. Majlis yang sepatutnya dihadiri bentuk lain terus bertukar menjadi tempat menyerah borang jadi ahli. Taktik ini sudah lama berlaku dalam politik. Pengakuan yang akhirnya pecah selain itu boleh menjadi duri dalam daging kepada penganjur. Shahidan memang sudah tenggelam dan cuba menjadi majlis penyerahan borang UMNO sebagai galang ganti agak radikal dan pasti dia akan terus tenggelam.

Judi, Judi I luv You - The Beatles


Ascot Sport memang sepatutnya marah. Setelah bersedia dari awal tahun dengan pekerja lebih 100 orang pekerja nampak macam rundingan cara belakang dan pasti akan dapat. Bukan hanya World Cup ingin ditaruhkan tetapi termasuk dengan Liga Inggeris tahun 2010. Cadangan untuk sedekah segala keuntungan dari taruhan setakat untuk menghalalkan cara. Malaysia sudah sebenarnya berbangga denga nombor taruhan, nombor ramalan dan segala nombor2. Amerika Syarikat yang hanya dengan 3D sepatutnya angkat topi bila Malaysia ada lebih dari itu : 4D.

Tuesday, June 29, 2010

PATI

Masuk negara orang secara haram memerlukan kekuatan minda dan fizikal. Peluang masuk ke Thailand di Bukit Kayu Hitam secara haram kali pertama memang menjadi pelajaran penting. Sampai di tempat pakir untuk ke Thailand, terus bertanya kepada pemuda2 yang membawa motor ke Thailand, berapa harga perlu dibayar untuk keluar dan masuk ke Thailand. Duit menjadi taruhan paling berharga disini. Duit yang diminta sebanyak RM100 rasanya terlalu tinggi untuk perjalanan sejauh 500 meter itu. Masuk ke tempat 'duty free' lalu singgah ke tempat teksi dan bertanya jika tanpa passport berapakah harga untuk ke Thailand. Jawapan diberikan semacam lampu hijau untuk menembus jalan secara haram ini. RM70 yang diminta agak bersesuaian. Hati masih berbelah bagi kerana pagar ke Thailand sudah nampak dekatnya. Berjalan terus ke tempat pakir selepas pagar ke Thailad yang terletak berdekatan dengan pondok imigresion Thailand. Terus ke tempat mengisi borang untuk pemegang passport dan bertanya lagi. Seorang pemuda memanggil dan mengatakan ikut dia melalui pintu dihujung dan terus ke pagar ke 2 di Thailand. Sambil menunggu arahan dari pemuda Thailand itu, mata ashik melihat pihak penguat kuasa Thailand. Tanpa takut kaki sudah sebelah masuk ke Thailand dan pemuda Thailand melambai2 menyuruh kita masuk terus tanpa takut. Dan peliknya bayaran diminta terus turun dari permulaan tadi RM100 dan sekarang hanya RM20. Dan aku menjadi PATI untuk sehari. (Kenangan soal siasat dalaman di Sungai Petani pada 21 Jun sehingga 26 Jun 2010)

Bulat kata

Bila bersatu tiada benda boleh menghalang. Tiada aral cuba melintang. Yang gelap mungkin dapat diputihkan. Yang susah jadi senang. Yang payah tak jadi susah. Bincang jadi pedoman dan keputusan jadi peluang. Bermesyuarah bermuzakarah berbincang mencapai kata setuju, yang tersusun jahat akan terlerai.

Monday, June 28, 2010

Tempat Baru

Kerja tempat baru memang memerlukan kepandaian tersendiri. Bawa diri, cara bergerak, cari tempat makan, tambah kawan, tambah kos, menukar masa datang dan mengurus masa balik.

Sunday, June 27, 2010

Mata Lebam Sebulan

DNA detector


JAKIM melangkah maju dalam bidang sains. Ini agak mengejutkan kerana tiada dunia lain yang membuat perkara ini selain JAKIM. Sebagai sebuah jabatan mereka patut berbangga kerana ini adalah yang pertama, yang canggih, yang terulung dan terpenting ada dalam ruang lingkup JAKIM. Benda yang digunakan sebelum ini pasti tidak dapat menandingi hebatnya barang baru ini. Semua imam akan ada sorang satu untuk tujuan menyelamat, tujuan mencari, tujuan mendedahkan dan benda yang paling canggih ini adalah PIG DNA Detector. Selamat BERDAKWAH.

Saturday, June 26, 2010

Kereta SAKIT


Perjalanan balik dari Sungai Petani pada 26/06/2010 sungguh mencabar. Bermula pada 9.30 pagi dari exit Sungai Petani Selatan. Singgah di Gunung Semanggol untul mwngisi minyak seperti memberi satu signal. Kadar suhu kereta naik sehingga maksimum dan baru perasan 'air cond' tidak berfungsi baik. Berehat sebentar di kedai minyak menunggu kereta kembali sejuk. Lebih sejam baru kereta dapat sejuk dan air diisi kerana telah kering. Perjalanan diteruskan tetapi berhenti setiap kali kadar kepanasan naik tiba-tiba. Akhirnya perasaan tidak sedap kerana lampu amaran menyala tidak padam2. Berhenti di Ipoh Selatan setelah 3 kali berhenti selepas Gunung Semanggol. Berhenti kerana sebuah kereta berhenti rosak di tempat yang sama. Sebuah keluarga - lelaki berumur 70 tahun, isteri, menantu lelaki dan seorang cucu. Berasal dari Kg Bikan, Kulim Kedah. Melawat orang sakit di Iskandariah dan kereta sendiri pulak sakit. Perjalanan yang sepatutnya 4.5 jam terbabas lebih dari 8 jam.

Friday, June 25, 2010

Pening ke 2


Memang dijangka EON Capital pada tahun ini akan menjadi Bank yang mengelirukan. Primus sebagai pemegang saham terbesar telah menyaman 13 pengarahnya jika bersetuju Hong Leong Bank mengambil alih Eon Capital. Tetapi proses harian bank berjalan seperti biasa. Pekerja sudah mula mencari2 dahan lain untuk berteduh yang pastinya bank mana memberi ruang kepada mereka - melompat adalah pasti. 13 orang pengarah EON disaman sebanyak RM1.1 billion.

Thursday, June 24, 2010

Kenapa mahu pakai Rating?


KFH mengistiharkan tak mahu diukur ditanda aras di beri rating. Rating penting kepada saham naik atau turun dan dalam penarafan ini penting untuk perbandingan. Dahulu ketika rating KFH di A++ mereka menerima penarafan rating ini tetapi apabila jatuh kepada -ve rating, pihak pengurusan terus mengutarakan tidak mahu gunapakai rating. Kadang2 keputusan bank dalam penerimaan rating ini boleh dipertikaikan. KFH terus mendesak kerana kerugian yang disebabkan ketidakcekapan pengurusan. Mengikut laporan 12 pengurusan tertinggi disuruh duduk diam2 di rumah. Mungkin disebabkan rasa sombong mereka kerana pemegang saham yang hanya satu saja iaitu Kuwait Bank.

Tuesday, June 22, 2010

PEMBETULAN


Kita bersalah. Menipu isteri, tidak pegang janji dengan anak atau berbohong dengan pekerja. Kerosakan sudah berlaku dan pembetulan nampak tidak memihak pada kita. Apa pembetulan boleh dibuat? Kena marah sudah pasti. Orang kecewa sudah tentu. Buat tak tahu pilihan paling sadis ketika itu. Mohon maaf pasti menyejukkan. Undur beberapa langkah dan bersama2 cuba membetulkan. Adakah hilang kelakian untuk mengaku salah dan bangkit membetulkan. Teori perang Szu Zhu mengata "berundur bukan bererti kalah tetapi menyusun strategi untuk kehadapan lebih kuat".

Monday, June 21, 2010

KEIKHLasan itu Macamana?

Bila berkawan adakah kita ikhlas? Bercerita tentang keluarga, bercakap dengan kawan, berjanji dengan isteri atau memberi arahan kepada pekerja memerlukan keikhlasan. Bagaimana ikhlas ini diukur? Mengikut Imam Ghazali "Ikhlas itu adalah dimana tidak diganggu oleh syaitan dan malaikat tidak perasan untuk menulis sebagai pahala". Maruah boleh jatuh kalau tidak ikhlas berkawan, menjadi majikan dan suami atau anak. Sebagai ketua yang ada anak buah, ikhlas perlu ada jika tidak anak buah akan mempersoal, cuba boikot, melawan dan paling teruk kita mungkin tak boleh menghadapi hari esok yang tak sama seperti hari-hari biasa. Rupanya susah menjadi ikhlas dan selalunya orang terpaksa mengaku "saya ikhlas" untuk menunjukkan ikhlas.

SEX dan Bola


Piala Dunia seperti satu penanda aras untuk aktiviti senggama. Jika kalah suasana sex akan berkurangan dan sebaliknya. Laporan dari Korea Selatan baru2 ini ketika menang 2 kosong pada perlawanan pertama menunjukan jualan kondom meningkat 3 kali ganda dikedai2 24 jam. Hebat statistik ni. Dah naik taraf Porn.

Sungai Petani

Tiba di Sungai Petani pada 20 Jun pukul 6.30. Perjalanan dari Kuala Lumpur yang hampir 4 jam tidak terasa kerana bersulam dengan perbualan rancak sepanjang jalan. Sungai Petani kali terakhir pada tahun 1992 tidak seperti dulu. Pembangunan yang rancak dan pembukaan bandar2 baru memang ternampak kenaikannya. Bandar2 seperti Lagenda, Laguna seperti pusat bandar baru yang boleh dibanggakan. Hidup malam seperti lebih rancak dari ibu negeri Kedah Alor Setar. Kilang2 utama yang berada di exit Sungai Petani Selatan seolah2 tersusun untuk menambah kelainan dari bandar2 lain di Kedah. Masih ingat saya pada 1992 dulu, Sungai Petani sudah ada sistem pakir bermesin lebih dahulu dari Petaling Jaya. Dan bagi saya Sungai Petani adalah bandar sitelit utara yang pertama.

Tuesday, June 8, 2010

Whatk so Evver


I told u before...what so evver you need to be manning the department...you know what I mean. Whak so evver, you are the CEO of the department....you need to do compliance and you don need to go outside....you know what I mean then. Whak so ever...I treat you all like my anak2. You can kal me anytime anyplace whak so evver. I will helpth you. Whak so ever....u take this as positive whak so evver. We will reward you whak so evver.

Question : Please correct the sentence. You will be given 10 seconds to find the mistake.

Sunday, June 6, 2010

Untung sabut Timbul




Bila kita terapung kita rasa selamat.........................

Apa erti Bonus ??


Kadang2 bonus menjadi satu kewajipan pada sesiapa yang bekerja. Tiada bonus bermakna syarikat tidak bagus, bonus tak ada maknanya tiada percutian keluarga, bonus tiada kena jumpa Ah Long, bonus tak bagi pekerja mogok. Setiap yang bekerja melihat bonus pada tahap yang berbeza. Bonus jadi wajib, harus dan sunat dan akhirnya boleh menjadi makruh atau haram. Pelik tapi setiap yang bekerja dan berkeluarga, bonus setahun sekali adalah wajib. Bagaimana nak buat bonus setiap 3 bulan atau 2 kali setahun. Ada syarikat yang sudah membuat pembayaran seperti ini, 3 kali setahun supaya duit itu boleh digunakan sepanjang masa tidak habis sekali gus. Tetapi yang tersirat kadang2 adalah syarikat mahu memastikan pekerja kekal setia bersama mereka, bagi bonus sekali gus atau diberi berkali2. Bonus adalah seperti nama Bonus. Berdoa je supaya dapat bonus selalu.

Prince of Persia


Kalau tak de apa2 yang menarik nak buat pada hari cuti bolehlah menonton cerita macam ni. Masih membawa cerita lebih kurang sama macam melihat Scorpion King, The Mummy dan adventure semasa didalam padang pasir. Aksi pertarungan agak menarik dan Jake Gyllenhall membawa watak orang Iraq/Iran yang tiba2 diambil sebagai anak angkat oleh pemerintah pada masa itu. Tiada aksi percintaan yang menarik kecuali dilihat seperti berminat sahaja. Ok je untuk tontonan anda.

Paintball War 2010 Bank Muamalat


Tak pernah terlibat. Hati agak berdebar melihat kumpulan2 lain yang menang bergaya. Bermain paintball di Akademi Paintball PJ dengan lebih 35 kumpulan pada 05/06/2010. Nama Predator yang saya agak tak bersetuju pada awalnya menggunakan nama secanggih itu. Tetapi selepas menang kali pertama nama Predator rasa2nya sesuai sangat. Dengutan jantung bergerak agak laju dengan arahan2 dari jurulatih yang agak menakutkan. Face mask yang diberi tidak boleh dibuka di dalam padang permainan. Ini boleh menyebabkan mata buta kalau terkena tembakan. Denyutan jantung makin laju. Nama kami dipanggil untuk pertarungan pertama yang rasanya agak mudah kerana pasukan lawan beri kemenangan percuma kerana setelah terkena tembakan dia terus membuka topeng dan kemenangan percuma diberikan. Habis perlawanan pertama tangan terus menggigil. Gerun sebab kali pertama dan perlawanan seterusnya terasa senang dan Predator terus menang sehingga perlawanan ke4 dan menjadi johan kumpulan. Pusingan ke2 adalah perlawanan kalah mati. Dan perlawanan yang seterus rasa keyakinan tinggi dan perlawanan ditamatkan awal kerana pasukan kami membuka facemask dalam perlawanan yang masih berbaki masa. Setelah dikira dari markah awal dan dikumpulkan pasukan Predator telah mendapat nombor 8 dari 36 pasukan. Not Bad bro